There’s such a difference between us and a million miles…
Ya Adele, memang terdapat banyak perbezaan anda yang dahulu dan sekarang.
Gemersik suara dan himpunan karya penyanyi hebat Adele tidak pernah mengecewakan sesiapa. Namun, penampilan dan fesyen Adele pernah dikutuk hebat oleh masyarakat dunia pada awal kemunculan dalam industri muzik, ditambah dengan saiz badan yang tidak begitu menarik (pendapat sebilangan orang).
Beliau pernah hadir di acara karpet merah tanpa sebarang solekan, kalau ada pun dengan calitan eyeliner. Tapi hey! Gaya eyeliner Adele kini tiada siapa boleh tandingi.
Foto – PopSugar
Jom kita lihat perubahan besar Adele dari 2008 hingga ke 2017…
#1 Adele di Majlis Anugerah BRIT pada 20 Februari 2008
Foto – Getty Images
#2 Di karpet merah Anugerah Muzik Mercury pada 9 September 2008
Foto – Max Nash / AFP / Getty Images
#3 Di Konset VH1 Divas pada 17 September 2009
Foto – Getty Images
#4 Anugerah Grammys 12 Februari 2012
Foto – Getty Images
#5 Mendapat penghormatan dari pihak diRaja pada 19 Disember 2013
Foto – Getty Images
#6Adele di Majlis Anugerah BRIT pada 24 Februari 2016
Foto – www.novella2000.it
#7 Penampilan terbaru di Majlis Grammys 11 Februari 2017
Foto – People
Tak sangkakan Adele kini lebih menawan, jelita dan anggun. Beliau berjaya menepis semua kata-kata negatif yang pernah bercakap buruk tentang fizikalnya. Kita semua boleh mengambil inspirasi dari Adele yang tidak pernah berputus asa untuk menjadikan beliau wanita yang mempunyai pakej lengkap!
Tiffany & Co. melancarkan koleksi barangan kemas terbaharu mereka iaitu Tiffany HardWear dimana koleksi itu sebagai mengangkat semangat dan kekuatan Bandaraya New York. Rekaan koleksi ini diinspirasikan dari fesyen jalanan dimana jiwa urban disemadikan didalam gaya fesyen moden.
Tiffany HardWear tampil dalam bentuk klasik tapi menarik. Ianya juga diolah semula dari gelang unisex pada tahun 1971 dimana mempunyai koleksi subang, cincin, rantai leher, loket dan juga didatangi dengan jaket kulit sebagai pelengkap gaya.
Foto – arkib Wanista.com
Tiffany & Co. juga mengumumkan Lady Gaga sebagai wajah terbaru Tiffany & Co. dengan membawa kempen Legendary Style yang juga kempen untuk koleksi Tiffany HardWear. Lady Gaga yang juga anak jati New York dan ikon fesyen dunia mempamerkan luahan isi hati beliau didalam video kempen berdurasi 60 saat. Tonton [Klik]
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Tiffany HardWear akan berada di butik bermula 28 April seluruh dunia dan boleh dibeli secara talian di Tiffany.com pada 2 Mei. Ianya sangat terhad dan boleh dilakukan pre-order sejak 5 Februari lalu.
Bagi anda gadis fashionista pasti menjadi impian untuk membimbit beg tangan ikonik dan berjenama.
Tahukah anda beg-beg berjenama ini bukan sahaja berkualiti tinggi dan cantik malah ia juga mempunyai harga untuk dijadikan sebagai saham pelaburan. Sebagai contoh, beg tangan Hermes Birkin dari tahun 2012 dengan kondisi yang baik mampu dijual semula pada harga yang lagi tinggi dari harga asal.
Foto – www.buzznet.com
Beg tangan ikonik biasanya didatangi dalam masa yang sangat terhad dan kebanyakan tidak lagi dikeluarkan oleh butik. Jadi pemilik beg tersebut seperti memiliki sebuah karya sejarah dari jenama itu. Wow! Tak sangka kan patutlah harganya pun bukan biasa-biasa.
Wanista senaraikan 25 beg tangan berjenama mewah yang popular dan tidak putus menjadi buruan si fashionista yang ingin mengumpul koleksi…
Memang benar tidak ramai yang berjaya mengayakan denim putih. Ia warna yang terang dan anda boleh digelar mangsa fesyen jika anda tidak berjaya membuat padanan. Pastinya ramai juga yang membuat alasan seluar putih sukar dijaga dan memberi ilusi kaki tampak besar.
Apa yang penting ialah dapatkan potongan denim yang sesuai dengan saiz pinggang dan kaki anda untuk kelihatan selamat dan menarik walaupun dengan warna putih. Serta mainan aksesori dan outfit itu sendiri boleh menarik mata yang memandang berpendapat anda kelihatan lebih outstanding dari yang lain.
Jadi Wanista sediakan 5 idea flat lay untuk anda gayakan denim putih ke aktiviti kasual atau gaya harian.
#1 Acara Kasual
Denim potongan boot/boot cut tampak ranggi dipadankan jaket denim. Biasanya, orang gemar memadankan denim dan jaket biru. Apa kata kali ini serlahkan gaya berbeza denim putih bersama jaket biru.
Foto – arkib Wanista.com
#2 Bila Bercuti
Sesuaikan pakaian anda dengan aktiviti percutian seperti tampil dengan t-shirt dan sandal. Penampilan sebegini buat anda lebih selesa juga menarik bersama aksesori kaca mata dan selendang bercorak lembut.
Foto – arkib Wanista.com
#3 Ke Pejabat
Boleh ke seluar putih beri gaya eksekutif? Boleh lah, jika anda bijak kenakan kemeja seperti dibawah. Nak tampil sedikit kelainan, pilih kemeja punya elemen feminim dan kasut tinggi jenis peep-tote-mule yang menyerlahkan efek ranggi.
Foto – arkib Wanista.com
#4 Bertemu Si Dia
Blaus merah jambu dengan bertali di pinggang memberi ilusi pinggang ramping. Jika anda berhijab, pilih selendang bercorak floral dengan kombinasi warna yang ceria. Sepatu ankle-strap dan jam tangan sebagai pelengkap gaya anda!
Foto – arkib Wanista.com
#5 Bila beriadah
Simple but nice! Gayakan blaus longgar untuk keselesaan sepanjang anda berada diluar. Pilihan corak blaus bercorak tidak akan membuat anda kelihatan membosankan bila tampil dengan denim putih. Tambah aksesori seperti cermin mata, backpack dan sandal gladiator.
Impikan sneakers yang disleit dengan perincian nostalgik rekaan adidas Originals? Memperkenalkan Iniki Runner yang disisip dengan nafas baharu menerusi beberapa elemen yang bersesuaian dengan jiwa lelaki dan wanita moden namun masih dahagakan gaya retro.
Iniki Pack: Coral
Berasaskan rekaan kasut larian tahun 70an, Iniki Runner menampilkan gabungan fabrik pelapik jenis mudah regang dan fabrik jenis baldu yang disertai perincian tiga jalur ikonik yang diperbuat daripada material kulit.
Iniki Runner: Grey
Setiap satunya istimewa kerana turut disertai tapak getah versatile bahkan pelapik tengah dalam kasut pula diterap dengan midsole jenis BOOST untuk ketangkasan dan keselesaan pergerakan berganda.
Iniki Pack: Blue
Ditawarkan dalam pilihan warna solid grey dan turbo untuk lelaki manakala haze coral dan blue untuk wanita.
Iniki Runner: Turbo
Iniki Pack/Runner akan mula dipasarkan di beberapa butik adidas Originals terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang termasuklah KLCC, Pavilion Kuala Lumpur, Sunway Pyramid dan SOLEWHAT MidValley Megamall yang dijual pada harga RM599 sepasang. Ia juga boleh dibeli secara atas talian pada 20 April ini di [shop.adidas.com.my]
Sempena Hari Ibu yang bakal tiba tonjolkan penghargaan anda kepada satu-satunya insan yang sentiasa bersama anda dengan idea-idea hebat hadiah daripada Coach!
Seperti yang kita ketahui, rekaan perincian dari jenama Coach sentiasa menyerlahkan sisi kemewahan dan menggunakan sulaman rivet yang rumit. Si ibu pasti merasakan dia lebih istimewa apabila dihadiahkan dengan barangan aksesori Coach.
Dari kanvas kosong anda kini boleh menghasilkan rekaan tambahan di beg tangan Coach pilihan anda. Coach kini menawarkan perkhidmatan monogramming pada hangtags dari pembelian mana-mana barangan kulit atau SLGs.
Ini pelbagai rekaan pilihan yang terdapat di butik atau butik online Coach:
Anda boleh menghasilkan sesuatu yang peribadi kepada ibu anda. Pilih pelbagai karikatur monogram yang comel di Coach Craftsmanship Bar di butik Pavilion Elite.
Selain itu terdapat juga seleksis beg tangan dan aksesori yang lain untuk dijadikan buah tangan untuk si ibu.
All Over Western Rivets Page Crossbody. Foto – arkib Wanista.com
Multi Floral Print Mercer 24 Satchel. Foto – arkib Wanista.com
Western Rivets Coach Nomad Crossbody. Foto – arkib Wanista.com
Long Western Charm Mix Necklace. Foto – arkib Wanista.com
Kate Spade membuka langkah baharu dengan memperkenalkan koleksi Musim Bunga yang mempertengahkan inspirasi dari padang pasir, kelopak mawar dan aura-aura oasis taman yang diletakkan didalam perincian rekaan dan fabrik.
Pada koleksi kali ini, busana RTWKate Spade diserlahkan dengan sedikit eleman bohemian dan potongan lengan dan struktur pakaian ala maghribi. Rekaan blaus dan busana pula lebih longgar untuk mencipta efek elegan pada si pemakai.
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Beg tangan Kate Spade antara menjadi aset utama dalam jenama mewah dari New York ini. Kate Spade memperkenalkan rekaan beg tangan yang fun dan berstrukrur. Lihat sahaja karikatur monyet, unta dan pelita lampu dijadikan hiasan pada beg tangan mereka.
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Kini anda boleh menambah aksesori monogramming Kate Spade! Serlahkan personaliti dan gaya peribadi anda dengan pelbagai pilihan sticker, tali beg tangan dan emoji untuk hiasan pada barangan Kate Spade.
Koleksi Musim Bunga Kate Spade 2017 boleh didapati di Butik Kate Spade seluruh negara (link) atau layari laman rasmi Facebook Kate Spade New Yorkhttps://www.facebook.com/sea.katespadenewyorkuntuk maklumat lanjut mengenai koleksi.
Coachella pada asalanya adalah nama sebuah bandar di daerah Riverside Country, California yang merupakan lokasi tetap bagi festival tahunan paling gempak -menghimpunkan ramai pencinta muzik dan seni seluruh negara di bandar yang turut dikenali sebagai ‘Kota Cahaya Matahari’.
Sumber: Mirror.co.uk
Di samping menikmati persembahan muzik daripada band-band terkemuka antarabangsa dan artis ternama, Coachella Valley Music And Arts Festival ini juga secara tidak langsung menjadi tumpuan anak-anak muda untuk bergaya sakan memperagakan busana-busana menarik lagi sensasi mengikut minat serta trend fesyen semasa.
Sumber: Emily Malan/wmagazine.com
Seperti tahun-tahun yang lalu, Vanessa Hudgens adalah antara selebriti top yang tidak pernah gagal membawakan penggayaan fesyen ranggi sehingga dirinya digelar “Queen of Coachella”. Tetapi, apakah kejutan yang dibawakan oleh para selebriti dan pengunjung tahun ini saat menonjolkan diri di festival Coachella 2017?
Sesungguhnya, beg biru ikea yang boleh diguna semula itu adalah ‘item’ keperluan rumah yang paling ikonik dan sangat berguna kerana selain sifatnya yang mesra alam dan boleh dikitar semula, saiznya juga besar malah boleh dilipat dan tidak mudah koyak meskipun dipenuhi barangan yang berat. Harganya? Hanya RM2 di Ikea Malaysia.
Sumber: ikea.com
Tak dinafikan, memang ramai yang suka bag ni! Kadang-kadang setiap kali pergi Ikea, setiap kali itu jugalah akan ada orang yang beli beg ni walaupun dah berlambak di rumah betul tak?
Kelmarin, jenama fesyen terkemuka Balenciaga yang sering mewujudkan kontroversi kerana mengeluarkan rekaan beg seolah meniru rekaan ‘beg murah’ dan dijual pada harga ribuan dollar kini tampil pula dengan versi beg gergasi diadaptasi dari rekaan beg biru IKEA.
Biarpun material yang digunakan adalah berasaskan kulit asli, dari segi tekstur kulit beg yang berkedut, bentuk, warna dan kedudukan tali pemegang beg “Balenciaga Arena Extra-Large Shopper Tote Bag” ini sahaja sudah cukup untuk mengingatkan kita kepada beg biru IKEA. Harganya pula beribu kali ganda daripada harga beg IKEA yang hanya dijual pada 99 sen di Amerika.
Jadi, ada ke yang berkenan dengan Balenciaga Arena Extra-Large Shopper Tote Bag berharga RM9,434 ini?
Musim lalu, Balenciaga pernah menggegarkan arena fesyen kerana mengeluarkan rekaan beg gergasi menyerupai beg pasar berjalur yang lazimnya digunakan masyarakat sekitar Asia dan beg pembungkus selimut toto.
Saat yang paling ditunggu-tunggu untuk peminat fesyen ialah perayaan hari raya yang akan datang. Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat beberapa pilihan pakaian yang tersedia dari rangkaian koleksi pakaian raya dari Jovian Mandagie iaitu JBasic Raya 2017, JLuxe Raya 2017 dan Balik Kampung 2017. Ia menampilkan pelbagai rekaan dan pilihan harga yang mengikut kesesuaian.
JBasic Raya 2017 khas buat wanita yang mengetengahkan konsep kesederhanaan. Dari potongan sehingga corak fabrik semuanya tidak keterlaluan dan mempunyai 31 rekaan dengan pilihan Modern Basic Baju Kurung, Modern Basic Dress dan Modern Basic Kebaya yang direka untuk semua peringkat umur. Harga koleksi JBasic Raya 2017 bermula dari RM129 hingga RM299.
Bagi koleksi JLuxe Raya 2017 untuk mereka yang ingin kelihatan anggun dan mewah bersama palet warna terang seperti merah, merah jampu, hijau ungu, hitam, coklat dan hijau. Terdapat 43 koleksi JLuxe dari fabrik heavy crepe, renda, mixed linen dan sulaman manik khas. Koleksi ini bakal berada di butik dan belian atas talian pada 15 Mei dengan harga bermula RM450 hingga RM590.
Pada 30 Mei ini juga Jovian Mandagie mengeluarkan signature collection ‘Balik Kampung 2017‘ yang menampilkan 20 rekaan untuk wanita, 23 untuk lelaki, 6 untuk kanak-kanak perempuan dan 20 untuk kanak-kanak lelaki. Ia direka khas menggunakan fabrik dan corak tradisional seperti batik dengan bercirikan eksklusif. Selain itu koleksi ini sesuai digayakan untuk satu keluarga sempena lebaran ini. Harga secara berasingan, koleksi Jovian Men Kids dari RM149 (kanak-kanak lelaki), RM225 – RM270 (kanak-kanak perempuan), RM229 – RM259 (lelaki dewasa) dan RM400 – RM550 (dewasa wanita).
Balik Kampung 2017. Foto – arkib Wanista.comBalik Kampung 2017. Foto – arkib Wanista.comBalik Kampung 2017. Foto – arkib Wanista.comBalik Kampung 2017. Foto – arkib Wanista.com
Tidak terhad seperti zaman dahulu, muda-mudi sekarang lebih mudah mendapatkan item fesyen terkini selari mengikut perkembangan trend semasa kerana telah banyak wujudnya butik-butik berjenama antarabangsa di pusat-pusat membeli-belah tempatan, tidak kurangnya juga servis personal shopper yang menetap di luar negara serta platform membeli-belah atas talian yang muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Seleksi pilihan yang ada membuka lebih banyak peluang dan pilihan para pengguna terutamanya fashionista untuk mendapatkan item fesyen bermutu pada harga mengiikut kemampuan masing-masing.
Terkini, sandal sarung atau lebih dikenali sebagai sliders semakin mendapat perhatian sejak diperkenalkan kembali Rihanna menerusi koleksi rekaan kolaborasinya untuk Fenty PUMA.
Fur Slides oleh Fenty PUMA by Rihanna. Sumber: pinterest
Sedikit lari daripada norma sifat wanita yang kebiasaanya lebih selesa menggayakan tumit tinggi untuk kelihatan feminin, trend pemakaian slides sebegini secara tidak langsung mampu menerapkan satu gaya baharu yang versatile.
Bukan sekadar sandal sarng biasa, rekaan slides terkini menggabungkan keunikan perincian yang kemudiannya dihiasi pelbagai material lain agar tampak mewah dan ranggi!
Khas buat peminat fesyen diluar sana, Wanista cadangkan beberapa slides cantik yang boleh anda beli dan cuba ❤️
Beruntungnya badan selebriti cantik kita yang seorang ni! Lepas sahaja beberapa minggu bergelar ‘pengantin baru’ dia terus terbang ke Amerika pula. Namun kali ini bukan untuk berbulan madu, tapi demi menjayakan kempen koleksi busana Aidilfitri 2017 rekaannya buat jenama Owl by ND.
Sumber: instagram/noradanish
Tak mahu kalah dengan jenama pereka tempatan yang lain, Nora Daniah berani menerapkan suatu kelainan di mana dia memilih beberapa lokasi yang kaya dengan pemandangan indah yang sering dilihat dalam filem-filem cowboy seperti Las Vegas, Arizona dan California bagi menghiasi latar baju raya ciptaan musim ini.
Hasilnya, memang lumayan!
Konsep penggambaran adalah diinspirasi dari gaya gadis gatsby yang boleh dilihat menerusi tata rias rambut dan solekannya manakala koleksi Aidilfitri 2017 pula mewah dengan centakan floral menonjol serta perincian sensual seperti mainan fabrik flowy dan ropol pada garisan leher, bahagian lengan, kain serta kelim baju.
Penyanyi Harris Baba turut serta dalam sesi penggambaran kali ini menggayakan rekaan baju Melayu Owl.
Kesemua rekaan Owl memang kelihatan cantik dan anggun ditambah pula dengan pemandangan cantik persekitarannya.
Memang seronok agaknya sambil bekerja dapat juga melancong? Ini baru betul sambil menyelam minum air.
Amee Philips, salah satu jenama barang kemas mewah popular di Malaysia kini tampil dengan koleksi terbaharu yang diinspirasi dari sejenis spesis bunga genit digelar “Forget Me Not”.
Bunga Forget Me Not. Sumber: PinterestGelang tangan berlingkar dari emas rose gold yang dihiasi kelopak bunga Forget Me Not dari batu permata biru dan mutiara. Foto -Arkib Wanista
Tidak pernah gagal menggunakan kebijaksanaannya untuk menghasilkan rekaan aksesori unik dengan memanfaatkan penggunaan batu permata berona, Amee Philips tegar mencipta barang kemas yang boleh memberi kemegahan buat si pemakai. “Saya mahu menghasilkan barang kemas yang akan terlihat ‘hidup’ apabila dipakai,” kata Amee.
Slide untuk lihat lebih banyak foto dari koleksi Amee Philips, Forget Me Not
Wanita yang berasal dari Pulau Pinang ini pernah berpindah ke Eropah suatu ketika dahulu semata-mata untuk menambah ilmu kepakaran tentang batu permata di Idar-Oberstein iaitu sebuah pekan kecil di German yang turut dikenali sebagai ‘Kota Batu Permata’. Di sinilah tempat berlakunya banyak pemerdagangan batu permata yang diimport dari Amerika Selatan dan Afrika.
Amee Philips, pereka barang kemas dan pengasas Amee Philips Sdn Bhd.
Dari sinilah bermulanya perasaan cinta Amee terhadap batu permata semakin berkobar malahan sedikit sebanyak beliau dapat juga memahami selok-belok perniagaan batu permata seterusnya belajar cara mengukur kualiti serta nilai batu permata yang sebenar.
Gelang tangan berkerawang emas putih 18 karat yang dihiasi butiran batu permata nilam dari koleksi Amee Philips, Forget Me Not. Foto -Arkib Wanista
Oleh itu di Amee Philips, hanya batu permata yang unggul akan diguna pakai bagi menghasilkan aksesori barang kemas yang bukan sahaja cantik dari segi warna, jenis dan potongannya namun turut disisip dengan nilai estetika tersendiri yang membuatkannya lebih unik untuk para wanita yang mementingkan kelas.
Anting-anting ibu mutiara yang pasti cantik untuk gaya serba ringkas sehari-hari. Foto -Arkib WanistaCincin ibu mutiara yang dibentuk menjadi bunga Forget Me not. Foto -Arkib Wanista
Seperti koleksi Forget Me Not ini, kehalusan rekaan dapat dilihat menerusi perincian bunga Forget Me Not yang memiliki lima kelopak yang sarat dipenuhi batu permata versatile. Amat sesuai digayakan untuk gaya kasual harian mahupun untuk ke acara glamor di malam hari, koleksi Forget Me Not oleh Amee Philips ternyata merupakan sesuatu yang diidam-idam oleh semua wanita hari ini.
Rantai labuh dengan perincian loket bunga Forget Me Not. Foto -Arkib WanistaCincin dihiasi perincian duo motif bunga Forget Me not. Foto -Arkib Wanista
Semuanya diperbuat dari emas putih dan emas rose gold 18 karat, setiap satu perhiasan dalam koleksi versatile Forget Me Not ditawarkan pada harga antara RM3000 hingga RM200,000 setiap satu.
Tonton video temu ramah bersama Amee Philips
Untuk keterangan lanjut, sila layari [ameephilips.com] atau kunjungi butik barang kemas Amee Philips di:-
Amee Philips Kuala Lumpur
Alamat:Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur Cinty Centre, 50088 Kuala Lumpur.
No. Telefon:03-2161 1833/ 012-4294251
Amee Philips Pulau Pinang
Alamat: 109, Kelawei Road, George Town, Pulau Pinang.
Bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-6 Khamis lepas, syarikat pengurusan acara dan perhubungan awam terkemuka tempatan, Xavier Mah Consultancy bangkit mengetengahkan sebuah projek yang anjurannya iaitu #beaXsuperwoman demi memperkasa jasa dan kejayaan enam wanita terpilih ini agar cerita mereka dapat memberi inspirasi kepada semua.
Keenam-enam mereka ini mempunyai latar belakang dalam berlainan bidnag dan masing-masing pernah menempuh parit getir yang mencabar sebelum boleh berada di menara kejayaan.
Namun begitu, setiap seoranng daripada mereka mempunyai tujuan murni untuk menanam sikap positif dalam kalangan masyarakat.
Tonton Video Pengenalan #beaXsuperwoman
Disampaikan oleh YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, wanita bertuah yang terpilih untuk mendapat anugerah penghormatan ini adalah termasuk Mary Shanthi Dairiam, Datuk M. Rajamani, Dato’ Faridah Merican, Ivy Josiah, Low Ngai Yuen dan Siti Noor Radiah Ismail.
Xavier Mah di samping ibunya
Xavier Mah, Pengasas Xavier Mah Consultancy berkata, “Antara salah satu sebab mengapa saya mahu memberi penghargaan kepada wanita-wanita hebat ini adalah kerana saya mahu mengenang kembali pergorbanan besar yang sentiasa dilakukan oleh wanita. Mereka bukan sahaja kuat malah tidak gentar menempuh pelbagai dugaan biarpun perlu bersusah payah. Seperti ibu saya yang harus membesarkan saya seorang diri tanpa suami, dia banyak berpenat-lelah demi membesarkan saya dan dua lagi adik-beradik lain. Tiada cara lain yang dapat saya lakukan demi membalas jasanya dan keberadaan saya di sini hari ini adalah kerana usaha dan pengorbanannya seorang wanita yang bergelar ibu.
Video Kempen koleksi kasut XALF’s Superwomen
“Sama seperti acara sambutan dan hari penganugerahan #beaXsuperwoman ini, ia sangat dekat dengan hati saya kerana ini satu-satunya jalan untuk saya berterima kasih kepada ibu saya serta enam wanita lain yang banyak memberi inspirasi kepada masyakat dan seluruh warga negara.
Tidak ketinggalan, Xavier turut memperkenalkan koleksi terbaharu dari jenama kasut wanita rekaannya, XALF yang diinspirasi dari kuasa wanita #beaXsuperwoman, kesemuanya sesuai untuk wanita yang berani berfesyen.
Koleksi XALF’s Superwomen ini terdiri dari lapan pilihan tumit tinggi berplatform yang disisip dengan rona menonjol seperti kuning, merah, hitam, jingga, cetakan kulit binatang dan banyak lagi.
Bintang Hollywood sering dilihat bijak menggayakan aneka busana menarik saat menghadiri majlis atau acara-acara berprestij termasuklah acara tahunan Met Gala yang saban tahun mengumpulkan lebih beratus sosialit, penggiat muzik dan aktres terkemuka bagi memeriahkan majlis.
Ruang legar lobi Metropolitan Museum of Art New York. Sumber: Pinterest
Buat yang kurang jelas, Met Gala atau nama rasminya Costume Institute Gala yang turut dikenali sebagai Met Ball ini adalah gala dianjurkan untuk mengutip dana khas bagi membiayai Institut Kostum di Metropolitan Museum of Art’s, New York.
Metropolitan Museum of Art New York. Sumber: Pinterest
Met Gala juga menandakan pembukaan pameran fesyen tahunan di muzium tersebut dan sebab itulah setiap seorang jemputan yang hadir ke acara ini ligat menggayakan pakaian yang pelbagai sambil berpandukan tema yang telah ditetapkan bagi tahun berkenaan.
Rekaan Rei Kawakubo untuk musim Luruh/Sejuk 2016. Sumber: Pinterest
Tema bagi pameran tahunan Institut Kostum di Metropolitan Museum of Arts dan Met Gala tahun ini adalah berdasarkan ideologi fesyen pereka kelahiran Tokyo yang mengembangkan bakat di Paris iaitu Rei Kawakubo.
Rekaannya boleh tahan eksentrik namun masih lagi mempunyai ciri-ciri versatile sekaligus bisa sahaja menarik perhatian umum dalam sekelip mata,
Pereka fesyen kelahiran Tokyo, Rei Kawakubo. Sumber: Pinterest
Untuk itu, jom lihat selebriti A-list mana yang berjaya membawakan fesyen terbaik ala Comme Des Garcons di karpet merah Met Gala 2017 pada 1 Mei lalu.
#1 Zendaya @ Dolce & Gabbana
#2 Solange Knowles @ Thom Browne
Sumber: Nielson Barnard/Getty Images
#3 Lily Rose Deep @ Chanel
Sumber: Neilson Barnard/Getty Images
#4 Ruth Negga @ Valentino
Sumber: Rab Latour/REX/Shutterstock
#5 Rihanna @ Comme Des Garcons
Sumber: Nielson Barnard/Getty Images
#6 Cara Delevinge @ Chanel
Sumber: George Pimentel/Getty Images
#7 Zoe Kravitz @ Oscar De La Renta
Sumber: Neilson Barnard/Getty Images
#8 Katy Perry @ Maison Margiela
Sumber: Neilson Barnard/Getty Images
#9 Lily Aldridge
Sumber: Neilson Barnard/Getty Images
#10 Dakota Johnson @ Gucci
Sumber: Nielson Barnard/GettyImages
#11 Laura Osnes
Sumber: John Shearer/Getty Images
#12 Lily Collins @ Giambatista Valli
Sumber: Kevin Mazur/Getty Images
#13 Doutzen Kroes @ Brock Collection
Sumber: Neilson Barnard/Getty Images
#14 Hailey Baldwin @ Carolina Herrera
#15 Blake Lively @ Atelier Versace
Sumber: Dimitrios Kambouris/Getty Images
#16 Anna Wintour @ Chanel Haute Couture
#17 Priyanka Chopra @ Ralph Lauren
Jadi, selebriti mana kamu rasa paling menyerlah di karpet merah Met Gala 2017?
Tapi berapa ramai yang sedar… memakai celana ketat sebenarnya akan memberi kemudaratan pada diri sendiri kelak?
Gadis fashionista terutamanya, gemar bermain dengan padanan celana jeans berpotongan skinny. Bayangkanlah betapa ‘kejamnya’ kamu kerana memaksa bahagian tubuh dari pinggul hingga ke betis untuk tersepit dalam celana berkenaan sepanjang hari.
Secara fizikalnya, skinny jeans akan nampak molek bila digayakan kerana membuatkan kaki nampak lebih runcing dan lampai namun, risikonya adalah si pemakai bakal terdedah kepada masalah kerosakan saraf dan sendi yang ada pada bahagian tubuh berdaging mampat (pinggul dan pinggang).
Harry Style adalah antara selebriti lelaki yang suka memakai skinny jeans untuk gaya sehari-hari. Sumber: Pinterest
Bagi kaum Adam pula, sebuah kajian mendapati lelaki yang suka menggayakan skinny jeans lebih cenderung untuk mandul kerana penggayaan seluar yang ketat dari fabrik keras seperti jeans secara tidak langsung memberi tekanan kepada organ kemaluan mereka.
Takut tak?
Penjelasan Pakar Tentang Efek Pemakaian Seluar Ketat
Seperti yang pernah dilaporkan akhbar Utusan sekitar Ogos 2015, Ketua Unit Fisioterapi, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Zunaidah Abu Samah menjelaskan bahawa, kesan pemakaian seluar ketat berlaku apabila pergerakan sendi anggota bawah menjadi terhad di bahagian pinggang yang menyebabkan ruangan pada bahagian pelvis dan sendi pinggul menjadi sangat sempit ketika individu itu bergerak seperti berjalan dan melangkah.
Seluar Ketat Beri Kesan Pada Kesihatan Sendi & Saraf
Keadaan lebih ketara ketika membengkokkan badan ke hadapan semasa duduk di kerusi, mencangkung dan sebagainya.
Sumber: SheKnows
Akibatnya, tekanan yang tinggi akan berlaku pada saraf yang terletak di pelvis secara tetap sehingga mengakibatkan seseorang individu itu berasa kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk, sangat sensitif apabila tersentuh, selain rasa tidak selesa pada bahagian tepi paha.
Simptom itu boleh berlaku sementara ataupun dalam tempoh berpanjangan bergantung kepada tahap tekanan yang berlaku.
Kisah Benar Wanita Terkena Sindrom Kompartemen
Dalam sebuah kes yang pernah berlaku, seorang wanita telah disahkan menghidap kondisi sendi bengkak yang dipanggil Compartment Syndrome atau Sindrom Kompartemen yang berpunca dari tekanan berlebihan pada bahagian tubuh.
Sebaik tiba di hospital, wanita itu memberitahu doktor bahawa dia telah menghabiskan saban hari, melakukan kerja-kerja berat yang memerlukannya mencangkung sambil memakai celana jeans yang ketat. Sejak beberapa ketika, dia mula berasa sakit sebelum pergi membuat pemeriksaan. Rupanya, kesakitan itu terjadi disebabkan kerosakkan pada bahagian saraf dan otot/sendi pada bahagian kakinya.
Padahnya, situasi itu telah mengehadkan pergerakannya di mana dia tidak boleh berjalan selama beberapa minggu.
Kate juga gemar menggayakan skinny jeans ketika menikmati waktu santai bersama keluarga. Sumber: Getty
Elak Sebelum Parah
Oleh itu cuba elak memakai jeans ketat ketika melakukan aktiviti lasak. Jika anda perlu mencangkung atau berlari tangkas, pakailah seluar bergetah seperti leggings yang memudahkan pergerakan atau lebih lumayan andainya anda sarungkan sahaja seluar yang berpotongan longgar bahkan dibuat daripada material yang lembut dan mampu menyerap peluh secara efisyen.
Sumber: cupofjo.com
Seperti jeans, fabriknya agak tebal dan sukar melentur. Itu amat berbahaya.
Beringatlah, memang tiada istilah ‘salah’ dalam berfesyen ini namun seseorang harus bijak membuat pilihan dan ia mempunyai had tertentu.
Buat apa kelihatan cantik tapi tubuh merana dari dalam? Kan…
Wangian terbaharu dari edaran RiSES Perfumes ‘Bayang oleh Khai Bahar’ menampilkan bintang baharu Khai Bahar sebagai dutanya. Wangian tersebut merupakan edisi terhad khas didatangi dengan wangian untuk lelaki dan wanita.
Haruman ‘Bayang’ dihasilkan dari inspirasi remaja masa kini dan dicipta khas untuk mendekati peminat Khai Bahar yang semakin berkembang di Malaysia dan juga Indonesia. Pemilihan bau ‘Bayang’ yang unik dan eksotik ini dari pilihan hati Khai Bahar sendiri untuk menjadi simbol ke arah hidup yang aktif dan harap menginspirasikan kepada para peminat beliau.
Minyak Wangi edisi terhad ‘Bayang oleh Khai Bahar’ . Foto – arkib Wanista.com
Penghasilan wangian ‘Bayang’ mematuhi keperluan syariah dimana wangian ini tidak mengandungi alkohol dan mendapat sijil pengiktirafan dari Jakim. Ia selamat untuk kulit manusia serta sesuai digunakan dalam menunaikan solat.
Bermula 15 Mei hingga 20 Mei 2017 ini, pihak RiSES bersama-sama Khai Bahar akan mengadakan jelajah promosi Khai di Jakarta dan sekaligus mempromosikan wangian ‘Bayang’ beserta jenama-jenama lain keluaran RiSES. Minyak wangi ini adalah edisi terhad hanya terdapat 5,000 botol sahaja untuk dijual dan dijadikan koleksi oleh peminat Khai Bahar sendiri.
Foto – arkib Wanista.com
Wangian ‘Bayang oleh Khai Bahar’ dari jenis Parfum tahan sehingga 24jam dijual dengan harga RM90 dapatkannya di www.myrises.com.my.
Lebih gah daripada kempen-kempen adidas Originals sebelum ini, koleksi Hu yang mendapat idea olahan semula daripada selebriti dan fashionista lelaki Pharell Williams, Hu mencerminkan ciri moden ringkas yang artistik.
Masih menerapkan ciri rekaan koleksi Hu yang terdahulu, sneakers yang ditiup dengan nafas baru ini dicipta berdasarkan warna ikonik kasut tenis klasik ciptaan adidas terdahulu.
Kasut putih yang dipadankan dengan perincian tampalan logo hijau diinspirasi dari koleksi Stan Smith manakala yang dihiasi perincian tapak kuning serta tampalan logo warna emas pada bahagian penutup buku lali kasut adalah hasil yang disunting dari rekaan sneakers adidas Forest Hills keluaran 1970.
Tennis Hu ini bersifat mudah bernafas, selari untuk koleksi musim panas adidas Originals malah turut disisip dengan teknologi bermutu untuk keselesaan berpanjangan buat si pemakai. Kanvas yang membaluti kasut adalah sejenis material Primeknit yang mudah regang.
Bukan itu shaja, demi menawarkan keselesaan berganda buat pengguna, Tennis Hu turut dilapisi tapak EVA yang jelas lembut apabila dipijak.
Sememangnya Pharell mahukan sesuatu yang kelihatan moden di samping ringan agar memudahkan pergerakan tangkas .
Boleh dibeli di butik adidas Original cawangan Pavilion, CROSSOVER Midvalley dan gedunng atas talian [shop.adidas.com.my] mulai esok, 6 Mei 2017, harga yang ditawarkan sepasang untuk Tennis Hu adalah RM610 dan terdapat dalam saiz UK4 hingga UK11.
RUBINA MUGHAL mempunyai matlamatnya tersendiri, dimana Rubina Mughal ingin menjadi inspirasi kepada setiap wanita diluar sana untuk percaya dan yakin pada diri sendiri tanpa prejudis. Setiap wanita perlu menjadi diri sendiri tanpa perlu mencuba untuk menjadi orang lain. Rubina Mughal ingin meraikan keunggulan setiap wanita untuk bangga diri sendiri dan bakal memberi inspirasi kepada wanita untuk sentiasa yakin untuk menjadi diri sendiri.
Sempena Hari Raya yang bakal menjelang, Rubina Mughal telah mereka khas koleksi gaun, baju kurung dan skaf dengan 9 rekaan dan warna pilihan dinamakan koleksi Just Be You. Koleksi ini sesuai untuk setiap wanita dan mempunyai pelbagai peringkat saiz dan setiap pembelian akan diberikan skarf satin eksklusif secara percuma. Just Be You mempunyai maksud tersendiri iaitu ingin membuang pelbagai tanggapan negatif masyarakat terhadap wanita, disamping meningkatkan keyakinan wanita bahawa penampilan adalah tidak penting untuk menjadi lebih baik.
RUBINA MUGHAL telah memilih tagline ‘I Believe’ untuk jenamanya dimana ia bertujuan untuk menggalakkan para wanita menyebarkan perkara positif antara satu sama lain. Ini membolehkan Rubina Mughal dan wanita diluar sana untuk berinteraksi dan berkongsi kata-kata semangat dengan menggunakan hashtag #ibelievebyRM di laman media sosial.
Shopee, salah satu gedung atas talian terkemuka di Malaysia bakal mengadakan kempen beli-belah besar-besaran menjelang lebaran 2017 yang bakal tiba tidak lama lagi!
Foto -Arkib Wanista
Nikmati potongan harga sebanyak 90 % bila membeli-belah barang keperluan termasuklah gajet, perkakas rumah, item fesyen serta barang harian seperti makanan dan sabun. Kempen Cahaya Raya bersama Shopee juga menawarkan seleksi peraduan menarik untuk disertai pengguna yang sudah mendaftar sebagai ahli pembeli Shopee, yang kemudian berpeluang memenagi hadiah harian berjumlah sehingga RM25,000 ringgit!
Foto -Arkib Wanista
Lebih 25,000 jenis produk terpilih dari 10 kategori berbeza boleh dibeli dari Shopee pada harga murah selama 45 hari berturut-turut bermula 15 Mei hingga 30 Jun nanti.
Antara jenama yang terlibat dalam jualan murah kempen Cahaya Raya bersama Shopee adalah Huawei, Oppo, Nestle, Uniliver, Senheng dan banyak lagi!
Foto -Arkib Wanista
Dalam waktu yang sama, Shopee mengumumkan kerjasamanya dengan Pos Malaysia untuk memperkenalkan servis CODiaitu Cash On Delivery di mana barangan yang dibeli boleh dihantar terus ke tangan pelanggan menerusi servis penghantaran terus ini. Situasi ini lebih memudahkan pengguna malah menjadikan servis penghantaran lebih telus tanpa sebarang keraguan buat para pengguna dan pembeli.
Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Cahaya Raya bersama Shopee, sila layari [cahayaraya.shopee.com.my]