Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all 336 articles
Browse latest View live

Kenali Siapa Wanita Itali Paling Cantik Ini

$
0
0

Jika anda peminat tegar fesyen, anda pasti sering lihat kasut, beg dan aksesori yang dihiasi perincian sepasang mata dengan alis melentik seperti,

Ini…

Ini…

 

 

…dan ini.

Ternyata bakat beliau dalam fesyen menyerlah sekali.

Lihat sahajalah foto-foto Instagram miliknya, anda pasti teruja dan terus mahu mengetahui siapakah sebenarnya wanita yang bernama Chiara Ferragni ini.

Golden Globes celebrations ✨ #AmericanDays

A post shared by Chiara Ferragni (@chiaraferragni) on

Boleh dikatakan, hampir setiap minggu dirinya berulang-alik dari New York ke Kota Paris, menghabiskan wang untuk bermalam di hotel-hotel lima bintang malah mampu memakri pakaian dan aksesori berjenama setiap hari dan setiap kali melangkah keluar untuk menonjolkan diri pada mata dunia.

Going back to Milan 👍🏻 #ItalianDays

A post shared by Chiara Ferragni (@chiaraferragni) on

Beliau asalnya adalah seorang blogger yang mempunyai minat mendalam tentang fesyen dan fotografi yang diwarisi daripada si ibu. Dikatakan, sejak dari muda remaja lagi, beliau telah popular dalam kalangan komuniti online waktu itu.

Chiara juga banyak berkongsi foto di laman sosial bersama teman-temannya. 

MONDAY #ItalianDays

A post shared by Chiara Ferragni (@chiaraferragni) on

Pada tahun 2009, kala laman peribadi seperti blog dan wordpress baru mula memenangi hati para pengguna atas talian, Chiara bijak mengorak langkah untuk mewujudkan satu laman yang digelar TheBlondSalad.com seterusnya memudahkan dirinya untuk berkongsi minat dan ceritera tentang kehidupannya.

Kini, Chiara Ferragni banyak berkolaborasi dengan beberapa jenama fesyen termahsyur serta berjaya menjadi muka hadapan untuk beberapa majalah fesyen dan kecantikan antarabangsa.

Sejak tahun 2012, Chiara telah memegang jawatan sebagai Pengarah Kreatif dan dalam masa yang sama merupakan pereka untuk jenama kasut buatan Itali yang tidak asing lagi dengan menggunakan namanya sendiri iaitu CHIARA FERRAGNI.

En route to @eliesaabworld #TheBlondeSaladGoesToParis #TheBlondeSaladGoesToCoutureWeek

A post shared by Chiara Ferragni (@chiaraferragni) on

Beliau kini adalah salah seorang personaliti terpengaruh di dunia selain mempunyai pengikut hampir 9 Juta di Instagram -amat terkenal dalam kalangan ‘orang-orang fesyen’.

 Fakta Menarik Tentang Chiara Ferragni Yang Anda Perlu Tahu!

#1 Chiara kini berumur 30 tahun, dilahirkan pada 7 Mei, 1987. 

Blue

A post shared by Chiara Ferragni (@chiaraferragni) on

#2 Dilahirkan di Cremona, Italy.

Back to the roots 🇮🇹 #ItalianDays

A post shared by Chiara Ferragni (@chiaraferragni) on

#3 Cara untuk menyebut namanya Chiara Ferragni adalah berbunyi Kee-arah Fare-ah-nee. Hello, dia kan orang Itali :)

Ready for @theblondesalad #NewWaveMilano party ✨ #ItalianDays

A post shared by Chiara Ferragni (@chiaraferragni) on

#4 Dia mempunyai teman lelaki yang sangat romantis! 

My Valentine @fedez ❤

A post shared by Chiara Ferragni (@chiaraferragni) on

Fedez atau nama sebenarnya Federico Leonardo Lucia merupakan seorang pemuzik dan rapper terkenal Itali.

#5 Mempunyai bakat yang mantap untuk menjadi seorang peragawati.

Leaving Paris like ✌🏼️ #TheBlondeSaladNeverStops #NeverEver

A post shared by Chiara Ferragni (@chiaraferragni) on

Chiara pernah menulis di dalam blognya suatu ketika dahulu bahawa dirinya pernah disunting oleh agensi pencarian model (Beatrice Models) di Milan untuk menjadi seorang peragawati buat beberapa tahun. Namun, lamaran itu ditolak kerana Chiara mempunyai matlamat hidupnya tersendiri yang mahu dicapai.

#6 Gigih menulis blog sejak tahun 2009 hingga kini.

Awesome Christmas party.. My team truly is the best ❤️ #TheBlondeSaladNeverStops @goolp_ @theblondesalad @tbscrew

A post shared by Chiara Ferragni (@chiaraferragni) on

Dia menamakan blog peribadinya itu sebagai The Blond Salad kerana menganggap ‘diari’ kesayangannya itu sebagai ‘makanan’ untuk kehidupannya termasuklah minat dirinya untuk melancong, melebarkan sayap minatnya dalam bidang fotografi serta berkongsi cerita mengenai gaya fesyen kegemarannya.

#7 Chiara pada mulanya membangunkan syarikat yang dimilikinya kini bersama bekas teman lelakinya, Riccardo Pozzoli.

Before Louis Vuitton party

A post shared by Chiara Ferragni (@chiaraferragni) on

#8 Meskipun telah lama berpisah, dirinya masih lagi bekerjasama dengan bekas teman lelakinya itu. No heart feelings!

Next stop: Los Angeles! #tbscrewneverstops #travel #NYCtoSFtoLA @tbscrew

A post shared by Riccardo Pozzoli (@riccardopozzoli) on

#9 Memiliki rumah agam di Silver Lake, Los Angeles dan almari beg tangan serta koleksi kasut kegemarannya adalah mengagumkan!

#10 Chiara mula melancarkan koleksi kasut rekaannya pada tahun 2010

Loving the new ss 2017 @chiaraferragnicollection and campaign 💘 #ChiaraFerragniShoes #ChiaraFerragniCollection

A post shared by Chiara Ferragni (@chiaraferragni) on

#11 Pada tahun 2011, namanya diangkat oleh New York Magazine sebagai “Bintang Gaya Jalanan Paling Terkenal Untuk Tahun 2011”.

California sunsets in @erikacavallini_official #erikacavalliniss17 #AmericanDays

A post shared by Chiara Ferragni (@chiaraferragni) on

#12 Pada tahun 2015, pendapatan tahunan Chiara mencecah $2.5 Juta

My new @pantene commercial is now all over tv 👸🏼 #TheBlondeSaladNeverStops #NeverEver @capellipantene #Smartprov

A post shared by Chiara Ferragni (@chiaraferragni) on

#13 Pada tahun 2015 juga, keseluruhan koleksi kasut jenama Chiara Ferragni sahaja yang terjual adalah bernilai hampir $10 Juta

#14 Membuktikan yang dirinya adalah seorang “Beauty With The Brain” kerana menyambung pengajian di Harvard Business School

#15 Pernah mengambil jurusan undang-undang di Bacconi University suatu ketika dahulu. Hmm… bukan calang-calang si rupawan ni!

When you have the best view from your private terrace at @parkhyattparis #TheBlondeSaladGoesToParis #ParkHyattParis

A post shared by Chiara Ferragni (@chiaraferragni) on

#16 Chiara pernah mengaku yang dirinya rabun namun hanya akan memakai kaca mata jika berhadapan dengan komputer sahaja.

#Mood 🤓 New beloved sweater found thanks to @quintessentially_italy #quintessentiallymadeit #personalconconcierge

A post shared by Chiara Ferragni (@chiaraferragni) on

#17 Minat mendalam Chiara untuk melancong dapat dilihat menerusi tatu berbentuk peta dunia yang dicacah pada pergelangan tangan kanannya…

Los Angeles here I come back ✌🏻️ #TheBlondeSaladNeverStops #TheBlondeSaladGoesToHollywood

A post shared by Chiara Ferragni (@chiaraferragni) on

#18 Mempunyai dua adik perempuan lain bernama Francesca dan Valentina

#TheFerragnis are reunited 🤗 @fraferragni @valentinaferragni #ItalianDays

A post shared by Chiara Ferragni (@chiaraferragni) on

Idola sangat kan? ❤️

The post Kenali Siapa Wanita Itali Paling Cantik Ini appeared first on Wanista.com.


Lepas Kena Kecam Minat Islam, Lindsay Nak Jual Tudung Pula Ke?

$
0
0

Sekali lagi Lindsay Lohan cuba menjolok perhatian netizen kerana baru-baru ini bertindak memuat naik sebuah gambar yang menampilkan dirinya memakai selendang dilitupi perincian permata sambil ditemani kapsyen “New Fashion Line coming soon…”

Aktres Amerika itu yang sebelum ini pernah bekerjasama untuk sebuah rumah fesyen terkemuka, Emanuel Ungaro di Perancis, melangkah berani untuk berkongsi perkembangan tentang projek terbarunya menerusi Instagram sekitar penghujung minggu lalu. 

New Fashion Line coming soon …. 😘 #fashion

A post shared by Lindsay Lohan (@lindsaylohan) on

Lindsay sebelum ini pernah menerima kritikan hebat kerana bertudung saat membuat lawatan kebajikan di Turki beberapa bulan lalu. Walau bagaimanapun, masih belum ada kenyataan dibuat sama ada koleksi fesyen yang bakal dikeluarkan olehnya itu akan memfokuskan kepada tudung sahaja atau pun sebaliknya.

Lindsay menyertai Estrella Archs di pentas peragaan untuk sebuah pertunjukan fesyen jenama Emanuel Ungaro sekitar tahun 2010. Sumber: FirstView

Selain pernah bekerjasama dengan jenama Emanuel Ungaro, dirinya pernah mengeluarkan jenama fesyen sendiri iaitu 6126 pada tahun 2008 yang menampilkan helaian kasual khas seperti celana leggings.

SUMBER

The post Lepas Kena Kecam Minat Islam, Lindsay Nak Jual Tudung Pula Ke? appeared first on Wanista.com.

Kaca-Kaca Eyewear Serlahkan Gayamu Dengan Seleksi Rekaan Kaca Mata Ranggi

$
0
0

KACA-KACA EYEWEAR adalah nama yang tidak asing lagi dalam dalam arena fesyen di Malaysia. Rangkaian aksesori kaca mata yang dihasilkan cukup mempersona dan mode, bahkan sangat bersesuaian dengan gaya pemakaian masyarakat hari kini.

Foto: Arkib Wanista
Foto: Arkib Wanista

 

Foto: Arkib Wanista

Melihatkan cuaca di Malaysia yang diterangi terik mentari saban hari, adalah wajar untuk seseorang menjadikan kaca mata hitam sebagai peneman gaya. Tidak kiralah bagi yang rabun atau pun tidak, kaca mata kini boleh dikira sebagai aksesori yang mampu menyerlahkan personaliti individu agar tampak lebih eksklusif dan unik.

Justeru, KACA-KACA EYEWEAR tampil memenuhi permintaan semua dengan memperkenalkan beberapa siri koleksi rekaan kaca mata terkini khas untuk semua peringkat umur termasuklah untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Foto: Arkib Wanista

Menawarkan harga mampu milik dari RM49 hingga RM138 untuk yang biasa serta RM60 hingga RM290 untuk kaca mata yang disertai kuasa buat si pemakai yang rabun, semua orang kini bisa bergaya sakan dengan memiliki sepasang kaca mata istimewa yang dipilih mengikut cita rasa tersendiri.

Gorgeous @khaininakhalil in newly launch LANE 😍 #love #sunglasses #kacakaca #kacakacaeyewear

A post shared by Kaca-Kaca (@kacakacaeyewear) on

Totally in love with her 😍😍Spotted our idol @vivyyusof in SACHA #kacakaca #kacakacaeyewear #idolwearingkacakaca

A post shared by Kaca-Kaca (@kacakacaeyewear) on

Selain variasi pilihan bingkai pelbagai gaya yang boleh dipadankan dengan aktiviti harian serta majlis yang dihadiri, pengguna juga berpeluang memilih lensa mengikut kehendak -ditawarkan dalam bermacam rona serta fungsi termasuklah lensa anti-biasan, lensa jenis Blue Coat yang turut ditawarkan dalam potongan nipis dan tebal.

Pink Friday 🎀 Spotted @khaininakhalil in GENE. Totally in love 💕 with her. #kacakaca #kacakacaeyewear #tgif #pinkfriday

A post shared by Kaca-Kaca (@kacakacaeyewear) on

Pengguna tidak perlu gusar kerana setiap satu kaca mata yang dihasilkan telah mendapat nasihat daripada pakar mata profesional demi memberi impak kepuasan yang nyata buat semua.

Manakala bingkai kaca mata pula adalah diperbuat dari material plastik dan logam yang selamat serta tahan lasak.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.kaca-kaca.com

The post Kaca-Kaca Eyewear Serlahkan Gayamu Dengan Seleksi Rekaan Kaca Mata Ranggi appeared first on Wanista.com.

Koleksi SS17 FENTY x PUMA by Rihanna Temui Peminat Malaysia Mac Ini

$
0
0

Suka kan pakaian sukan dan penyanyi Rihanna?

Berita gembira buat mereka yang ternanti-nanti tentang kehadiran koleksi pakaian Musim Bunga 2017 dari rangkaian FENTY x PUMA sudah berada di pasaran Malaysia sejak awal Mac lalu.

Koleksi pakaian FENTY x PUMA by Rihanna terdiri daripada signature look seperti kemeja polo, bodysuits, jaket sukan dan banyak lagi. Koleksi ini mengimbas kembali zaman persekolahan dan Rihanna sendiri menambah elemen seksi didalam ‘pakaian sukan’ dan nombor bertuah beliau iaitu ’13’ serta tahun kelahirannya ‘1988’.

Buat pertama kalinya FENTY x PUMA memperkenalkan kasut sukan gabungan inspirasi fesyen.

“Ia seperti Marie Antoinette pergi ke gim”, kata Rihanna. 

Memperkenalkan kasut sukan yang diperincikan dengan reben memberi efek feminim dan mewah sekaligus. 

FENTY x PUMA Bow Slides 

Foto – arkib Wanista.com

FENTY x PUMA Bow Sneakers 

Foto – arkib Wanista.com

FENTY x PUMA Lace Up Heel 

Foto – arkib Wanista.com

Anda kini boleh mendapatkan FENTY x PUMA Bow Slides RM390 hanya di KLCC, Pavilion, Sunway, Gurney Paragon dan Queensbay Mall. Juga FENTY x PUMA Bow Sneakers RM690 di KLCC dan Sunway. 

The post Koleksi SS17 FENTY x PUMA by Rihanna Temui Peminat Malaysia Mac Ini appeared first on Wanista.com.

Suka Pakai Leggings? Ini Fakta Do’s & Don’ts Tentang Fesyen Leggings

$
0
0

Kaki kurus berbentuk cantik lah kalau pakai leggings..

Fesyen leggings bermula sejak kurun 15 dan 16 Eropah lagi, iaitu aksesori kaki bagi kaum lelaki dan wanita untuk mengekalkan kehangatan suhu badan. Senang cerita leggings merupakan pakaian dalaman pada zaman dahulu.

Kini, leggings antara aksesori atau pakaian yang sukan wajib ada dikalangan para atlit dan peminat gim. Jika dahulu leggings dihasilkan dari kapas tapi kini bagi menyenangkan lagi pergerakan laju para pengguna, kebanyakannya diperbuat dari fabrik campuran jenis lycra dipanggil spandex. 

Bermula era tahun 1960 leggings mula dipakai sebagai seluar dan ia semakin menular sehingga tahun 1990. Terdapat pelbagai pilihan fesyen leggings dari jenis fabrik, corak dan potongan. 

Bagi anda yang gemar memakai leggings tapi ingin tampil menarik dan tidak kelihatan jauh pelik serta aneh. Ikuti peraturan Do’s & Dont’s mengayakan leggings dalam fesyen harian anda. 

Penulis suka memakai leggings pants dari jenama Uniqlo, anda pula bagaimana? 

The post Suka Pakai Leggings? Ini Fakta Do’s & Don’ts Tentang Fesyen Leggings appeared first on Wanista.com.

Ikuti 8 Idea Nampak Bergaya Walau Hanya Dengan Jeans & T-Shirt

$
0
0

T-shirt dan jeans adalah item fesyen asas yang menjadi pilihan kebanyakan individu tidak kira lelaki dan wanita. Selain ringkas ianya selesa dan tidak keterlaluan, kala anda sedang buntu untuk bergaya, anda tidak akan tersilap langkah dengan menjadikan pakaian ruji ini sebagai pilihan anda.

Jika anda punya kemusykilan kenapa ada sesetengah yang nampak biasa-biasa sahaja dengan kombinasi ini dan sesetengahnya pula tetap nampak bergaya walaupun memakai set yang sama, jawapan kami adalah pemilihan jeans yang bertepatan dengan bentuk badan anda.

Kunci yang kedua adalah “suntikan” 8 item ini dalam gaya anda.

1. Kasut tumit tinggi

Foto – PopSugar

2. Sneakers

Foto – PopSugar

3. But

Foto – wheretoget.it

Foto – Twist Magazine

4. Sarungkan blazer, kot, jaket atau kardigan. Ianya akan bertukar kepada gaya yang lebih glamor, sofistikated malah smart.

Foto – Pinterest

Foto – www.pinterest.com

5. Statement necklace. Jangan pandang rendah akan kuasa aksesori.

Foto – Pinterest

Foto – Pinterest

6. Tuck in baju, anda juga boleh mengayakan tali pinggang bersesuaian.

Foto – wheretoget.it

7. Statement bag. Jinjing, sandang atau galas, item ini sentiasa akan menjadi penyelamat kala bergaya.

Foto – PurseBlog

8. Kaca mata hitam. Bukan rahsia lagi yang ianya ini adalah item yang memberi impak glamour dalam gaya.

Foto – Pinterest

Jadi, siapa kata fesyen combo jeans dan t-shirt tidak menarik?

The post Ikuti 8 Idea Nampak Bergaya Walau Hanya Dengan Jeans & T-Shirt appeared first on Wanista.com.

H&M Bersama Katie Scott Hasilkan Fesyen Kanak-Kanak Yang Dihiasi Ilustrasi Artistik

$
0
0

Katie Scott adalah pelukis yang berpangkalan di London.  Wanita ini sering menjadikan flora dan fauna sebagai inspirasi bagi menghasilkan ilustrasi yang unik lagi estatik.

Baru-baru ini, Katie tampil untuk bekerjasama dengan H&M menghasilkan koleksi kanak-kanak dengan menerapkan elemen ilustrasi kegemarannya seperti lakaran hidupan liar yang menjadi perincian utama pada helaian pakaian kanak-kanak terkini H&M.

Koleksi edisi terhad ini dihiasi ilustrasi menarik hasil lakaran asli Katie yang dihasilkan menerusi gabungan pelbagai warna, teknik cetakan menarik serta perhiasan sulaman yang germalapan.

Koleksi H&M x Katie Scott ditawarkan untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki, mula dijual di cawangan H&M seluruh Malaysia bermula esok, 23 Mac 2017.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.hm.com/my/department/KIDS.

The post H&M Bersama Katie Scott Hasilkan Fesyen Kanak-Kanak Yang Dihiasi Ilustrasi Artistik appeared first on Wanista.com.

[Edisi Perkahwinan] Inspirasi Veil/Layah Buat Si Pengantin Perempuan

$
0
0

Jika si kekanda dengan tengkoloknya, si adinda lengkap dengan alunan layah…

Secara peribadinya, penulis kurang gemar melihat pengantin mengenakan tiara atau mahkota terutamanya pengantin berhijab. Ia kelihatan agak sarat dan berat buat si pengantin. Cukup dengan busana dan layah yang dihiasi renda, manik permata untuk dijadikan ‘mahkota’ pengantin anda. 

Bak kata Leonardo Da Vinci

 Kesederhanaan adalah kunci utama kelihatan sofistikated. 

Jadi tidak salah jika anda diantara anda tidak mahu berjalan dengan tiara bak ratu tapi cukup dengan hiasan layah. Masih tidak ada idea nak pakai rekaan layah yang bagaimana?

Wanista tampilkan beberapa inspirasi layah/veil untuk anda .. 

#1 Blusher Veil

Layah yang menutup bahagian muka pengantin, memberi efek romantis dan persis malu-malu kucing. Sesuai buat pengantin yang menitip tiara bersaiz kecil. 

#2 Fingertip Veil 

Ekor hujung layah ini tepat jatuh pada hujung jari si pengantin. Layah seperti amat ringkas sesuai majlis pernikahan, untuk lebih menonjol anda boleh layah mempunyai tambahan renda atau manik. 

#3 Flyaway Veil 

Layah seperti kelihatan agak sedikit fun dan berat kerana ia biasanya mempunyai dua atau tiga lapis. Bagi anda yang ingin berhabis untuk kelihatan pengantin paling berani dan anggun boleh mengenakan veil ini. Busana ringkas atau penuh perincian dibahagian pinggang dan punggung gabungan sesuai untuk flyaway veil. 

 

#4 Ballet Length Veil 

Sejak dari kecil berangan nak jadi pengantin bak ratu Disney? Layah yang panjangnya sehingga ke lantai ini khas untuk pengantin yang ingin tampil elegan semasa majlis resepsi. Gabungan busana tanpa ekor paling tepat untuk mengayakan ballet length veil. 

#5 Elbow Length Veil

Ringkas dan selamat. Boleh dikatakan panjang layah ini paling menjadi pilihan pengantin, ianya sesuai untuk majlis pernikahan dan resepsi. Untuk tampil berbeza tambah sedikit perincian manik atau renda pada hujung layah atau dibahagian kepala seolah-olah menggantikan sang tiara anda. 

#6 Gaya Veil 2016/17

Pada siapa yang agak ketinggalan tu…Wanista nak beri tahu kini terdapat gaya terbaru layah untuk pengantin terutamanya untuk pengantin Malaysia. Layah dari fabrik organza ini terbentuk cantik dengan potongan bulan dan sedikit keras. Pemakai kelihatan moden dan amat sofistikated. Bagi yang dah bosan dengan gaya klasik layah, boleh cuba yang ini. 

Buat anda yang ingin juga tampil dengan hiasan mahkota dan tiara, jangan risau boleh rujuk pada artikel Wanista ‘Inspirasi Tiara Perkahwinan Diraja Dan Selebriti Untuk Bakal Pengantin’

Wanista harap dapat membantu anda untuk memilih yang terbaik dan sesuai dengan busana serta majlis anda! Happy wedding girls <3 

Rujukan – Pesona Pengantin

The post [Edisi Perkahwinan] Inspirasi Veil/Layah Buat Si Pengantin Perempuan appeared first on Wanista.com.


Adidas Perkenal Sneakers Berpotongan Unik Untuk Lelaki Hip

$
0
0

Selaku jenama fesyen serta pembekal barangan sukan tersohor, Adidas tampil dengan rekaan kasut baharu yang dicipta bersama jenama fesyen Jepun Arrows & Sons dari Jepun.

Kasut sneakers ini mempunyai perincian berkelas, diinspirasi dari fesyen jalanan urban yang pastinya memberi keunikan kepada si pemakai.

Foto -Arkib Wanista

United Arrows & Sons turut menerapkan perincian tiga jalur yang menjadi tanda dagangan hasil fesyen ciptaannya. 

Foto -Arkib Wanista

Foto -Arkib Wanista

Lebih menarik, terdapat juga hiasan bercetak di sisi kasut yang berbentuk tulisan Katakana membawa maksud “United Arrows &  Sons” dan “adidas Originals” hasil nukilan MIKITYPE yang merupakan seorang kaligrafi ternama.

Foto -Arkib Wanista

Sepatu NMD_CS1 silhouette edisi terhad ini secara eksklusif akan dijual di gedung atas talian adidas [shop.adidas.com.my]. Harga yang ditawarkan adalah RM870 sepasang, boleh didapatkan dalam saiz UK5 – UK11.

The post Adidas Perkenal Sneakers Berpotongan Unik Untuk Lelaki Hip appeared first on Wanista.com.

[Video] Pakai Tudung ‘Simple’ Ikut Cara Si Cantik Manis Laudya Cynthia Bella

$
0
0

Kala menonton Syurga Yang Tak Dirindukan, penulis asyik tercengang melihat gaya tudung pelakon molek dari seberang, Laudya Cynthia Bella.

…Hmm… Nampak macam senang, tapi entah kenapa bila penulis cuba lilit di kepala sendiri, hasil gaya tidaklah secantik seperti mana Bella menggayakannya.

AWW COMEL! 

Bismillaaahhhhhh.. welcoming march!! . . . make up by @vivithalib 💄💋 #laudyacynthiabella #princessmakuta #initehngangenin

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on

Puas mencari akhirnya penulis terjumpa video tutorial ini. Video istimewa yang dimuat naik oleh jenama tudung HIJUP ni akan memberi bayangan jelas bagaimana Bella melilit tudungnya.

Apa yang pasti, Bella ni memang gemar memakai bawal. 

Tonton Video Tutotrial Gaya Hijab Oleh Laudya Cynthia Bella

Tips!

1. Jangan ‘kelepet’ tudung di bahagian sisi muka, baik yang sebelah kiri atau sebelah kanan. Bella membiarkan ia tanpa melipat bahagian tudung di sisi muka, menyerlahkan gaya dandanan tudung ala Turki.

2. Pakai anak tudung untuk elak ia bergerak ke sana dan ke mari jika memakai tudung dari fabrik licin seperti Satin.

*** Penting untuk nampakan sedikit anak tudung di bahagian dahi yang menutupi anak rambut, seperti digayakan Bella.

3. Pemilihan baju pula harus mempunyai leher yang tinggi seperti ‘turtle neck’ atau berkolar agar bahagian leher atau kulit dada tidak kelihatan kerana rata-rata gaya tudung ini adalah jenis singkat membaluti leher.

4. Jika tetap mahu memakai blaus atau kemeja berleher rendah, pakai anak tudung mempunyai labuh kain yang boleh menutupi bahagian dada -kemudiannya diselit ke dalam baju.

5. Jangan kuatir jika tudung satin anda terlalu lembut sehingga sukar dibentuk secara kemas.

Manfaatkan semburan kanji pakaian ini, yang boleh dibeli di gedung pasaraya besar.

***Sembur pada bahagian pelipat tudung sebelum menggosok, ia akan bantu mengeraskan bahagian tersebut agar mudah dibentuk kemudian.

KLIK: Wajib Baca! 5 Sebab Tudung Bawal Masih Lagi Jadi Pilihan Wanita Malaysia

Selamat bergaya ala Laudya Cynthia Bella! ❤️

The post [Video] Pakai Tudung ‘Simple’ Ikut Cara Si Cantik Manis Laudya Cynthia Bella appeared first on Wanista.com.

Siapa Peduli… Gaya Fesyen Ini Buat Orang Kata Gigi Hadid Syok Sendiri?

$
0
0

Siapa masa sekolah dulu tak suka pakai tag nama? 

Foto – basir69a.ads4blog.net

Boleh bilang dengan jari siapa yang suka mendedahkan nama secara umum, lagi-lagi kalau nak menepek nama sendiri di pakaian harian. Jika ada, individu seperti ini biasanya mempunyai daya keyakinan diri tinggi dan berani

Iya, itulah karakter yang dibawa oleh Gigi Hadid, supermodel berjaya dunia dan kini memonopoli dunia modelling. Wajah, lenggok tubuhnya sehinggalah namanya tidak putus menjadi perhatian. Namun semua itu tidak cukup buat Gigi, sehinggalah…

‘Tuhan cipta Gigi’

Foto – People

Amboi Gigi, dia punya level confident tu.. sampai boleh tampil dengan ayat baju diatas. Mungkin pada sesetengah orang ia kelihatan keterlaluan atau ‘gila kuasa’. Bagi penulis ini salah satu cara untuk menakluk dunia secara diam melalui kuasa fesyen. Menariknya, Gigi kelihatan begitu chic dan fenomenal setiap kali tampil dengan pakaian mengukir namanya. Okay, nama pun supermodel kan!! 

Ini lagi gambar baju Gigi Hadid yang bakal buat anda mula mahu perkenal nama di khayalak ramai selepas ini… 

Sulaman emas ‘Gigi’ terserlah didada kanan jaket kulitnya

Foto – Splash News

Daripada pakai t-shirt tulisan merepek baik letak huruf nama sendiri! 

Foto – People

Seperti disumpah, Gigi taksub dengan huruf ‘G’ yang melambangkan dirinya

Foto – Broadimage

Tanda nama ‘Gigi’ lengkap gaya kustom Hallowen si sherif koboi

Foto – Maria Buda

Malah di karpet merah juga…

#HADID hashtag wajib dalam hidup Gigi

Foto – WireImage

Ringkas tapi bergaya, huruf ‘GH’ tetap jadi saksi

Foto – Getty Images

Bahagian belakang baju juga…

Lihat, sengaja dia kehadapan kan rambutnya

Foto – FameFlynet

Mungkin Gigi takut orang lupa dia pun menghadiri minggu fesyen 2017

Foto – Sam Deitch

“Jangan keluar rumah tanpa ‘Gigi Hadid'”

Foto – Maria Buda

Jaket ini terang lagi nyata hak milik persendirian Gigi Hadid

Foto – Pinterest

Punya kemeja polos putih seperti Gigi? Tambahkan eleman sulaman nama sendiri

Foto – Pinterest

Kamu ada Adidas? Saya punya sendiri Hadidas! 

Foto – People

Tak cukup pada baju…

Beg rotan pun disulam rapi dengan nama keluarganya

Foto – People

Pin ‘GH’ pada beg tangan pun dah cukup buat Gigi

Foto – Getty Images

Terkejut tak dengan sikap selamba Gigi membawa namanya kemana-mana sahaja dia pergi? Penulis respect dengan sikap Gigi kerana ia secara tidak langsung memberitahu kita nama adalah permulaan pertama untuk individu baru mengenali kita dan mencetus aura ‘siapa dia?’ 

Jika anda ingin setanding seperti Gigi, nasihat penulis hasilkan satu gaya yang effortless, tidak keterlaluan dan cukup ringkas sahaja! Sebab itu gaya yang diterapkan dalam fesyen si jelita Gigi. 

Terakhir dari Gigi..nama teman lelaki pun dia kebas..

Foto – Daily Mail

“Jelena Noura Hadid adalah nama sebenar Gigi.” 

The post Siapa Peduli… Gaya Fesyen Ini Buat Orang Kata Gigi Hadid Syok Sendiri? appeared first on Wanista.com.

Pilih Bata Insolia Untuk Bergaya Dalam Kasut Tumit Tinggi Sepanjang Hari

$
0
0

Kasut tumit tinggi membawa maksud kepada sikap yakin seseorang wanita. Namun disebabkan ketidakselesaan yang dialami semasa menyarung kasut tumit tinggi, tidak ramai wanita ingin menyerlahkannya. 

Jenama kasut Bata kini melancarkan satu koleksi kasut dengan teknologi baru dimana kasut tinggi lebih selesa untuk dipakai. Teknologi yang dipanggil Insolia ini menyerap berat si pemakai melalui tumit dan jari supaya si pemakai boleh memakai kasut tumit tinggi tiga kali ganda lama dari biasa. 

Foto – arkib Wanista.com

Mengikut kajian dari Bata, hampir 90% wanita mengalami kesakitan ketika memakai kasut tumit tinggi. Dengan pembangunan teknologi Insolia, ia merupakan pad didalam kasut yang membantu mengimbangi diantara berat dan tumit. Memakai kasut tumit tinggi biasa boleh menyebabkan kaki bengkak. Walaubagaimanapun, Insolia mengubah semua itu menjadi keselesaan untuk kasut tumit yang bergaya. 

Foto – arkib Wanista.com

Koleksi Insolia terbaru ini bakal berada di semua butik kasut Bata seluruh negara. Terdapat tiga rekaan pilihan untuk setiap kasut dengan Insolia didatangi dengan harga berpatutan RM 129. 

Ingin tampak yakin dan menarik? Kini boleh bergaya dengan kasut tumit tinggi Bata Insolia sepanjang hari! 

The post Pilih Bata Insolia Untuk Bergaya Dalam Kasut Tumit Tinggi Sepanjang Hari appeared first on Wanista.com.

Adidas Originals Lancar Rekaan Kolaborasi Dengan Pereka Fesyen Alexander Wang

$
0
0

Alangkah sensasinya koleksi rekaan terbaharu adidas Originals bersama pereka fesyen kegemaran ramai yang terkenal dengan gaya unik lagi eksentrik, siapa lagi kalau bukan Alexander Wang.

Foto -Arkib Wanista

Menggabungkan elemen fesyen yang disunting dari gaya jalanan termahsyur, adidas Originals by Alexander Wang ini adalah koleksi unisex yang boleh digayakan kedua-dua jantina secara menyeluruh. Dari helaian pakaian seperti jaket hinggalah kepada kasut, ia melambangkan simbol abadi adidas Originals yang sentiasa komited untuk cuba menampilkan konsistensi dalam memenuhi impian semua.

Foto -Arkib Wanista

Selain penerapan logo ikonik adidas Originals yang mencerminkan keperibadian mutu jenama tersohor ini,perincian tiga jalur juga masih diguna pakai bagi memperlihatkan sifat keaslian yang menjadi sisi pandangan utama.

Foto -Arkib Wansita

Amat sesuai untuk digayakan secara selesa untuk gaya sehari-hari, koleksi adidas Originals by Alexander Wang bakal menyerlahkan aura keperibadian individu yang gemarkan suatu kelainan.

Foto -Arkib Wanista

Koleksi ini akan mula dilancarkan secara global mulai 1 hingga 15 April akan datang. Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.adidas.com/my/alexander_wang]

The post Adidas Originals Lancar Rekaan Kolaborasi Dengan Pereka Fesyen Alexander Wang appeared first on Wanista.com.

Dari Gaya Jalanan London Fashion Week, Bila Jeans + Dress Jadi Trend Fesyen Semasa

$
0
0

Saat tibanya musim Minggu Fesyen, pasti rata-rata jemputan yang terdiri dalam kalangan orang-orang fesyen, model, selebriti, blogger fesyen dan influencer popular media sosial akan berlumba untuk memperagakan helaian fesyen mengikut kreativiti serta trend yang diminati.

Trend dari London Fashion Week baru-baru ini nampaknya lebih sofistikated!

Sumber: Pinterest

Padanan seluar dengan dress labuh? Hmm… macam pelik bukan?

Sumber: Pinterest

 

Tetapi, ternyata trend ini sebenarnya sedang hangat apabila ramai tetamu yang menghadiri acara pertunjukan fesyen gilang-gemilang itu tampil menggayakan helaian fesyen unik yang diggabungkan bersama.

Mungkin, jika anda ingin mencabar jiwa fashionista diri, bolehlah cuba bergaya sakan menggunakan inspirasi dress yang dipadankan dengan seluar ini… Mana tahu nampak serasi?

Tips!

Sumber: Pinterest

1. Pilih dress yang berbelah agar mudah untuk si pemakai mengatur langkah dengan lancar tanpa sebarang halangan. Dalam masa yang sama, ia juga kelihatan lebih kemas dan ‘masuk akal’.

2. Jika tidak mempunyai dress yang berbelah, padankan seluar dengan dress yang jarang kerana fabrik jaranng seperti chiffon kebiasaannya akan dijahit berdasarkan rekaan yang lebih longgar. Mudahlah untuk anda bergerak!

Sumber: Pinterest

3. Labuh dress hendaklah kurang daripada bahagian betis. Jika terlalu labuh, ia sebenarnya akan kelihatan sedikit ‘selekeh’.

Sumber: Pinterest

4. Jika anda seorang yang tinggi, anda bisa menggayakan apa sahaja jenis seluar bersama dengan dress namun, jika anda seorang yang genit dan rendah, sila gayakan seluar yang sedikit ketat bersama pilihan dress yang berpotongan pendek supaya anda nampak sedikit lampai.

Sumber: Pinterest

Sumber: Pinterest

Sumber: Pinterest

Tonton Video Cara Menggayakan Seluar Dengan Dress

Selamat mencuba!

The post Dari Gaya Jalanan London Fashion Week, Bila Jeans + Dress Jadi Trend Fesyen Semasa appeared first on Wanista.com.

Selebriti Hollywood Ini ‘Menipu’ Warna Rambut Mereka Yang Sebenar!

$
0
0

Ramai yang tidak tahu, warna boleh memberi ekspersi emosi seseorang individu dan ruang tertentu. Tidak cukup pada cat di dinding, pakaian, warna rambut juga boleh menyerlahkan sisi yang baharu. Sama ada ia kelihatan okay atau tidak. 

Rupanya terdapat ramai selebriti Hollywood yang melakukan perubahan pada warna rambut mereka, sehinggakan ada diantara kita tidak sedar dan tidak tahu mereka rupanya selama ‘menipu’ kita secara diam! 

#1 Emma Stone

Foto – Regis Salons

Penampilan rambut perang Emma didalam filem Spiderman mengejutkan ramai peminat beliau kerana mereka tidak menyangka itu warna rambut sebenar Emma. Tapi warna mata hijau lebih terserlah jika beliau berpenampilan dengan rambut rona merah! 

Foto – themodernette.blogspot.com

#2 Julia Roberts 

Foto – StyleCaster

Diawal karier lakonan Julia Roberts membiarkan warna coklat asal sebenar rambut menjadi pilihan. Kini beliau mewarnakan sedikit rambutnya dengan warna honey blonde. Boleh dikatakan Julia sangat sesuai dengan warna tersebut sampai ada yang lupa warna sebenar rambutnya berwarna coklat. 

Foto – pinterest.com

#3 Scarlett Johansson

Foto – Hair color Ideas

Siapa sangkat Scarlett sewaktu comel dan manis dengan warna rambut coklat semulajadi. Kini beliau kelihatan garang dan berani dengan warna perang potongan pendek. Manis itu masih ada..

Foto – E! Online

#4 Amy Adams

Foto – Pinterest.com

Warna rambut si Amy Adams ini pernah menjadi pertikaian di laman sosial kerana ada segelintir peminat keliru dengan warna sebenar rambut beliau. Rupanya Amy adalah si pemilik rambut bewarna coklat, namun dia lebih suka tampil dengan warna merah atau ginger hair.

Foto – BeautyFrizz

#5 Jessica Simpson 

Foto – Hair color Ideas

Jessica bijak memilih mewarnakan rambut asli coklat kepada warna perang kerana ia menaikkan seri kulitnya dan juga menyerlahkan warna anak mata beliau. Jadi tak salah rasanya Jessica tidak kembali semula pada warna asli rambutnya. 

Foto – TheGloss

#6 Charlize Theron 

Foto – Pinterest.com

Warna hitam rupanya warna asal si jelita Charlize! Dia kini yang lebih selesa dengan penampilan warna perang dan ia menaikkan seri wajah si Charlize. Tak percaya? Cuba anda bandingkan..

Foto – beautyeditor.ca

#7 Jennifer Lopez

Foto – Pinterest.com

Amboi, lain sangat JLo dulu..rupanya dia juga memiliki warna rambut hitam pekat tapi kini dia kekal dengan rambut coklat perang. Serius warna ini memang memberi efek seksi pada JLo. 

Foto – Pinterest.com

#8 Gwen Stefani 

Foto – Feministing

Jika dahulu ratu rapper ini kelihatan manis dengan rambut coklat, tapi kini dia kekal gaya warna rambut perang dan bergincu merah menyala..

Foto – glamour.com

Apa pendapat anda? Mereka lebih sesuai dengan rambut lama atau baru? 

Rujukan

The post Selebriti Hollywood Ini ‘Menipu’ Warna Rambut Mereka Yang Sebenar! appeared first on Wanista.com.


Ketahui Jenis Dan Fungsi Beg Tangan Yang Setiap Hari Anda Bawa

$
0
0

Beg tangan atau handbag merupakan aksesori wajib setiap kali seorang wanita ingin keluar dari rumah. Tak kiralah dimana anda pergi pasti beg tangan menjadi peneman setia. Kunci rumah, kereta, pelbagai barang peribadi, dompet malah resit lama pun ada didalam beg tangan. Tak percaya? Cuba anda check sekarang.. 

BACA: 14 BENDA WAJIB KENA ADA DALAM BEG TANGAN WANITA 

Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenama dan jenis beg tangan bersama rekaan yang menarik. Kecil, besar, panjang, pendek, petak atau bulat semuanya boleh dipilih mengikut citarasa anda. Ia juga bergantung kepada kesesuaian majlis yang dihadiri dan ia juga mampu menyerlahkan gaya personaliti diri anda. Dari beg tangan pun, orang dah boleh baca siapa diri anda yang sebenar. 

BACA: YEKE? JOM KETAHUI PERSONALITI DIRI MELALUI JENIS BEG TANGAN ANDA

Bagi anda yang ingin menukar beg tangan yang baharu itu, ikuti tips dan pilihan beg tangan yang Wanista syorkan! 

#1 Tote Bag

Foto – Best Model Bag 2016

Rekaan: Beg tangan jenis Tote / Tote handbag kebiasaannya berbentuk segi empat dan bersaiz lebar. Terdapat pelbagai pilihan fabrik seperti kulit, kanvas dan nilon pada sebuah beg tangan Tote. 

Kegunaan: Saiz besar dan lebar Tote sesuai digunakan untuk anda ke pejabat atau ke kolej. Buku malah laptop boleh dibawa menggunakan beg tangan Tote. 

#2 Crossbody 

Foto – Rank & Style

Rekaan: Beg silang atau crossbody dipanggil kerana ia biasanya tali beg tersebut lebih panjang dan dipakai secara bersilang. Crossbody tidak semestinya hanya bersaiz kecil ada juga yang bersaiz besar seperti beg Tote. 

Kegunaan: Sesuai kegunaan harian seperti ke majlis kasual atau bersantai bersama keluarga dan teman-teman. Ia senang dibawa dan tangan anda bebas daripada perlu memegang tali beg tangan. 

#3 Hobo Bag 

Foto – pcrcweb.org

Rekaan: Bertali pendek dan hanya mempunyai satu zip ini dikenali sebagai beg Hobo. Saiz beg Hobo agak sama seperti beg Tote cuma ia bertali lebih pendek. 

Kegunaan: Anda boleh gunakan beg Hobo sebagai aksesori harian ke pejabat, majlis kasual malah ketika membeli belah. Rekaan beg Hobo lebih eksklusif dan banyak barang anda boleh bawa didalamnya! 

#4 Clutch 

Foto – AliExpress.com

Rekaan: Bersaiz kecil dan biasanya berbentuk memanjang. Beg Clutch menggunakan butang katup berbanding zip. Perincian beg lebih kepada bertahtahkan batu permata atau sulaman. Namun ada juga beg Clutch yang bersaiz sederhana sesuai untuk anda yang mempunyai barangan untuk dibawa atau telefon pintar bersaiz besar.

Kegunaan: Beg clutch sesuai untuk anda kelihatan anggun dan sofistikated di majlis formal. Cuma yang perlu anda ingatkan anda tak boleh barang banyak barang sahaja lah..

#5 Bucket Bag

Foto – Louis Vuitton

Rekaan: Beg ini diilhamkan dari bentuk uncang. Beg jenis Bucket ini mempunyai satu tali panjang untuk digalas pada bahu dan tidak mempunyai sebarang zip. Ia diganti dengan tali pengikat yang boleh diselaraskan. Saiz Bucket Beg sedikit panjang berbanding beg-beg lain.  

Kegunaan: Sesuai si gadis remaja untuk ke kolej atau bersantai bersama teman-teman. Disebabkan saiz beg Bucket yang memanjang dan luas sampai kasut dan bekas makanan pun boleh muat didalamnya. 

Rujukan 1 & 2

The post Ketahui Jenis Dan Fungsi Beg Tangan Yang Setiap Hari Anda Bawa appeared first on Wanista.com.

Ganti Kaca Mata Lamamu Dengan Koleksi Fendi Roma Yang Ringkas Bergaya

$
0
0

Fendi memperkenalkan ROMA, koleksi kaca mata ranggi untuk musim Bunga/Panas 2017 yang merangkumi rekaan bingkai yang berkonsepkan ringkas dan santai.

Foto -Arkib Wanista

Bukan itu sahaja, ia turut dibina menggunakan struktur bingkai lensa yang berlandaskan bentuk-bentuk geometri untuk menonjolkan keunikan yang tidak keterlaluan dan bersifat universal. Ia adalah elemen yang sengaja diterapkan bagi mengimbau stuktur binaan Roman yang sangat terkenal dengan gaya artisan tersendiri.

Foto -Arkib Wanista

Sesuai untuk semua pembawaan gaya dari yang klasik hingga ke moden, kaca mata dari koleksi Fendi ROMA ini menerapkan ciri ergonomik yang pastinya amat sesuai untuk bentuk muka orang Asia.

Foto -Arkib Wanista

Terdapat dalam bingkai pilihan berwarna hitam, biru, merah dan Havana yang digabungkan dengan ronalembut ala pastel seperti merah jambu, hijau, putihdan violet.

Foto -Arkib Wanista

Setiap satu rekaan melambangkan kemahsyuran bumi Rome yang diselit dengan sifat elegen jenama fesyen Fendi, ia adalah koleksi premium berkualiti yang memanfaatkan kefungsian optimum.

The post Ganti Kaca Mata Lamamu Dengan Koleksi Fendi Roma Yang Ringkas Bergaya appeared first on Wanista.com.

Badan Kecil Molek? Jom Tiru Helah Selena Gomez Untuk Kelihatan Tinggi

$
0
0

Mungkin anda biasa mendengar gossip-gossip cinta penyanyi dan juga aktres berbakat Selena Gomez. Tapi mungkin juga ada diantara anda terlepas pandang dengan penampilan Selena yang sentiasa kelihatan chic dan menawan. 

Artikel sebelum ini kami membawakan seleksis idea kasut ala Selena… BACA: TAMPIL TRENDY, COOL, CHIC SEPERTI SELENA GOMEZ

Walau berbadan sederhana Selena Gomez mampu memberi ilusi tinggi lampai dari busana yang membaluti tubuhnya. Wanista sediakan helah yang dimainkan dari Selena setiap kali dia melangkah keluar dari rumah…

#1 Jumpsuit dengan kasut tumit tinggi

Foto – Getty Images

#2 Busana dengan perincian manik secara memanjang 

Foto – Getty Images

#3 Skirt labuh tiga suku bersama stiletto 

Foto – Getty Images

#4 Sedikit belahan pada busana atau skirt 

Foto – Getty Images

#5 Jalur berombak seperti ini juga memberi ilusi ramping pada si pemakai 

Foto – Getty Images

#6 Padanan High-waisted pants atau denim 

Foto – Getty Images

Jadi pada anda yang rendang bak pohon bonsai pastikan anda mempunyai 5 item ini didalam almari anda:-

  • Kasut tumit tinggi
  • Pakaian dengan perincian atau print secara memanjang
  • Skirt atau seluar pendek
  • Seluar high waisted
  • Skirt labuh dengan belahan

Selamat beramal! Jap, Wanista belanja gambar comel Selena dan Barney ~~ 

Foto – Elle.com

SUMBER 1 & 2

The post Badan Kecil Molek? Jom Tiru Helah Selena Gomez Untuk Kelihatan Tinggi appeared first on Wanista.com.

PUMA Perkenal Kasut Basket Baru, Cara Delevigne Kekal Sebagai Wajah Kempen “Do You”

$
0
0

PUMA terus memberi semangat kepada masyarakat dunia, kini kembali dengan kempen DO YOU untuk musim bunga/panas 2017.

Sekali lagi berkerjasama dengan Aktres, Supermodel, Aktivis dan wajah kempen DO YOU sebelum ini, Cara Delevigne diyakini mampu membangkitkan jiwa wanita di seluruh pelusuk dunia. 

Untuk makluman semua, kempen ini adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat wanita agar sentiasa percaya akan kemampuan diri sendiri agar tiada apa yang bisa menghalang seseorang untuk menjadi diri sendiri.

Kata Cara, “Hal ini adalah tentang mencari kekuatan diri. Memang baik untuk memberi inspirasi kepada orang lain dan memandang tinggi terhadap mereka tetapi apa yang paling penting adalah untuk mencari sesuatu yang dapat memberi kegembiraan kepada diri sendiri dan jangan terlalu suka ikut cara orang lain.

“Sila jadi diri sendiri,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, PUMA turut memperkenalkan rekaan sneakers basket dengan perincian baharu iaitu PUMA Basket Heart Denim yang lebih sofistikated, sesuai untuk wanita gemar berfesyen. Jadi, siapa kata item fesyen sukan tidak stailo?

Untuk keterangan lanjut, sila layari [global.puma.com/en_MY]. Koleksi PUMA Basket Heart Denim hanya boleh dibeli di KLCC, Sunway Pyramid, Pavilion, Gardens, Queensbay Mall, JBCC Komtar pada harga RM399.

The post PUMA Perkenal Kasut Basket Baru, Cara Delevigne Kekal Sebagai Wajah Kempen “Do You” appeared first on Wanista.com.

FITFLOP Rai Karisma Wanita Bersempena Ulang Tahunnya Ke-10

$
0
0

Wanita inspirasi penuh dengan cita-cita dan berkarisma, Marcia Kilgore adalah tulang belakang yang tampil mewujudkan jenama sandal FitFlop pada tahun 2007.

Menjadi pilihan ramai wanita dari seluruh dunia, FitFlop adalah jenama sandal ergonomik pastinya memikat bukan sahaja dari segi rekaan yang versatile malah fungsinya juga begitu sesuai untuk kegunaan dalam semua situasi.

Aktres Uma Thurman sebagai wajah kempen “Superwomen” FitFlop 2017.

Bertujuan untuk memperkasa wanita secara global, FitFlop mengambil peluang untuk menyebar mesej bermanfaat kepada semua menerusi kempen “Superwomen” bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-10.

Uma Thurman menggayakan Flip Leather Sandals dari koleksi terkini FitFlop untuk musim bunga/panas 2017.

Uma thurman terpilih untuk memimpin kempen “Superwomen” oleh FitFlop musim ini. Dalam masa yang sama, jenama gah ini turut berkesempatan untuk memperkenal koleksi musim bunga/panas 2017 yang sensasi lagi memukau dengan empat jenis rekaan termasuklah Rola, Flip Leather Sandals, Fino dan Banda Roxy.

Koleksi Fino yang dihiasi perincian berkilau.

Koleksi Rola yang dihiasi perincian manik logam.

Koleksi Banda Roxy.

Setiap satunya istimewa berasaskan perincian glamor seperti kilauan dan mainan tali kancing bersilang.

Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.facebook.com/fitflopmalaysia] atau lawat laman Instagram @fitflopmalaysia di [www.instagram.com/fitflopmalaysia]

Semua koleksi terkini FitFlop untuk musim bunga/panas 2017 boleh didapati di butik sandal FlitFlop cawangan Pavilion KL, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid, IOI City Mall, Gurney Paragon, Komtar JBCC dll.

The post FITFLOP Rai Karisma Wanita Bersempena Ulang Tahunnya Ke-10 appeared first on Wanista.com.

Viewing all 336 articles
Browse latest View live