Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all 336 articles
Browse latest View live

OMG! Kecantikan Koleksi Fesyen BATB Ini Akan Buat Peminatnya ‘Tercungap’

$
0
0

Secara amnya, agak sukar untuk mencari barangan edisi terhad yang mencapai tahap kepuasan kita kan? Tak kisahlah merchandise dari konsert band kegemaran, mahupun filem kesukaan, memang rata-ratanya menawarkan seleksi barangan klise yang hanya mampu disimpan sebagai koleksi -sekadar untuk perhiasan semata.

EXO Paper Doll. Sumber: Pinterest

Namun lain pula yang cuba diketengahkan label fesyen hip dari Australia, MINKPINK.

Baru-baru ini, MINKPINK yang berkolaborasi dengan Disney tampil mengeluarkan koleksi pakaian berlatarkan konsep yang disunting dari filem Disney kegemaran ramai iaitu Beauty and the Beast lakonan, Emma Watson sebagai Belle.

Sumber: Popsugar
Sumber: Popsugar
Sumber: Popsugar

Ramai gadis obesisi seantero dunia yang gemar dengan filem dan watak Puteri Disney itu tidak dapat menahan diri sekaligus mahu memiliki helaian dari koleksi terbaharu MINKPINK berkenaan. Ia bukan sahaja menarik bahkan seolah ditiup dengan elemen penuh ajaib!

Sumber: Popsugar
Sumber: Popsugar
Sumber: Popsugar
Sumber: Popsugar

Dari rekaan dress pendek yang dihiasi illustrasi tingkap kaca berona seperti yang dipaparkan dalam satu babak filem berkenaan hingga baju panas dan skirt denim yang turut diselit dengan perincian sulaman bunga berbentuk ros merah yang dimiliki Beast dalam balang kaca kepunyaannya.

Sumber: Popsugar
Sumber: Pinterest
Sumber: Popsugar
Sumber: Popsugar

Ciptaan yang cukup mengiurkan, koleksi berkenaan telah dipasarkan sejak beberapa bulan lalu dan jika berminat rakyat Malaysia mungkin boleh membeli seleksi koleksi Beauty and the Beast dari label MINKPINK di [SINI].

Tonton Video Promo MINKPINK x Disney

SUMBER 1 & 2

The post OMG! Kecantikan Koleksi Fesyen BATB Ini Akan Buat Peminatnya ‘Tercungap’ appeared first on Wanista.com.


[Edisi Perkahwinan] 4 Idea Unik Flower Crown Untuk Bakal Bridesmaids Anda

$
0
0

Pada anda yang merancang majlis perkahwinan yang gilang-gemilang, pasti tidak mahu terlepas dari mengikat rakan-rakan baik anda untuk dijadikan sebagai bridesmaids. Bridesmaids ditugaskan untuk menjaga dan membantu pengantin perempuan sepanjang majlis dan sedikit sebanyak melancarkan aturcara. Kebiasaannya bridesmaids akan diberikan sepersalinan pakaian yang sama warna mengikut tema majlis. Orang kata kalau boleh nak sama cantik dan sama padan dengan mempelai.

Foto – Pinterest

Jika anda dengan tiara pilihan sebagai tanda mahkota raja sehari, bagaimana pula dengan dayang-dayang senandung anda?

Wanista bingkiskan beberapa idea flower crown yang kini menjadi trend aksesori untuk si gadis tampil minimal tapi jelita. Khas untuk para bridesmaid anda..

Tips! Pilih kelopak bunga atau daun bersaiz kecil hingga sederhana

  1. Bunga kecil seperti gambar dibawah antara rekaan flower crown yang paling mudah dan menjadi pilihan bridesmaids. Warna bunga yang berwarna putih juga sesuai dipadankan dengan mana-mana warna busana bridesmaids dan tema majlis.

    Foto – Pinterest

  2. Jom cuba yang lain dari yang lain! Tukarkan flower crown anda kepada hiasan dedaunan hijau. Sekali pandang, pasti bridesmaids anda seperti dewi-dewi Greek.

    Foto – Pinterest

  3. Jika flower crown terletak pada atas kepala, cipta suasana baharu dengan sanggulan bunga-bungaan pada bahagian belakang rambut. Sesuai untuk baju bridesmaids yang sarat dengan perincian hadapan.

    Foto – Pinterest

  4. Jika anda punya citarasa hip pada majlis nanti, apa kata berikan aura hip tersebut pada penampilan bridesmaids anda. Rekaan flower crown seperti ini mencetuskan gaya bohemian dan hipster.

    Foto – Pinterest

Dah dapat idea? Boleh bincang dengan para bridesmaids anda!

The post [Edisi Perkahwinan] 4 Idea Unik Flower Crown Untuk Bakal Bridesmaids Anda appeared first on Wanista.com.

Hawa Adara, Fesyen Raya Mesra Wudhu Untuk Wanita Muslimah

$
0
0

Persiapan rayasudah boleh dibuat menjelang Ramadhan tidak lama lagi, Go Shop memperkenalkan jenama fesyen Muslimah baharu iaitu Hawa Adara yang bukan sahaja mesra pengguna dan cantik rekaannya bahkan ia turut menepati ciri-ciri pemakaian seorang wanita Muslim sejati.

Ditawarkan dalam pelbagai warna dan saiz, antara koleksi Hawa Adara adalah termasuk Tudung Sofea (RM149), Tudung Baiduri (RM199) dan Jubah Aaira (RM199).

Tudung Sofea diperbuat daripada material selesa dan tidak memeritkan kepala biarpun dipakai sepanjang hari, rekaan bermutunya disediakan dalam rona pilihan lembut seperti merah jambu keunguan, hijau buah zaitun, kelabu, merah belacan, biru gelap dan banyak lagi manakala Tudung Baiduri pula ditawarkan dalam warna yang lebih garang seperti coklat samar, hijau, ungu serta dihiasi perincian manik kristal ala fesyen mewah kegemaran wanita sofistikated.

Bukan itu sahaja, anak tudung atau inner akan diberikan secara percuma untuk setiap pembelian.

Jubah Aaira dicipta untuk golongan modes, baik yang bertudung mahupun tidak, wanita yang gemar gaya sopan bisa menggayakannyatanpa jemu kerana potongan rekaan jubah ini adalah berlandaskan potongan longgar jenis A cut. Sesuai digayakan oleh pelbagai bentuk badan, ia juga adalah mesra pengguna yang memudahkan ibu menyusukan bayi serta para wanita lain setiap kali ingin mengambil wudhu. Harga yang ditawarkan untuk koleksi jubah Aaira adalah serendah RM199 yang hadir bersama sehelai selendang percuma.

Fara Fauzana Selaku Duta Fesyen Hawa Adara

Instagram Photo

Instagram Photo

Jangan ketinggalan untuk menonton program jualan langsung Go Shop hanya di Astro saluran 118 dan 303. Jika takut terlepas, anda boleh terus melawat laman sesawang rasmi Go Shop di [www.goshop.com.my] untuk membeli.

Tonton Video Promo Go Shop

Go Shop adalah program jualan langsung televisyen yang beroperasi selama 24 jam setiap hari menerusi talian bebas tol . Ia menyaksikan demonstrasi bagi menjual serta mempromosikan seleksi produk pilihan kepada penonton.

Pengguna boleh membeli dan membuat pesanan dengan mudah, hanya perlu menelefon talian bebas tol di 1800-82-0088 untuk memesan. Lebih memudahkan, panggilan boleh dibuat dengan bahasa bertuturan Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris bahkan penghantaran barangan akan dibuat secara efisyen dalam masa enam hari pada hari bekerja bagi servis penghantaran dalam kota manakala lapan hari pada hari bekerja untuk kawasan di luar kota.

The post Hawa Adara, Fesyen Raya Mesra Wudhu Untuk Wanita Muslimah appeared first on Wanista.com.

Boleh Beli Online! Muat Turun H&M App Untuk Edisi Pakaian Eksklusif H&M

$
0
0

Peminat pakaian dari butik gergasi H&M Malaysia kini boleh menarik nafas lega. Rasminya H&M boleh dibeli secara online melalui laman sesawang hm.com atau muat turun aplikasi H&M app dari telefon pintar anda. Membeli-belah di H&M kini lebih mudah dengan pelbagai butang pilihan untuk mencari pilihan rekaan, kualiti dan harga terbaik. 

Tidak hanya terhad kepada pakaian wanita sahaja, butik atas talian H&M juga menawarkan koleksi pakaian untuk lelaki, remaja, plus-size dan kanak-kanak. Istimewa dengan pelancaran ini, H&M memberi 100 pakaian eksklusif H&M yang tidak akan terdapat di butik. 

Antara koleksi pakaian wanita H&M. Foto – arkib Wanista.com
Pakaian bayi dan kanak-kanak H&M. Foto – arkib Wanista.com

Selain itu, H&M juga menyediakan konsep terbaharu mereka iaitu H&M Edition untuk belian atas talian iaitu koleksi premium. Ianya pakaian yang disediakan dari kualiti fabrik terbaik seperti 100% kashmir, kapas supima/sutera jersi, sutera mentah dan kapas ringan. Setiap koleksi H&M Edition bakal berubah-rubah mengikut musim fesyen dan gabungan warna yang lebih menarik. 

Kempen H&M Edition. Foto – arkib Wanista.com
Kempen H&M Edition. Foto – arkib Wanista.com
Kempen H&M Edition. Foto – arkib Wanista.com

Pelanggan yang membeli atas talian juga diberi caj penghantaran secara percuma sehingga 28 Mei 2017 dan kepada mereka yang memuat turun H&M app atau subscribe Fashion News menerima diskaun 25% . 

Alami membeli-belah butik pakaian H&M secara atas talian. Anda boleh melihat pelbagai inspirasi rekaan dan koleksi terbaru di H&M Magazine. 

The post Boleh Beli Online! Muat Turun H&M App Untuk Edisi Pakaian Eksklusif H&M appeared first on Wanista.com.

Bebaskan Jiwa Fesyen Anda Dengan Koleksi Chaps Musim Panas

$
0
0

Musim panas adalah musim yang paling dinantikan oleh semua penggemar fesyen, dimana ia tidak mempunyai batasan untuk mengayakan apa sahaja. Bersesuaian dengan itu, jenama pakaian Chaps menyediakan koleksi pakaiadengan rekaan chic, tekstur fabrik yang ringan dan mempunyai aura bohemian bersama rekaan moden. 

Serlahkan gaya menawan ala ‘American’ bersama pilihan pakaian yang selesa, glamor kasual dan klasik denim. Warna-warna dari koleksi ini juga meliputi pilihan warna lembut dan sesuai untuk kelihatan santai sepanjang musim panas. 

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Koleksi Musim Panas Chaps juga menawarkan rangkaian pakaian lelaki. Ia boleh digayakan sepanjang hari sesuai ke pejabat atau menikmati malam yang menyeronokkan di bandar. Pilihan kemeja polo dan oxford mudah dipadankan dengan pelbagai celana panjang dan pendek, Koleksi fabrik printed juga untuk menyerlahkan sisi lelaki yang kasual menarik dan tampan di musim panas ini. 

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Dapatkan koleksi di Pavilion Elite, 1Utama Shopping Centre dan MyTown Shopping Centre. 

The post Bebaskan Jiwa Fesyen Anda Dengan Koleksi Chaps Musim Panas appeared first on Wanista.com.

Malas Window Shopping? Ini Butik Online Best Untuk Beli Baju Raya

$
0
0

Bulan puasa juga adalah bulan untuk kita semua menyiapkan segala persiapan untuk menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Sudah menjadi adat untuk kita orang Malaysia untuk menyediakan segala keperluan dari hidangan, kelengkapan/dekorasi rumah dan penampilan yang bukan sahaja untuk meraikan Hari Raya malah untuk kelihatan berseri di mata tetamu yang datang menziarah. Hari yang gembira wajib disambut dengan keadaan yang cantik berseri! 

Kekangan masa dan kepenatan fizikal pada bulan puasa kadang-kala kita terpaksa menangguh beberapa perkara terutamanya mengenai baju raya. Pernah tak anda akhirnya berputus asa untuk mencari baju raya dan hanya memakai baju raya yang sama hampir dua tahun berturut-turut. Akibat tak larat hendak menghadap cuaca panas dan kesesakan orang ramai untuk memilih baju raya. 

Hello! Sekarang zaman multimedia, semuanya dihujung jari dibawah penghawa dingin anda boleh membeli apa sahaja termasuklah baju raya anda. Bagi anda yang baru sahaja ingin mencuba membeli baju raya secara online. Mari Wanista perkenalkan portal membeli-belah online mainstream di Malaysia, paling penting selamat dan pembelian anda berbaloi! 

#1 ZALORA MALAYSIA

Foto – zalora.my

Butik online Zalora tidak asing lagi dalam dunia fesyen khususnya untuk peminat fesyen Malaysia. Ia menampilkan pelbagai rekaan baju raya khas dari pereka-pereka fesyen terkemuka tempatan dan Asia. Zalora juga menawarkan koleksi baju kurung dan baju melayu dari designer dengan harga yang lebih rendah. Proses pembelian di Zalora juga sangat mudah dan menawarkan penghantaran percuma dengan pembelian RM75 keatas. Jika anda tidak mempunyai transaksi online, jangan risau! Zalora terima pembayaran semasa penghantaran (cash on delivery). Terdapat lebih dari 700 pilihan pakaian untuk baju raya! Memang rambang mata tapi puas hati dari satu portal anda dah punya banyak pilihan dan idea untuk tampil di hari raya.

Zalora khas untuk anda yang ingin mencari baju raya berjenama, pelbagai pilihan potongan moden/klasik dan pada harga yang berpatutan. Yes, dari 6 April lagi Zalora dan buka pintu untuk pembelian baju raya. 

Link – zalora.my/#ZALORAYA2017

#2 POPLOOK

Foto – Instagram Poplook

Ingin bergaya tapi juga ingin kekal bersederhana? Butik online Poplook mungkin yang patut anda kunjungi. Koleksi raya mereka kali ini mengekalkan jualan dress labuh, blaus, skirt panjang dan blaus peplum dengan pelbagai potongan serta perincian. Warna-warna dari setiap pakaian dari Poplook juga sesuai dengan konsep sederhana dari pilihan warna lembut pastel

Harga pakaian pula hanya dari RM150 – RM300 sahaja! Mungkin pilihan koleksi raya dari Poplook agak sedikit, anda masih boleh lagi meninjau banyak lagi pakaian dari koleksi mereka yang lain. Siapa yang hendak nampak sweet di pagi raya wajib beli di Poplook. 

Link – poplook.com/raya-2017

#3 FASHION VALET

Foto – my.fashionvalet.com

Kalau anda kenal siapa Vivy Yusof, wajib anda kenal Fashion Valet. Sebuah gedung pakaian muslimah online terbesar di Malaysia. Menghimpunkan hampir semua koleksi dan rekaan pakaian dari pereka fesyen terbaik tempatan dan Asia. Untuk anda yang mahu spend banyak pada baju raya tahun ini, sediakan mental dan fizikal (wang) di Fashion Valet. Rizman Ruzaini, Khoon Hooi, Fiziwoo, Melinda Looi dan ramai lagi baju raya designer untuk menjadi koleksi baju raya 2017. 

Selain mempunyai aplikasi bayaran online, di Fashion Valet anda boleh membayar secara terus ke bank (bank-in) dengan menghantar bukti transaksi di emel mereka. Sama seperti beli dengan personal shopper

Link – my.fashionvalet/fv-raya-2017

#4 MARI BELI BUTIK

Foto – MariBeli Butik

Mungkin tahun ini, tahun kawalan perbelanjaan. Jadi anda tidak mahu terlalu over dalam persiapan hari raya termasuklah dalam bab berfesyen. Anda ingin kekal biasa, cukuplah dengan pakaian baru yang selesa dan sesuai dengan hari raya. MariBeli Butik antara butik online yang menjual rekaan baju kurung yang biasa kita lihat di kebanyakan kedai pakaian tradisional, cuma ia lebih menarik dan paling penting tak perlu keluar rumah. 

Baju kurung, kebaya, peplum dengan pelbagai pilihan perincian dan harga serendah dari RM99 begitu juga dengan jubah lelaki. Boleh lah sedondon dengan pasangan anda dengan bajet yang rendah. 

Link – www.maribelibutik.com

#6 REAL FANTASY SHOP

Foto – Facebook Real Fantasy Shop

Butik online dari Real Fantasy Shop ini kalau tengok semua rekaan pakaian semuanya ala princess. Sesuai untuk adik-adik remaja kita yang nak merasai sambutan hari raya umpama tuan puteri. Kelass kau! Berbeza dengan butik online yang lain, anda hanya perlu layari laman Facebook atau Instagram mereka sahaja untuk melihat pilihan rekaan dan proses pembelian. 

Link – www.facebook.com/realfantasyshop / instagram.com/realfantasyshop

The post Malas Window Shopping? Ini Butik Online Best Untuk Beli Baju Raya appeared first on Wanista.com.

Kejutan Raya 11Street Bersama Jenama By Remy Ishak, MariBeli Butik Dan Amar Amran!

$
0
0

11street tidak asing lagi dalam kolaborasi fesyen bersama pereka tempatan untuk memberi pelbagai variasi pilihan pakaian ready-to-wear khas untuk lebaran akan datang. 

Raya 2017 ini menyasikan 11street meletakkan pilihan fesyen untuk lelaki dari dua jenama hebat Remy Ishak dan Amar Amran. Juga tidak ketinggalan, memperkenalkan MariBeli Butik yang bakal menawarkan pelbagai gaya ready-to-wear Raya khas untuk yang berkeluarga. 

Wanista sempat menyingkap disebalik tadbir tiga jenama ini bersama 11street dan kejutan yang mereka bakal kongsikan dengan pelanggan 11street: 

By Remy Ishak

Remy Ishak untuk By Remy Ishak kolaborasi pertama 11 street. Foto – arkib Wanista.com

Jenama pakaian milik aktor terkenal tanah air, Remy Ishak menawarkan pakaian Hari Raya untuk lelaki yang lebih kasual dan pelbagai pakai iaitu Kurta. Kurta sendiri adalah pakaian kegemaran beliau, jadi sempena lebaran khas untuk pelanggan 11street beliau menyediakan dua rekaan kurta yang berbeza iaitu basic kurta dan eksklusif kurta. Basic kurta didatangi dengan 10 pilihan warna, manakala eksklusif kurta 5 warna.

Khas untuk pelanggan 11street mereka akan menerima wangian Rumi dengan setiap pembelian kurta.

Bercakap mengenai kolaborasi bersama 11street, Remy Ishak ingin terus berkolaborasi dan ini juga salah satu cara untuk beliau lebih mempelajari dalam dunia bisnes. 

Amar Amran

Duta jenama Amar Amran, Affzun Akrom Abdulkhamidov. Foto – arkib Wanista.com

Ingin kan gaya sedondon bersama keluarga? Duta jenama  Amar Amran, Affzun Akrom Abdulkhamidov bercerita mengenai koleksi ‘Sedondon’ untuk 11street. Diinspirasikan dari suasana Hari Raya dimana sebuah keluarga menjadi lebih harmoni dan silaturahim menjadi lebih utuh. 

Kolaborasi Amar Amran bersama 11street mendapat reaksi positif sejak tahun 2016 dan tahun ini Amar Amran menyediakan lebih banyak rekaan khas untuk ‘Sedondon’.

MariBeli Butik

Pengasas MariBeli Butik, Ami Aisya Abu Bakar. Foto – arkib Wanista.com

MariBeli Butik adalah sebuah legasi butik pakaian khusunya pakaian tradisional yang diasaskan oleh Ami Aisya Abu Bakar. Kini beliau memilih untuk memperkenalkan MariBeli Butik kepada pelanggan 11street sebagai batu loncatan melebarkan sayap MariBeli Butik. Eksklusif di 11street, MariBeli Butik menyediakan 6 warna menarik untuk koleksi raya ‘Kalessi’. 

Menurut Ami Aisya, trend fesyen raya 2017 bakal menggunakan material fabrik dari chiffon, tekstur ruffles dan berlapis. Pastinya koleksi ‘Kalessi’ juga mengikuti trend raya 2017. 

Bersama Pengarah Urusan Jualan Bahagian Fesyen 11 street, Chabom Chan. Foto – arkib Wanista.com

Berita baik kepada mereka yang ingin beraya bersama 11street! Kempen Gila-Gila Raya 11 street bermula 17 Mei sehingga 23 Julai dengan pelbagai promosi khas hari lebaran. Jadi pastikan anda sentiasa melirik ke 11street.my atau buat tetapan noti pada aplikasi 11street di telefon bimbit anda.

 

The post Kejutan Raya 11Street Bersama Jenama By Remy Ishak, MariBeli Butik Dan Amar Amran! appeared first on Wanista.com.

Kembali Curi Tumpuan Dunia, Aishwarya Rai Gah Di Filem Festival Cannes 2017

$
0
0

Sudah lama kita semua tidak melihat wajah dan susuk tubuh si jelita Aishwarya Rai yang pernah menjadi wanita paling cantik didunia. Dikhabarkan kini beliau lebih fokus dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

Walaupun hampir senyap seketika, beliau baru-baru ini kembali mendekatkan diri dengan mata dunia apabila muncul dalam acara karpet merah Festival Filem Cannes 2017 yang sedang berlangsung. Apa yang mengagumkan Aiswarya membawa dua busana indah persis puteri rekaan Michael Cinco dan Ralph and Russo. 

Gaun kembang biru lembut ini dari rekaan Michael Cinco.

Foto – Indilens
Foto – Indilens

Tak cukup dengan itu, beliau tampil pula dengan gaya ‘garang’ gaun merah dari Ralph and Russo. 

Foto – Masala!
Foto – NDTV.com

Bekas Ratu Dunia 1994 ini hadir di acara karpet merah Cannes 2017 sebagai duta produk jenama kecantikan terkemuka iaitu L’Oreal. Jadi apa pendapat anda dengan busana yang dibawa oleh Aiswarya?

The post Kembali Curi Tumpuan Dunia, Aishwarya Rai Gah Di Filem Festival Cannes 2017 appeared first on Wanista.com.


Jenama Fesyen Korea The Twee Kekal Gaya Manis Floral Di Musim Sejuk

$
0
0

Gaya fesyen sering berubah mengikut peredaran empat musim yang sentiasa berkunjung tiba. Jika pada bulan April dipenuhi dengan fesyen gaya bunga-bungaan, kini musim sejuk pula bakal tiba pada penghujung bulan Ogos. Pastinya ramai akan mengayakan baju-baju tebal dengan warna yang sinonim pada musim sejuk. 

Pada anda yang gemar dengan corak floral tak kira masa! Jangan risau, THE TWEE telah mengeluarkan satu koleksi menarik untuk dipakai sepanjang musim sejuk dengan penampilan kasual floral. 

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

The Twee antara jenama fesyen global dari Korea yang menyediakan pelbagai trend koleksi fesyen dan aksesori khususnya yang minat dengan gaya fesyen Korea untuk lelaki dan wanita. Kini mereka juga membawakan satu koleksi terbaharu dengan kombinasi fesyen musim bunga dan sejuk dalam satu gaya.

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Kunjungi butik The Twee berhampiran anda atau layari laman Facebook The Twee dan http://thetwee.com.my.

The post Jenama Fesyen Korea The Twee Kekal Gaya Manis Floral Di Musim Sejuk appeared first on Wanista.com.

Koleksi Baju Raya Flow Khas Untuk Mereka Yang Berbadan ‘Curvy’ Dan Berisi

$
0
0

Pada mereka yang memiliki saiz badan yang sederhana, berisi dan seksi pasti mencari-cari sesuatu yang modest untuk dipakai pada hari raya. Namun masih lagi ingin kekal menarik tidak tenggelam didalam rekaan yang kadang kala hanya direka untuk memuaskan permintaan.

Jenama pakaian FLOW mengetengah fesyen khas untuk wanita yang bersaiz sederhana. Bagi mereka, wanita umpama seorang ‘dewi’ yang wajar untuk merasa keselesaan sepanjang masa. Fokus FLOW untuk memberi kecantikan yang datangnya dari keyakinan. 

Koleksi raya FLOW kali ini mempamerkan ‘Luxe Ethnic’ dengan perincian moden dan mengikuti seni tradisional. Koleksi ini juga mempunyai pelbagai corak fabrik printed sesuai dengan suasana menyambut lebaran.

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Dapatkan koleksi raya FLOW dan pelbagai lagi rekaan kasual dan kontemporari dari saiz US8(UK12) hingga US18(UK22) di http://www.flowclothing.com

The post Koleksi Baju Raya Flow Khas Untuk Mereka Yang Berbadan ‘Curvy’ Dan Berisi appeared first on Wanista.com.

Watie’s Collection : Cipta Baju Raya Modest Tapi Eksklusif Dan Mewah

$
0
0

Jarang sekali kita mendengar jenama tempatan yang baru menapak dalam dunia fesyen mencipta rekaan yang berani. Baru-baru ini di Slate @ The Row, Kuala Lumpur berlangsungnya pertunjukan fesyen untuk koleksi hari raya ‘Eid Modest Collection 2017’ yang dianjurkan oleh Moslema In Style. Penulis sempat melihat pertunjukan fesyen dari jenama Watie’s Collection yang menampilkan 8 koleksi rekaan baju hari raya eksklusif dengan pelbagai corak dan warna pilihan. 

Foto – arkib Wanista.com

Menggunakan fabrik satin, bercorak floral dan sifon lisu, pereka dari Watie’s Collection bijak bermain fabrik dan membiarkan ia tidak kelihatan keterlaluan. Warna trend pastel iaitu hijau, merah jambu, ungu dan biru tidak ketinggalan dalam setiap helaian. Menariknya walaupun tidak meletakkan sebarang perincian kilatan, fabrik satin itu sendiri yang memberi eleman bling-bling. 

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Bagi anda yang ingin mendapatkan rekaan moden selain dari baju kurung, kebaya atau jubah, Watie’s Collection sedia cetusan idea yang terbaharu. Gabungan moden dan tradisional dalam setiap helaian tidak menjejaskan dua elemen tersebut malah memberi nafas baru untuk anda tampil berbeza di hari lebaran. 

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Ikuti Watie’s Collection di laman rasmi Instagram @watieofficial.

The post Watie’s Collection : Cipta Baju Raya Modest Tapi Eksklusif Dan Mewah appeared first on Wanista.com.

Go Shop Tonjol Pelbagai Jenama Baju Raya Eksklusif, Ada TV Mesti Boleh Beli!

$
0
0

Ramadhan pun tiba, persiapan raya sedikit demi sedikit sedang dilakukan baik buat yang sudah berkeluarga mahupun yang masih bujang agar tidak kelam-kabut di saat-saat akhir.

Jika dahulu, ramai yang perlu berasak sesama sendiri menempuh kebanjiran individu di pusat-pusat membeli-belah serta kawasan-kawasan tumpuan yang menjual keperluan raya lain seperti Jalan Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Jalan TAR.

Meskipun begitu, dengan ada banyaknya kemudahan teknologi moden masa kini, pengguna tidak perlu lagi memenatkan diri mengharung kesesakan dalam mendapatkan baju raya idaman.

Fazbulous Kurung Pahang.

Go Shop iaitu sebuah program jualan langsung televisyen yang beroperasi selama 24 jam setiap hari menerusi saluran Astro 118 dan 303 bagi membolehkan penonton untuk menempah serta membeli dalam sekelip mata dengan hanya membuat panggilan ke talian bebas tol 1800-82-0088.

Lebih mengujakan, baru-baru ini Go Shop terus membangkitkan aura Aidilfitri dengan menawarkan seleksi pilihan baju raya menarik untuk lelaki dan wanita termasuklah label fesyen baharu Hawa Adara yang fokus kepada rekaan modes pilihan wanita Muslimah. Bukan sahaja mesra pengguna bahkan ringkas memenuhi ciri-ciri pemakaian seorang wanita Muslim sejati.

Fara Fauzana sebagai duta Hawa Adara.

Ditawarkan dalam pelbagai warna dan saiz, antara koleksi Hawa Adara adalah termasuk Tudung Sofea (RM149), Tudung Baiduri (RM199) dan Jubah Aaira (RM199).

Tudung Sofea diperbuat daripada material selesa dan tidak memeritkan kepala biarpun dipakai sepanjang hari, rekaan bermutunya disediakan dalam rona pilihan lembut seperti merah jambu keunguan, hijau buah zaitun, kelabu, merah belacan, biru gelap dan banyak lagi manakala Tudung Baiduri pula ditawarkan dalam warna yang lebih garang seperti coklat samar, hijau, ungu serta dihiasi perincian manik kristal ala fesyen mewah kegemaran wanita sofistikated. Dalam masa yang sama, anak tudung atau inner akan diberikan secara percuma untuk setiap pembelian tau!

Jubah Aaira dalam rona biru elektrik dan jingga perang.

Jubah Aaira dicipta untuk golongan modes, baik yang bertudung mahupun tidak, wanita yang gemar gaya sopan bisa menggayakannya tanpa jemu kerana potongan rekaan jubah ini adalah berlandaskan potongan longgar jenis “A cut”. Sesuai digayakan oleh pelbagai bentuk badan, ia juga adalah mesra pengguna yang memudahkan ibu menyusukan bayi serta para wanita lain setiap kali ingin mengambil wudhu. Harga yang ditawarkan untuk koleksi Jubah Aaira adalah serendah RM199 yang hadir bersama sehelai selendang percuma. 

#ShopatGoShop hari ini untuk dapatkan Royale Orchid Printed Shawls dan nikmati hadiah percuma!

A post shared by Go Shop Malaysia (@shopatgoshop) on

Jenama fesyen lain yang turut serta bersama Hawa Adara dalam menawarkan busana Aidilfitri 2017 adalah seperti Naelofar Hijab, Fazbulous Kurung Pahang rekaan Fazura, Telekung Royale Orchid, Leanen Tudung, Camelia Jubah dan banyak lagi!

Ayuh sertai kemeriahan membeli-belah serta memenuhi keperluan fesyen raya anda dengan mudah hanya di Go Shop!

Tonton Video Promo Go Shop

Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.goshop.com.my].

The post Go Shop Tonjol Pelbagai Jenama Baju Raya Eksklusif, Ada TV Mesti Boleh Beli! appeared first on Wanista.com.

Seksi Ketika Berjumpa PM India, Priyanka Dilabel Tak Sensitif Ikut Gaya Barat

$
0
0

Aktres jelita yang pernah dinobat sebagai Ratu Dunia suatu ketika dahulu, Priyanka Chopra yang kini ligat membina empayar di Hollywood telah menerima pelbagai kritikan daripada netizen apabila tampil seksi sewaktu bertemu Perdana Menteri India.

Menerusi satu foto yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) miliknya, Priyanka berkata, dia sempat meluangkan masa untuk bertemu dengan Narendra Modi ketika berada di Berlin.

Biarpun begitu ternyata ramai peminat kecewa dek kerana pakaian yang digayakan Priyanka adalah sedikit keterlaluan lalu dianggap tidak menghormati pemimpin India tersebut.

“Tidak dinafikan kamu merupakan seorang selebriti yang terkenal namun cuba belajar untuk menghormati orang di depan. Lihat bagaimana cara kamu duduk di hadapan Perdana Menteri Modi.

“Kamu sedang duduk dengan Perdana Menteri negara kami jadi kamu seharusnya menutup kaki dan memakai pakaian yang lebih sopan.

“Kamu merupakan inspirasi kepada anak muda di India kerana pencapaian kerjaya di luar negara dan kamu sepatutnya lebih tahu bagaimana ektika berpakaian ketika bertemu pemimpin,” kata peminatnya menerusi ruangan komen.

Kebanyakan mereka yang mengecam Priyanka mahu aktres tersebut lebih peka selepas ini.
Sehingga kini, entri tersebut telah menerima 786, 267 ribu ‘likes’.

SUMBER

The post Seksi Ketika Berjumpa PM India, Priyanka Dilabel Tak Sensitif Ikut Gaya Barat appeared first on Wanista.com.

Uniqlo Buka Cawangan Ke-40 Di Genting!

$
0
0

Buat julung kalinya, UNIQLO tampil merasmikan pembukaan cawangannya yang ke-40 di Sky Avenue Mall. Genting Highlands.

Untuk menyambut kemeriahan tersebut, pelanggan yang membeli barangan bernilai RM200 ke atas layak menerima beg tote serta pelbagai promosi menarik!

Jelas wakil UNIQLO Malaysia, “Selepas kejayaan pembukaan gedungnya yang ke-39 di Malaysia, ternyata UNIQLO sangat komited dengan faksafah LifeWear untuk mengetengahkan fesyen yang berkualiti tinggi, selesa serta bergaya. Tidak lupa, setiap helaian juga haruslah mampu milik.

Foto -Arkib Wanista

Tambahnya, “Kami juga mahu si pemakai berasa teruja kala memakai pakaian yang dihasilkan kami bahkan kami berasa amatberbangga kerana sokongan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus sehingga kami berjaya ke tahap ini”.

Sumber: Facebook/Uniqlo Malaysia

Untuk pengetahuan semua, bagi pelanggan terawal yang telah berkunjung ke cawanagn UNIQLO Genting Highlands tempoh hari, mereka adalah antara insan yang bertuah kerana dapat melihat dan membeli terus koleksi Hana Tajima for UNIQLO terkini istimewa untuk musim Luruh/Sejuk 2017.

Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.uniqlo.com/my] atau lawat laman Facebook rasmi Uniqlo Malaysia di [www.facebook.com/uniqlo.my].

The post Uniqlo Buka Cawangan Ke-40 Di Genting! appeared first on Wanista.com.

Serlah Gaya “Pahlawan Melayu” Dengan Himpunan Busana Aidilfitri Ini

$
0
0

Saban tahun, bulan berganti bulan, tatkala Ramdhan pasti ramai yang mengambil peluang ini untuk membuat persiapan Aidilfitri. Bak kata orang, lebih meriah jika membuat persiapan di saat akhir walau hakikatnya agak mencelarukan keadaaan.

Berikutan industri fesyen Malaysia yang semakin maju, banyak sekali jenama-jenama pakaian yang muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pabila tibanya musim raya, lebih banyak jugalah pilihan yang ditawarkan agar pengguna bisa membuat pilihan mengikut cita rasa dan menfikut bajet masing-masing.

Jika dilihat dari sudut trend pula, rata-rata lelaki jarang bertukar Baju Melayu setiap tahun. Bak kata orang, kebanyakkan lelaki yang telah berkeluarga terutamanya lebih mendahulukan isteri dan anak-anak. Betul ke? Tapi, takkanlah tak mahu berbaju baru langsung kan?

Koleksi Lebaran Anuar Faizal 2017.

Tidak seperti dahulu kerana selain menempah, lelaki juga telah bisa memiliki sepasang persalinan lebaran berkualiti pada harga yang sangat berpatutan berikutan industri fesyen Malaysia yang telah semakin maju dan mendapat sambutan ini.

Oleh itu, hari ini Wanista hendak berkongsi dan memberi inspirasi kepada anda serta para pembaca lelaki sekalian, dari manakah anda boleh mendapatkan koleksi persalinan lebaran khusus untuk si pria bergaya yang ditawarkan pada harga berpatutan. Bahkan menariknya, ada di antara jenama-jenama Baju Melayu yang dinyatakan di bawah ini menyediakan servis penghantaran terus ke rumah melalui kurier. Lebih mudah kan? Jom sama-sama kita teliti.

#1 Zalia Homme [BELI]

Rekaan Zalia Homme ni berlandaskan eksklusiviti. Jadi, kalau anda nak teman lelaki atau suami anda bergaya sakan ala hero filem Bollywood… bolehlah beli.

#2 Aere [BELI]

Ringkas dan sangat elegan. Bila pakai macam ni, senanglah nak jaga budak wahai para suami sekalian.

#3 Anuar Faizal [BELI]

Siapa lagi kalau bukan Anuar Faizal yang kreatif dengan rekaan Baju Melayu ala hipster! Warna Ungu dan oren ni memang mengancam.

#4 Qierahman [BELI]

Ni buat mereka yang ada anak teruna tu, eloklah pakai baju melayu macam anak Que Haidar tu. Nak syorkan kat adik-beradik lelaki korang pun okay juga. Sebabkan fabrik dia yang ala-ala satin tu, elok sangat untuk orang muda pakai!

Purple & Olive RM180 Whatsapp +013 649 6969

A post shared by Baju Melayu (@qierahman_) on

Whatsapp +6013 649 6969 atau click link di bio untuk whatsapp.

A post shared by Baju Melayu (@qierahman_) on

#5 Eddymohaizz [BELI]

OMG cantik sangat kurta songket ni! Memang gadis-gadis ayu pandang tak berkelip lah jawabnya!

#6 Rizman Ruzaini [BELI]

Siapa kata Rizman Ruzaini hanya tahu reka baju untuk perempuan… Lelaki pun boleh okay! Yang penting, logo Rizman Ruzaini yang terpampang jelas kat bahagian sisi dada tu. Biar terbeliak semua orang tengok :P

#7 Elrah Exclusive | Fattah Amin [BELI]

Hmm… ni confirm ramai yang nak ni. Inspirasi dari Hero Malaya kot!

#8 Jakel [BELI]

Jakel bawa kelainan… ada pilihan untuk mereka yang berbadan besar ditawarkan sehingga saiz 5XL untuk Koleksi Harith Iskander! Yang penting, koleksi lebaran Jakel ni semuanya pakat mampu milik, siap percuma sampin katanya.

 

#9 Rizalman for Zalora [BELI]

Potongan baju yang sengaja dibuat lebih panjang daripada baju melayu normal mampu membangkit aura eksentrik manakala, jubah/kurta labuh dengan belahan tepi berlengan pendek pula mampu memaparkan sifat maskulin sejati.

#10 MurzaMan [BELI]

Lain daripada yang lain, rekaan kurta dengan padanan seluar yang berpotongan skinny ini pasti menjadi pilihan para lelaki hip!

#11 Feeq Exclusive [BELI]

Feeq menyediakan pilihan bermutu yang tak lari dari perincian tradisi teluk belanga. 

#12 Bak Tailor [BELI]

Tak lari dari rekaan tradisi yang selesa dipakai semua.

 

#13 Adrianna Yariqa [BELI]

Fun and funky! Untuk lelaki-lelaki urban yang suka berfesyen.

 

The post Serlah Gaya “Pahlawan Melayu” Dengan Himpunan Busana Aidilfitri Ini appeared first on Wanista.com.


PUMA x Creaux Hiasi Koleksi Musim Ini Dengan Warna Biru

$
0
0

Musim ini, PUMA x Careaux kembali dengan persembahan rekaan kasut yang lebih segar untuk menghiasi koleksi musim Bunga/Panas 2017.

Foto -Arkib Wanista

Diinspirasi dari pengebaraan ke seluruh pelusuk Asia, Careaux atau nama sebenarnya Caroll Lynn, merupakan seorang kaki seni yang bijak mengolah idea dalam bentuk lakaran unik menarik ini menggantikan penggunaan rona merah jambu untuk rekaan kolaborasinya bersama PUMA dengan warna biru langit disertai lakaran motif awan Jepun.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Selain seleksi kasut rekaan jenis PUMA Basket, Basket Graphic dan Basket Strap and B.O.G yang dihiasi ilustrasi berasaskan palet alam biru dan perang pasir pantai, koleksi olah Careaux untuk PUMA musim ini turut disertai topi baseball, jaket bomber, baju-T singkat (cropped tees), seluar pendek dan helaian dress. Aksesori juga tidak ketinggalan sebagai elemen yang digunakan untuk menyempurnakan gaya.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Koleksi PUMA x Careaux untuk musim Bunga/Panas 2017 kini boleh didapati di butik PUMA cawangan KLCC, Pavilion dan Sunway Pyramid bermula pada harga RM150 hingga RM670.

The post PUMA x Creaux Hiasi Koleksi Musim Ini Dengan Warna Biru appeared first on Wanista.com.

Beg Jerami Aksesori Pelengkap Gaya Aidilfitri

$
0
0

Ramai anak muda masa kini lebih tertarik untuk bergaya seiring dengan trend fesyen semasa melupakan asal usul gaya fesyen klasik yang sebenarnya lebih gah.

Bagi penulis sendiri, penulis lebih memilih untuk bergaya ala klasik kerana perinciannya sensual bahkan memiliki aura yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata kerana sifatnya begitu tersendiri.

Sama seperti beg tangan jerami ini…

Aneka bentuk, aneka saiz, aneka warna… semuanya memiliki sifat unik memukau yang pastinya memukau untuk digayakan lebaran ini.

Manis sopan menggayakan pakaian kebangsaan, jangan sesekali lupa aksesori yang sebenarnya berfungsi sebagai penyeri kepada persona yang dibawakan. Selain kasut, pemilihan beg tangan juga mustahak tahu?

Ayuh Wanista kongsikan tips!

#1 Sesuaikan Dengan Saiz Badan [Beli]

ZARA: RM269

Bukan sahaja untuk beg  tangan jerami, apa sahaja beg yang anda pakai haruslah disesuaikan dengan saiz badan. Jika tubuh anda bersaiz kecil (petite) seperti penulis, pilihlah beg yang genit. Jangan biarkan saiz beg mengaburi gaya anda :)

#2 Perincian Untuk Kemewahan Ranggi [Beli]

Jika anda adalah seorang “budak bandar”, sudah tentu anda gemarkan sesuatu yang ditemani elemen moden kan?

ZARA: RM199

Beg jerami rekaan terkini tidak lagi terhad seperti dahulu, jadi buatlah pilihan yang tepat bedasarkan cita rasa peribadi seperti beg jerami yang dihiasi sulaman manik menggoda!

#3 Kantung Jerut Untuk Gaya Comel! [Beli]

Buat anda yang memakai baju kurung ala kampung seperti baju kurung cotton atau mungkin juga busana lebaran yang polos tanpa corak, kantung jerut bersaiz comel ini pasti nampak manis bila digandingkan bersama.

ZARA: RM199.90

Cukup untuk anda muatkan kaca mata gelap, gincu, tisu poket, telefon pintar, cermin dan beg duit semasa beraya nanti!

#4 Tote Untuk Gaya Versatile! [Beli]

Alah lecehnya bila kena bawa banyak jenis beg untuk dipadankan dengan pelbagai gaya pakaian semasa balik kampung nanti!

Untuk selesaikan masalah anda, apa kata cari satu beg yang sesuai dengan semua jenis baju.

ZARA: RM199.90

Bukan saja sesuai untuk dipadankan dengan baju kurung atau pakaian raya yang lain, dengan pakaian berseluar sebagai peneman gaya kasual santai pun nampak cantik tau! Jadi, tak payahlah bawa banyak jenis beg tangan masa balik kampung nanti. 

#5 Nonya Kebaya [Beli]

Ada ke yang bergaya ala ratu kebaya untuk raya tahun ni? Jom tiru inspirasi fesyen Saloma dengan menggayakan beg dengan reka bentuk melengkung umpama bakul ini.

ZARA: RM249

Klasik tapi masih lagi nampak bergaya dengan perincian rekaan moden pada tali pemegang.

Boleh pakai tiga cara, sama ada gantungkan di bahu, disilangkan pada badan mahupun jinjit saja di pergelangan tangan. Serius menawan!

#6 Beg Kepit Serlah Elegan [Beli]

Anda seorang yang tangkas dan gemarkan aksesori ringkas, beg kepit adalah jawapannya.

Corgi Fashion: RM59

Tak salah gayakan beg kepit dengan busana lebaran anda. Pasti kelihatan stilo serta-merta!

#7 Mix & Match! [Beli]

Suka bermain dengan elemen eksentrik untuk jadi lain daripada yang lain? Boleh cuba padankan beg berbentuk tembikai sebegini untuk tarik perhatian mereka yang memandang.

Corgi Fashion: RM59

See… tak susah pun sebenarnya nak bergaya sakan di pagi raya kan? Perlu pandai pilih aksesori yang betul and you are good to go!

Semoga bermanfaat buat anda yang masih buntu dan,

Selamat Hari Raya! ❤️

The post Beg Jerami Aksesori Pelengkap Gaya Aidilfitri appeared first on Wanista.com.

10 Fakta Menarik Tentang Beg Tangan Kegemaran Queen Elizabeth

$
0
0

Sebagai seorang penggemar beg tangan bersaiz genit, penulis memang dah lama tertarik dengan koleksi tas milik Queen Elizabeth.

Sumber: Pinterest

Jika anda seorang penggemar fesyen seperti penulis, anda pasti peka dengan gaya yang sering ditampilkan figura terkemuka seperti selebriti termasuklah mereka yang berasal dari golongan berstatus seperti Queen Elizabeth sendiri. Terdahulu, mendiang Puteri Diana juga sering menjadi perhatian media kerana gaya fesyennya yang sangat artistik dan bersifat tersendiri.

Sumber: Daily Mail/ Getty Images

Jadi, apa yang menarik sangat tentang tas tangan kegemaran Queen Elizabeth ini?

Sumber: Kiera Reilly

Launer adalah jenama beg tangan mewah buatan London kegemaran Queen Elizabeth sejak tahun 1986. Ini kerana beg tangan tersebut mempunyai reka bentuk yang ringkas dan formal, bersesuaian dengan gaya dan personaliti seorang permaisuri yang dibawakan oleh Queen Elizabeth melihatkan beliau sering menggayakan pakaian rona terang dan lebih padan apabila digayakan dengan aksesori yang minimalis.

10 Fakta Tentang Beg Tangan Kegemaran Queen Elizabeth

Sumber: Pinterest

#1 Cermin Poket & Gincu Wajib Ada Dalam Beg

Sumber: eonline.com

Melihatkan dirinya yang sering menghadiri majlis keramaian serta sering menjadi perhatian lensa kamera dan umum, antara barang yang akan dimuatkan bersama dalam beg tangan Launer kegemarannya adalah gula-gula penyegar nafas, sebatang pena tinta, cermin poket, gincu, bekas mekap logam dan beberapa item peribadi lain.

#2 Bawa Gambar Keluarga Ke Mana Sahaja

Sumber: eonline.com

Seorang yang penyayang, kata pakar beg tangan diraja, Queen Elizabeth sering membawa foto keluarganya dalam beg tangan. 

#3 Bawa Pencangkuk Beg

Sumber: eonline.com

Sering membawa tas yang sama kerana obses dengan jenama beg tangan Launer tersebut, Queen Elizabeth sangat menjaga keadaan beg tangannya agar tidak mudah rosak dan reput. Oleh itu, beliau sering membawa pencangkuk beg tangan untuk menggantungkan beg tangannya di penjuru meja apabila berada di majlis-majlis keramaian yang mempunyai acara bersantap.

#4 Dipenuhi Barang-Barang Kecemasan

Sumber: eonline.com

Kata seorang kakitangan diraja yang sering berdamping dengannya, beliau adalah wanita  yang praktikal kerana sering membawa satu seluar dalam gantian, benang dan jarum, sarung tangan serta satu kain lembab yang siap disembur dengan wangian lavender (akan digunakan ketika cuaca panas).

#5 Bawa Duit Kertas £5 Atau £10 Setiap Hari Ahad

Sumber: Pinterest

Bedell Smith, penulis buku biografi Elizabeth the Queen: The Woemn Behind The Throne berkata, pada hari biasa beliau langsung tidak akan membawa sebarang dompet atau wang dalam beg tangan.

Sumber: Great British Magazine

Beliau cuma akan membawa wang kertas bernilai £5 atau £10 yang siap dilipat pada setiap hari Ahad untuk didermakan ke tabung gereja yang dihadirinya.

#6 Tangan Kiri

Sumber: Pinterest

Queen Elizabeth akan membawa beg tangan menggunakan tangan sebelah kiri!

#7 Koleksi Beg Launer Lebih 200

Sumber: Pinterest

Dikhabarkan Queen Elizabeth mempunyai lebih 200 beg tangan jenama Launer pelbagai warna dan rekaan. Queen Elizabeth mula jatuh cinta dengan jenama mewah itu sejak tahun 1968.

Sumber: Fashion Mommy

Namun rekaan kegemarannya adalah tas kulit rona hitam klasik jenis Traviata dari Launer.

***sebab itu selalu nampak beliau ulang pakai beg tangan hitam yang sama.

#8 Kaca Mata Untuk Membaca

Sumber: Getty Images

Selain membawa gincu jenama Clarins untuk disapu pada warna gincu pudar pada bibirnya selepas makan, beliau sering memuatkan kaca mata rabun dekat khas untuk membaca bersama dalam beg tangannya.

#9 Tak Suka Beg Berzip

Sumber: Pinterest

Sebab itu boleh lihat, rata-rata beg tangan Launer yang digayakannya adalah tidak berzip agar mudah untuk mengakses (memasuk dan mengeluarkan) barangan tanpa sebaranng halangan.

#10 Sebagai Signal Rahsia Kepada Staf

Sumber: Wikipedia

Sejak kebelakangan ini terbongkar kisah bahawa Queen Elizabeth menggunakan beg tangan sebagai isyarat untuk disampaikan kepada pegawai beribadinya. 

Sumber: Pinterest
  • Mengalihkan beg dari satu tangan ke tangan yang satu lagi bermaksud dia bersedia untuk menghentikan perbualan dengan orang yang berada di kelilingnya waktu itu.
  • Meletakkan beg atas lantai bermaksud dia tidak seronok dengan perbualan yang sedang disertainya.
  • Meletakkan beg tangan di atas meja santapan di majlis keramaian bermaksud dia bersedia untuk menamatkan sesi atau acara makan tersebut.
Sumber: Pinterest

RUJUKAN 1, 2, 3 & 4

The post 10 Fakta Menarik Tentang Beg Tangan Kegemaran Queen Elizabeth appeared first on Wanista.com.

Gara-Gara Bukan Orang Perancis, G-Dragon Terima Cacian Kerana Jadi Wajah Kempen Chanel

$
0
0

Berbaur perkauman, G-Dragon baru-baru ini diserang hendap oleh netizen kerana berasa tidak puas hati terhadap kemunculan bintang kpop itu dalam iklan untuk kempen terkini jenama rumah fesyen terulung dari Perancis iaitu Chanel.

Sumber: Chanel/allkpop.com
Sumber: Chanel/allkpop.com

Memandangkan sebelum ini Chanel hanya mengambil bintang dari dalam kalangan mereka yang berdarah barat sebagai muka untuk kempen-kempen fesyennya, ramai jadi tidak keruan apabila tempat itu tiba-tiba seolah dirampas oleh individu yang tidak bersifat classy seperti G-Dragon.

Sumber: Chanel/allkpop.com

Tonton Video Iklan Kempen Chanel Gabriella x G-Dragon 

Difahamkan, pengambaran video iklan yang menampilkan kolaborasi Chanel dengan G-Dragon untuk rekaan beg Gabriella itu berlokasi di Macau, China berkonsepkan gaya hidup G-Dragon sebagai selebriti pujaan ramai.

Sumber: Chanel/allkpop.com
Sumber: Chanel/allkpop.com

Meskipun begitu, kredibiliti dan latar belakang G-Dragon tetap juga dipertikaikan bahkan ada yang beranggapan bintang kpop itu tidak memiliki sifat dan gaya yang bersesuaian dengan identiti Chanel.

Sumber: Chanel/allkpop.com

Kekecewaan demi kekecewaan yang diluahkan haters yang rata-ratanya ‘orang putih’, namun masih ada mereka yang bersetuju dengan kemunculan G-Dragon.

Apa yang jelas, kempen untuk mempromosikan rekaan beg terkini Chanel ini adalah untuk semua tanpa mengira bangsa, warna kulit mahupun status bahkan Chanel juga sebelum ini pernah bekerjasama dengan Willow Smith (selebriti berkulit hitam) dan Liu Wen (peragawati berbangsa Cina) dan masing-masing tidak mempunyai darah Perancis.

Willow Smith pernah menjadi wajah untuk kempen kecantikan Chanel musim lalu. Sumber: Pinterest
Supermodel Liu Wen untuk Chanel. Sumber: Fashionela

Oh well, janganlah racist sangat kan?

Apa pendapat anda?

SUMBER 1, 2 & 3

The post Gara-Gara Bukan Orang Perancis, G-Dragon Terima Cacian Kerana Jadi Wajah Kempen Chanel appeared first on Wanista.com.

Selena Gomez Menyerlah Untuk Kempen Musim Luruh Coach

$
0
0

Coach  tampil mengumumkan Selena Gomez sebagai wajah untuk kempen musim luruhnya. Selebriti jelita itu disunting untuk mengetengahkan sifat yang berlatarkan kehidupan santai warga Amerika, dalam masa sama menghargai lanskap kota metropolitan New York.

Coach Rogue . Foto -Arkib wanista

Untuk membangkitkan aura realistik, Selena Gomez membawa watak sebagai seorang gadis asli New York yang bersiar-siar dalam kenderaan vintaj jenis Plymouth Fury 1976 demi memancarkan simbol kebebasan berpanjangan.

Lebih mengujakan, pengambaran hebat untuk kempen musim luruh Coach 2017 dijayakan dengan kerjasama Jurugambar Profesional Steven Meisel, Penata Gaya Karl Templer, Pengarah Kreatif Fabien Baron, Jurusolek Par McGrath dan Penggaya Rambut Guido Palau.

Coach Swagger. Foto -Arkib Wanista

Sehubungan pelancaran koleksi musim luruh, Coach juga bakal menerbitkan tiga filem pendek yang turut memuatkan tiga imej rekaan beg terkini dari Coach termasuklah Rouge, Coach Swagger dan Edie.

Sila klik [malaysia.coach.com] untuk keterangan lanjut.

The post Selena Gomez Menyerlah Untuk Kempen Musim Luruh Coach appeared first on Wanista.com.

Viewing all 336 articles
Browse latest View live