Tiada apa yang lebih mengecewakan untuk mengetahui sebenarnya tubuh badan anda tidaklah selangsing seperti yang dilihat dalam cermin.
Keadaan itu telah memberi idea kepada seorang wanita Rusia ini untuk melakukan satu ujian teori bagi melihat persamaan serta perbezaan biasan cermin bilik persalinan di beberapa buah gedung fesyen terkemuka.
Inna terlebih dahulu merakam foto di cermin rumahnya untuk melihat bentuk tubuh sebenar. Sumber: thesun.co.uk
Antara gedung yang terlibat adalah H&M, Mango, Zara dan lain-lain.
Dalam setiap foto yang dirakam di hadapan cermin, blogger yang bernama Inna ini telah memakai pakaian yang sama namun ada hasil gambar yang ternyata memberi ‘harapan palsu’ kerana beberapa cermin di bilik-bilik persalinan berkenaan menampakkan tubuh lebih langsing dan lampai, jauh menyimpang daripada realiti.
H&M: Kelihatan kurus dan lebih langsing, bahkan refleksi kompleksi kulit juga nampak sihat dan cantik. Sumber: thesun.co.uk
Tidak hairanlah jika bilik persalinan yang digunakan pelanggan rata-ratanya dilengkapi cermin dan sistem yang bisa membuatkan ramai berasa teruja kala melihat diri bergaya sakan. Langsung, pasti membuat keputusan untuk membeli pakaian tersebut kerana kelihatan cantik dan sempurna pada tubuh.
Bershka: Bentuk tubuh masih sama, cuma kompleksi wajah kelihatan lebih berseri dibantu pencahayaan tepat. Sumber: thesun.co.uk
Kata pakar, perniagaan yang bijak akan menggunakan helah secara halus sebegitu untuk melakukan produk mereka. Ini termasuklah menggunakan cermin berlapis yang diterbalikan demi menampakkan tubuh objek sedikit lampai dan kelihatan kurus. Manakala teknik pencahayaan yang dibekalkan pula akan menggunakan cahaya rona oren samar-samar agar kompleksi wajah terlihat lebih halus dan berseri.
Zara: Masih sama dan berjaya membiaskan bentuk tubuh normal seseorang atau mungkin sedikit besar berbanding tubuh sebenar. Sumber: thesun.co.ukMango: Biasan nampak hampir sempurna, lebih cantik daripada tubuh sebenar individu malah buncit perutnya juga tidak begitu jelas kelihatan. Sumber: thesun.co.uk
Kesimpulannya, jenis cermin dan teknik pencahyaan bisa merubah rupa sebenar seseorang. Oleh itu hati-hati agar tidka terpedaya okay?
GEMFIVE yang merupakan salah satu syarikat e-dagang terkemuka tanah air baru-baru ini menguntai kerjasama bersama dengan pakar kecantikan atas talian dari Jepun, COSME-DE.COM yang sebenarnya merupakan pengendali utama kepada rangkaian ternama seperti The Body Shop dan SaSa.
Berikutan kerjasama itu akhirnya pengguna kini berpeluang mendapatkan label barangan kecantikan dan kosmetik mewah seperti Clarins, Bobbi Brown, Shu Uemura, Shiseido, Aesop dna banyak lagi menerusi platform atas talian GEMFIVE secara pantas dan mudah.
Bukan itu sahaja, bagi memberi lebih keterujaan pada semua, GEMFIVE turut melancarkan satu laman digelar The Beauty Buzz [KLIK] yang mengetengahkan pendapat serta kompilasi nasihat bernas dari pakar-pakar serta ikon kecantikan semasa mengikut kategori termasuklah Dr. Ko Skincare Specialist and Amorepacific Malaysia Sdn. Bhd. (penjagaan kulit), Laura Mercier (kosmetik), L’Oreal Paris (penjagaan rambut) dan Coty (wangian).
Pakar-pakar yang terlibat akan menjawab tiga soalan dari orang ramai setiap minggu dan tiga soalan paling menarik akan layak menerima saguhati berupa set barang kecantikan sumbangan GEMFIVE.
Ini adalah sebahagian inisiatif terbaik yang dilakukan GEMFIVE demi menyatukan semua melibatkan peniaga, jenama, serta pelanggan untuk berganding memberi faedah terhadap satu sama lain. Dengan cara ini juga, pelanggan bisa dibekalkan dengan ilmu seterusnya membantu mereka untuk membuat keputusan apakah produk yang terbaik untuk diri berpandukan perbincangan nasihat dari pakar di laman The Beauty Buzz.
Jangan ketinggalan untuk menyertai komuniti The Beauty Buzz dan dapatkan diskaun sehingga RM50 apabila membeli barang kecantiakn sekurang-kurangnya RM150 di GEMFIVE menggunakan kod promo LOVEBEAUTY12 sehingga 28 Februari ini. Buat mereka yang melakukan pembelian sekurang-kurang RM220 pula akan berpeluang membawa pulang set hadiah dari L’Occitane dan pouch bernilai RM209 secara percuma!
Song Hye Kyo, antara salah seorang aktres tercantik di Korea Selatan yang kerap menghadiri acara minggu fesyen diserata dunia. Bukan itu sahaja, beliau juga sering tampil didalam majalah-majalah fesyen seperti Vogue, Bazaar dan Cosmopolitan. Wajah jelita dan gaya penampilan beliau sendiri menjadi daya penarik utama untuk dijemput sebagai ikon fesyen dunia.
Pada 21 Februari lalu, Hye Kyo menghadiri jemputan pertunjukan fesyen Burberry sempena Minggu Fesyen London 2017. Beliau tidak lokek berkongsi gambar-gambar menarik sepanjang berada di London di laman Instagramnya.
Apa yang paling menarik mata peminat apabila melihat gaya Hye Kyo dengan busana ringkas off-shoulder berwarna hitam kelabu.
Foto – Getty ImagesFokus sepanjang acara tersebut. Foto – Koreaboo.com
Sebelum ini Hye Kyo sering mengenakan tema polos, tapi kali ini beliau sedikit berani menayangkan bahu beliau yang terdedah dengan busana ini. Hanya mengenakan aksesori anting-anting dan jam tangan, beliau kelihatan sangat anggun dan elegan.
Ringkas dengan busana off-shoulder. Foto – Koreaboo.com
Lihat gambar manja-seksi Song Hye Kyo dibawah ini. Beliau ternyata sangat cantik!
Portal membeli-belah atas talian, Roopawan (www.roopawan.com) mulai diperkenal menyasarkan pasaran produk fesyen dan kecantikan Muslim. Sehingga kini, lebih 50 vendor tempatan dan antarabangsa berdaftar menerusi platform e-dagang baharu ini.
Produk Lila Majnun. Foto – Arkib Wanista
Menawarkan kos penghantaran percuma ke seluruh Malaysia untuk kesemua barangan jualan, Roopawan menyenaraikan variasi fesyen, aksesori, kelengkapan ibadah, kosmetik halal, makanan kesihatan termasuk pakej penginapan Muslim (akan datang).
Antara jenama fesyen tempatan yang ditawarkan di Roopawan termasuk Al Emira, Annise & Babes (milik selebriti Anis Al-Idrus), Aisha Wong Couture, Baju Foundry, Bunkface (milik artis berkumpulan Bunkface), Lila Majnun, Vermillion (milik pelakon Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah) dan Dokoh yang begitu popular di kalangan selebriti. Manakala jenama antarabangsa termasuk Tawaf Watch (United Kingdom), sejadah Qenza (Australia), serta jenama Muslim lain dari Kanada, Korea dan Indonesia.
Produk Telekung Story. Foto – Arkib Wanista
“Bersandarkan moto ‘Modest, Modern & Muslims’, Roopawan tampil sebagai hub atau hentian setempat untuk produk fesyen dan kecantikan buat pasaran global Muslim. Seiring perkembangan fesyen, Roopawan menawarkan penggayaan produk yang lebih santai buat golongan muda, selain mahu menggalakkan ‘trend’ pemakaian hijab tanpa mengenepikan tarikan fesyen semasa,” ujar Penolong Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd yang juga pengasas bersama, Siti Amalina Ariffin.
Produk Tuhfah. Foto – Arkib Wanista
Untuk menikmati pengalaman membeli-belah mudah dan ringkas di Roopawan, layari laman portalwww.roopawan.comhari ini. Ikuti perkembangan terkini produk baharu di Roopawan menerusi laman media sosial Facebook @roopawan atau Instagram @roopawan.
Tidak cukup dengan koleksi bunga MONKI SS17, Monki bawakan pula koleksi denim yang baharu sesuai untuk semua jenis saiz dan stail.
Foto – arkib Wanista.com
Koleksi ini istimewa dengan 100% dari kapas organik dengan memperkenalkan pelbagai warna baharu denim dan gaya sesuai dengan trend 2017.
Denim atau jeans klasik Monki ditambah dengan trend baru seperti statement pieces, warna blok, corak sulaman dan warna-warna baru seperti merah jambu dan biru lembut.
Foto – arkib Wanista.com
Selain itu, Monki juga menyediakan koleksi lengkap dengan jaket denim dan Kimono klasik. Jaket denim klasik Monki juga didatangi bersama trend oversized silhouette. Denim klasik Monki masih lagi mengekalkan konsep super-strech, 90-an, pinggang tinggi (high-waisted) dan potongan cropped.
Peneraju jenama fesyen Korea bakal membuka gedung flagship mereka yang pertama di Kota Metropolitan Kuala Lumpur pada 2 Mac akan datang.
The Twee menawarkan pelbagai pilihan menarik yang terdiri daripada item fesyen untuk lelaki dan wanita merangkumi aksesori, pakaian, kasut, beg dan macam-macam lagi.
Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan, boleh dibeli bermula RM29 hingga RM359 setiap satu.
Bukan itu sahaja, The Twee sangat teruja mahu menampilkan variasi rekaan menarik dari para pereka Korea di mana rata-rata koleksi yang dibawa masuk ke Malaysia itu penuh dengan karakter unik tersendiri.
Gedung Flagship The Twee akan beroperasi di aras Ground Floor KL Gateway Malldari jam 10am hingga 10pm setiap hari.
Jika tiada masa untuk pergi membeli-belah di The Twee pada hujung minggu, khas buat anda yang sibuk, jangan ketinggalan untu melawat gedung flagship tersebut dansertai THE TWEE Lunch Break Deals untuk dapat potongan harga bagi barangan aksesori dari 1 hingga 2pm manakala THE TWEE After Work Great Deals dari jam 6 hingga 7pm untuk dapatkan beg tangan dan kasut pada harga promosi.
Untuk keterangan lanjut, sila layari thetwee.com.my atau lawat laman social rasmi The Twee di:-
H&M dengan bangga mengumumkan kolaborasi bersama Zara Larsson, antara penyanyi yang tersenarai 30 Remaja Berpengaruh tahun 2016 di Majalah Time. Beliau juga bakal melancarkan album terbarunya di musim bunga ini bersama koleksi ekslusif dari H&M.
Tahun ini H&M masih lagi berkomitmen dalam menyokong dan membantu bakat-bakat muzik seperti Zara Larsson, penyanyi berasal dari negara Sweden mengabungkan jualan album beliau ‘So Good’ bersama butik H&M seluruh dunia bermula 17 Mac ini. Selain itu, album ‘So Good’ juga berpeluang untuk pre-save di hm.com dan secara langsung ia akan disimpan di aplikasi Spotify milik pengguna selepas dilancarkan.
Foto – arkib Wanista.com
“Saya berasa sungguh gembira dapat berkejasama dengan H&M didalam kolaborasi ini. Saya amat menyukai jenama ini, ianya seronok dan sangat dekat dengan semua gadis-gadis iatu kunci utama untuk saya, tambah lagi pasukan mereka yang sangat hebat untuk bekerjasama! Saya tidak sabar untuk berkongsi dengan anda semua setelah apa yang kami usahakan!”
Kolaborasi ini juga secara ekslusif menyediakan koleksi desin khas dari Zara Larsson sendiri bersama H&M. Rekaan dengan eleman moden streetwear dan glamor sebagai refelk dari stail personaliti Zara.
Koleksi ini hanya terdapat di butik H&M Lot 10, Avenue K dan Sunway Pyramid dan secara talian bermula 18 Mei.
Penulis sentiasa perhatikan seleksis koleksi dari gedung fesyen Zara dan Mango yang sentiasa berlumba-lumba mendapatkan gaya fesyen semasa untuk penggemar rekaan dari mereka.
Untuk pengetahuan pembaca jika anda ke butik Zara dan Mango sekarang, anda dapat lihat dimana banyak rekaan dari warna biru dan putih menjadi item hangat. Begitu juga dengan t-shirt, kemeja dan denim ditambah aksesori sulaman dan patches.
Selain itu, kemeja dengan reben dan corak jalur putih juga menjadi elemen diletakkan dalam rekaan.
Apa yang boleh penulis simpulkan disini, jika anda belum tersedar gaya fesyen terbaru dari Zara dan Mango. Wanista kumpulkan 10 inspirasi fesyen dari peminat fesyen Zara dan Mango dilaman Instagram seluruh dunia.
Seperti biasa, di majlis anugerah-anugerah besar sebegini, busana yang disarungkan para selebriti sememangnya memberi impak besar kerana ia menentukan sama ada gaya yang dibawakan itu bakal menerima pujian atau dikritik secara negatif.
Bersempena anugerah The Academy Awards Oscars yang berlangsung semalam, ini 10 selebriti Hollywood wanita yang berjaya gayakan dress berpotongan Ball Gaun ala puteri! Cantik sangat!
Nak tahu selebriti mana jadi pilihan Wanista, jom tengok!
#1 Ava DuVernay @ Ashi Studio
Tak nak cakap banyak. PERFECTO!
Sumber: Getty
#2 Kristen Dunsl @ Dior Couture
Ringkas dan klasik! Warna hitam tak pernah ‘ketinggalan zaman’ untuk digayakan sehari-hari.
Sumber: Getty
#3 Leslie Mann @ Zac Posen
OMG! Warna hijau kekuningan ni nampak sangat anggun manakala gelembung-gelembung pada bahagian skirt membuatkan gaun kembang ini kelihatan lebih mewah dan stailo. Tak perlu aksesori sarat untuk menarik perhatian kerana gaun ini sudahpun menarik sepenuhnya!
Sumber: Getty
#4 Felicily Jones
Comel! Sekali pandang macam Ballerina pula kan?
Sumber: Getty
#5 Salma Hayek
Tidak seperti kebanyakan selebriti lain yang berleher jinjang, Salma bijak memilih rekaan gaun berleher rendah supaya bahagian dadanya lebih luas dan lehernya lebih tinggi, namun masih nampak sopan tanpa menjadi terlalu seksi dengan dress renda rona hitam ini. Just nice on her body!
Sumber: Getty
#6 Oclavia Spencer
Biarpun berbadan gempal, Oclavia telah membuktikan bahawa fesyen tidak terhad hanya untuk mereka yang berbadan sempurna sahaja. Syabas dan anda sangat cantik!
Sumber: Getty
#7 Ruth Negga
Seperti gaun yang sering digayakan wanita elit era 1700, kolar tinggi pada gaun kembang berenda rona merah itu sekaligus membuatkan penampilan Ruth Negga tampak klasik dan manis bersahaja tanpa perlu trying too hard!
Sumber: Getty
#8 Hailee Steinfield @ Ralph & Russo
Seorang wanita muda yang berbakat, selain berlakon Hailee juga merupakan seorang penyanyi yang bersuara emas tau? Hmm… Tidak kurang juga dnegan cita rasa fesyennya yang gah! Gaun kembang organza dengan hiasan bunga timbul menjadi pilihan hati si Hailee.
Sumber: Getty
#9 Janelle Monae @ Elie Saab Couture
Siapa yang tak kenal dengan pereka Elie Saab kerana beliau adalah seorang pereka yang berani ‘melebih-lebih’ dengan perincian kilauan seperti manik dan jahitan berperincian eksentrik!
Lihat sahajalah gaun kembang yang dipakai Janelle, meskipun sarat ia masih nampak sesuai dan tidak terlalu over.
Sumber: Getty
#10 Cynthia Erivo
Meriah sungguh gaun kembang tanpa lengan yang disarungkan Cynthia Erivo. Mungkin perincian motif sulaman bungga menjalarnya disunting dari kraf kebanggan Cina yang bericiri oriental.
Tapi sayangnya warna dan gaya rambutnya tidak berapa cocok untuk ke acara formal.
Sumber: Getty
Bonus!
Dakota Johnson
Sumber: Getty
Bukan rekaan “Ball Gown” tapi tak tahu kenapa penulis jatuh hati sangat dengan busana yang dipakai heroin filem Fifty Shades Darker ni! Ringkas namun terserlah aura si tuan puteri yang mungkin diinspirasi dari gaya 80an yang mengetengahkan potongan lengan gelembung serta hiasan menonjol pada bahagian hadapan yang dibentuk menggunakan keliman fabrik.
Pada pendapat anda, siapa yang paling berjaya bawakan watak puteri kala berjalan di karpet merah The Academy Awards OSCARS semalam?
Sudah menjadi lumrah, asalkan namanya raja, pasti semua akan diperhatikan oleh orang. Dalam erti kata lain, ramai akan mengkritik tak kisahlah dari segi pemakaian, cita rasa fesyen mahupun sifat dan cara pembawakan diri.
Ramai perasan bahawa Kate Middleton hanya akan memegang beg kepit walau di mana beliau berada manakala suaminya Putera William pula tidak pernah dilihat memakai cincin kahwinnya.
Sumber: biography.com
Satu demi satu misteri keluarga diraja Britain mula dipersoalkan orang dan terkini, netizen tertanya-tanya mengapa Puteri Diana tidak mahu mematuhi protokol yang sebenarnya menggalakkan seorang puteri untuk memakai sarung tangan? Lebih-lebih lagi saat menghadiri acara atau majlis formal yang turut dihadiri ramai undangan termasuklah orang luar melibatkan rakyat jelata.
Sumber: Vanity Fair
Eleri Lynn, merupakan salah seorang kurator yang menguruskan pameran pakaian mendiang Puteri Diana baru-baru ini menyatakan bahawa Puteri berjiwa besar itu sengaja menolak protokol diraja untuk memakai sarung tangan kerana dia gemar dan mahu berjabat tangan dengan semua orang yang ditemuinya termasuklah rakyat jelata. Dia mahu mempunyai ‘hubungan terus’ dengan semua orang tanpa mengira darjat.
Pameran koleksi pakaian milik mendiang Puteri Diana. Sumber: GettySumber: Getty
Bukan itu sahaja, Puteri Diana juga tidak gemar memakai topi seperti mana ibu mertuanya, Queen Elizabeth yang tidak pernah lekang daripada aksesori topi di kepala kerana menurutnya, hal itu akan menyukarkan dirinya untuk memeluk anak-anak kecil. Jelas Puteri Diana suatu ketika dahulu, “You can’t cuddle a child in a hat”.
Sumber: Tim Graham/GettySumber: Getty
Puteri Diana sememangnya jujur menjadi dirinya sendiri serta berani menonjolkan sifat yang sebenar melihatkan mendiang sanggup mengingkari protokol diraja Britain waktu itu di mana topi dan sarung tangan adalah sebahagian aksesori utama untuk seorang wanita yang berstatus diraja.
Jika pakaian rona gelap seperti hitam adalah seragam lazim yang digayakan seseorang saat menghadiri rumah sakit, sebaliknya Puteri Diana cuba menyuntik jiwa baharu apabila tampil memakai pakaian berwarna terang demi menceriakan para pesakit saat membuat lawatan di hospital.
Sumber: Getty
Jelas, wanita ini sememangnya insan yang sangat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Puteri. Beliau juga tidak kisah untuk meletakkan diri sama rendah dengan rakyat dan orang dikelilingnya tanpa dihantui sifat berat sebelah. Maka benarlah Puteri Diana ikon wanita sepanjang zaman.
Sumber: Nils Jorgensen/Rex FeaturesSumber: Nils Jorgensen/Rex FeaturesSumber: Nils Jorgensen/Rex FeaturesSumber: Nils Jorgensen/Rex FeaturesSumber: Nils Jorgensen/Rex FeaturesSumber: Nils Jorgensen/Rex FeaturesSumber: Nils Jorgensen/Rex Features
Sudahlah cantik, berjiwa besar, cita rasa fesyennya juga cukup menyerlah memberi inspirasi kepada wanita sekaligus berjaya menjadi cinta hati rakyat di seluruh dunia.
Sejak diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1979, Air telah menjadi satu puncak utama untuk Nike. Sebelum ini selama 8 tahun ia disorokkan dari penglihatan dan dapat dirasa. Kemudian pada tahun 1987 ia diperkenal sebagai Air Max dan bermulanya revolusi Air.
Foto – arkib Wanista.comNike Air Atmos. Foto – arkib Wanista.com
Ia berkembang dari pelari sehinggalah kepada pemain tenis, bola keranjang dan para pelatih memilih Nike Air. Pada masa yang sama ia juga menjadi fesyen untuk kegunaan aktiviti harian. Hampir 30 tahun, Air Max terus berkembang menjadi pilihan atlet dan pengemar kasut sukan.
Nike Air VaporMax. Foto – arkib Wanista.com
Bagi menyambut Hari Air Max atau Air Max Day, Nike mengeluarkan kembali koleksi retro dan inovatif bermula Mac ini. Ianya juga termasuklah pelancaran kasut terbaru mereka Nike Air VaporMax dimana potensi menunjukkan jenama Nike lebih gagah.
Bakal ditayangkan pertengahan bulan ini, filem Beauty and the Beast dijangka menjadi hit di seluruh dunia.
Bagi memeriahkan lagi tayangan filem tersebut, Melissa, jenama kasut tersohor memperkenalkan koleksi terbaharu untuk wanita dan kanak-kanak perempuan yang diinspirasi daripada mawar keramat milik Beast dalam filem tersebut.
Kasut sarung Melissa + Beauty and the Beast untuk wanita yang dihiasi bunga ros metalik: RM409.00
Kasut tumit rendah yang dhiasi motif bunga ros timbul pelbagai warna ini sesuai untuk digayakan bersama pakaian kasual untuk tambah elemen feminin.
Mini Melissa Ultragirl + Beauty and the Beast dihiasi karakter Chip Potts dan Mrs Potts untuk kanak-kanak perempuan: RM359.00Mini Melissa Ultragirl + Beauty and the Beast dihiasi bunga ros untuk kanak-kanak perempuan: RM359.00
COACH, jenama fesyen yang sudah lama bertapak di Malaysia dengan ‘hidangan’ aksesori serta pakaian rekaan yang tidak pernah lapuk.
Pada 24 Februari lalu bertempat di Pavilion Elite, satu lagi butik Coach dirasmikan dengan memegang takhta butik Coach terbesar di Asia Tenggara. Majlis tersebut dihadiri 600 tetamu dari golongan kenamaan, para selebriti dan pihak media.
Butik baru Coach di Pavilion Elite, Kuala Lumpur. Foto – http://malaysia.coach.comFoto – http://malaysia.coach.com
Bersempena pelancaran ini, Coach menampilkan koleksi terbaharu mereka Koleksi Musim Bunga 2017 dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.
Apa yang menarik sepanjang majlis ini ialah penampilan jemputan dari para selebriti yang memakai persalinan dari Coach sendiri. Paling menarik perhatian dan yang ditunggu-tunggu ialah jemputan khas selebriti yang terbang jauh dari Korea Selatan, Jessica Jung dan Afgansyah Reza, penyanyi terkenal Indonesia.
Afgansyah Reza dan Jessica Jung. Foto – arkib Wanista.com
Afgan memakai Tailored Barracuda Jacket, manakala Jessica Jung pula sepersalinan dari Bib Tiered Dress in Black Multi & Dinkier dan beg tangan dari kolkesi Chalk.
Tidak ketinggalan selebriti dari Malaysia seperti Nora Danish, Juliana Evans, Keith Foo dan ramai lagi turut memeriahkan lagi majlis perasmian. Mereka tampil dengan gaya koleksi Coach 1941 Spring 2017 gah dan beraksi bersahaja di karpet merah Coach.
Hunny Madu. Foto – arkib Wanista.comJuliana Evans. Foto – arkib Wanista.comKim Raymond dan Keith Foo. Foto – arkib Wanista.comNora Danish. Foto – arkib Wanista.comSona One dan Joe Flizzow. Foto – arkib Wanista.com
Butik Coach terletak di Pavilion Mall Kuala Lumpur, Lot 2.107.00 & Lot 3.106.00, Level 2 & 3, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. Maklumat lanjut mengenai butik layari http://malaysia.coach.com.
Fenomena selendang atau shawl sudah menguasai dunia hijab sekarang.
Bermula dengan inspirasi dari selendang Yuna sampailah hingga kini ramai dikalangan wanita berhijab Malaysia memilih selendang sebagai pelengkap gaya. Dari sehelai selendang anda boleh mendapatkan pelbagai look.
Yuna. Foto – http://ckazri.blogspot.my
Namun tahukah anda, masih ada lagi segelintir wanita yang tidak mengikuti trend selendang termasuklah penulis. Antara faktor utama penulis tidak memilih selendang ialah bentuk muka penulis yang agak panjang dan lebar serta bila anda seseorang yang berkaca mata ia tidak memberi bentuk yang cantik. Sebab lain penulis tidak memakai selendang ia menyukarkan penulis untuk makan ia akan bergerak-gerak dan yang paling tak best kena pakai banyak sangat pin atau jarum peniti!
Ooppss…itu hanya dari pendapat peribadi penulis sahaja…
Jadi penulis sehingga kini memilih tudung bawal yakni tudung yang pernah menjadi pilihan nombor satu wanita Malaysia. Setuju tak?
Ramai yang cakap tudung bawal kini sudah lapuk, tidak ikut trend dan makcik – makcik sahaja yang pakai tudung bawal. Kurang ajar!
Penulis sediakan 5 sebab kenapa tudung bawal masih lagi relevan untuk dipakai…
#1 Selesa
Nak menguyah laju-laju, nak buka mulut luas masa makan tak jadi masalah. Paling best bila bersukan pakai tudung bawal memang langsung tidak rasa terganggu. Fabrik tudung bawal pun banyak variasinya, jadi anda boleh pilih bersesuian dengan aktiviti, kalau nak efek glamour boleh pilih tudung bawal dari satin.
#2 Mudah Digayakan
Sekarang nak lilit macam selendang, tudung bawal pun boleh. Tapi jika anda tak suka terlilit sampai terjerut, gantikan sahaja tudung bawal polos anda dengan tudung bawal bercorak atau berbatu manik / mutiara. Lebih menarik lagi anda boleh kenakan warna tudung bawal anda dengan anak tudung didalam. Jadilah tidaklah bosan asyik warna hitam sahaja anak tudung. Pakai tudung bawal ini tak perlu anda tengok langkah-langkah di Youtube sampai dua tiga kali. Cukup 5 minit anda dah ready untuk pergi dating!
#3 Beri efek anggun dan jelita
Penulis suka tengok gaya tudung bawal dari wanita Brunei. Perasan tak mereka selalu kelihatan anggun setiap masa. Cuba lihat gambar Fazura diatas yang berhijab gaya seperti wanita Brunei. Sekali tengok, dia persis kerabat Sultan Brunei pula. Sesungguhnya tiada siapa dapat menolak fakta wanita yang mengenakan tudung bawal lebih anggun dan jelita. Setuju tak?
#4 Kelihatan bersederhana / modest
Sesuai dengan wanita Melayu yang dikenali sebagai wanita yang ayu dan sopan. Persis siapa yang memakainya langsung tidak kelihatan keterlaluan atau menjolok mata. Penulis suka tudung bawal sebenar sesuai sahaja dengan semua jenis bentuk muka, ia dapat membentuk muka anda menjadi bujur sirih. Tak percaya? Jom cuba sekarang..
#5 Lelaki lebih terdorong memilih wanita yang memakai tudung bawal
Tak tahu lah kalau teman lelaki anda, tapi ramai kenalan lelaki dan teman lelaki penulis sendiri memilih wanita yang memakai tudung bawal. Alasannya? Ia lebih menarik perhatian mereka kerana pemilik wajah yang memakai tudung bawal lebih bersahaja dan tidak over. Senang cerita, lelaki suka wanita yang simple and easy going dalam hidup dan juga dalam fesyen. Penulis nak tegaskan kisah viral fakta 97.7% lelaki suka wanita bertudung awal palsu! Penulis tidak ambil dari fakta palsu tersebut okay…
Sebelum ada peminat selendang disini nak jadi wira papan kekunci, ingat…..
Baru-baru ini, jenema peneraju fesyen kasual artistik POLO Ralph Lauren melancarkan gedung pertamanya di pusat membeli-belah terkemuka Pavilion Kuala Lumpur.
Gedung berkenaan telah mula beroperasi sejak Januari yang lalu malah menampilkan koleksi lengkap untuk lelaki, wanita juga untuk kanak-kanak. Ia dibangunkan di sebuah kawasan dengan keluasan 5,108 kaki persegi cukup untuk memuatkan kesemua koleksi terkini POLO Ralph Lauren sambil ditemani ciri rekaan dalaman yang klasik kontemporari.
Dekorasi serta susun atur di dalam gedung berkenaan sekaligus melambangkan sifat POLO Ralph Lauren sendiri termasuklah kesenian serta ciri sofistikasi ikoniknya yang diinspirasi dari gaya hidup masyarakat amerika.
Koleksi pakaian semuanya dipamer rapi menerusi rak-rak tanpa pintu yang mudah untuk dicapai.
Hiasan dalam butik sungguh unik, diberi sentuhan ala gudang perindustrian di New York manakala cat yang digunakan untuk melitupi bahagian luar butik pula sengaja diterapkan dengan rona hijau lumut untuk menyerlahkan konsep lusuh dan klasik.
Turut memeriahkan parti pelancaran gedung POLO Ralph Lauren tempoh hari adalah Anuar Zain yang sempat menyampaikan beberapa buah lagu termasuklah “Kau Bunga Cinbtaku” dan “Sedetik Lebih” yang seolah memberi seribu satu makna buat para tetemu yang hadir.
Kunjungi gedung/butik POLO Ralph Lauren untuk membeli-belah dalam suasana yang eksentrik. Terletak di aras 3, dibuka setiap hari dari jam 10am hingga 10pm. Hubungi 03-2110 6903 untuk keterangan lanjut.
Mengangkat inspirasi warna-warni dunia fesyen Islamik dan sebagai usaha mengembangkan lagi industri tersebut, AIFW Event dengan segala hormatnya membawakan kepada anda acara kegemilangan fesyen Islamik Asia yang pertama di Malaysia – Asia Islamic Fashion Week 2017 (#AIFW2017).
Foto – Arkib Wanista
Malaysia bersedia menjadi tuan rumah buat acara yang julung-julung kali diadakan ini bermula 30 Mac – 2 April 2017. Industri runcit ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang berprestij selama (4) empat hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari, untuk semua pihak mendekati dan memiliki trend mutakhir dalam persalinan busana, aksesori, kosmetik dan sumber yang berinspirasi Islam.
Bertemakan Memperkenalkan Asia Sebagai Pusat Global Fesyen Islamik, #AIFW2017 bercita-cita untuk menjadi ruang pasaran bagi fesyen dan gaya hidup Islamik berpengaruh di Asia, dengan menyediakan medan bagi komuniti bisnes fesyen Islamik bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan.
Lebih daripada 10,000 pengunjung, 180 peserta pameran, 100 pereka, 200 pembeli dagangan antarabangsa, pencetus pengaruh fesyen, eksekutif bisnes, jurugambar fesyen dan pengamal media serta penglibatan ‘fashion influencer’ seperti Dian Pelangi, Mizz Nina dan Melanie Elturk dijangka mengambil bahagian dalam #AIFW2017.
Mizz Nina bakal turut serta dalam #AIFW2017. Foto – Arkib Wanista
Perkataan ‘fashionista’ muncul pada tahun 1990, ianya untuk seseorang yang menggemarkan fesyen dan sentiasa dihadapan dalam mengikut trend fesyen. Senang kata tak pernah ketinggalan langsung tentang dunia fesyen, tahu sahaja apa yang baru dan lama.
Namun secara zahirnya si fashionista bukanlah yang sentiasa mengikut trend tapi bijak dalam mengaplikasikan setiap pakaian dan aksesorinya menjadi sebuah yang lain dari yang lain.
Jadi level fashionista ini bukan biasa-biasa tau, dia dikira sebagai seorang yang mencipta fesyen itu!
Foto – Giphy
Layakkah anda digelar fashionista kalau setakat mempunyai dua atau tiga kasut sahaja? Jom kita sama-sama bergerak perlahan menjadi fashionista, kita bermula dengan kasut dahulu. Ini 7 kasut yang perlu anda miliki saat ingin menjadi fashionista.
#1 Loafer Mule – Sesuai ketika menghadiri acara kasual atau ke pejabat. Sesuaikan kasut loafer mule dengan kot bersama seluar slack atau denim longgar. Selebriti yang gemar mengayakan kasut ini ialah Dakota Johnson!
Dakota Johnson. Foto – arkib Wanista.com
#2 Ankle-Strap Heels – Serlahkan bentuk kaki anda yang seksi dengan kasut bertumit tinggi dengan lilitan pada buku lali. Rekaan kasut ini memberi efek kaki tampak panjang bak supermodel. Tidak cukup dengan busana yang seksi, begitu juga dengan kaki Jennifer Lawrence.
Jennifer Lawrence. Foto – arkib Wanista.com
#3 Peep-Toe Mule – Seakan dengan loafer mule, kasut peep-toe mule ini ditambah dengan perincian tumit tinggi dan terbuka dibahagian hadapan. Pada perhatian penulis tidak ramai yang mengayakan kasut ini. Jadi ini satu permulaan untuk anda memulakan lagak fashionista anda dengan peep-toe mule. Lihat Sienna Milleryang selamba sahaja memakai peep-toe mule warna biru baldu.
Sienna Miller. Foto – arkib Wanista.com
#4 Pump – Siapa yang berbadan kecil molek seperti Neelofa sangat beruntung! Anda bisa mengayakan kasut tumit tinggi jenis pump tanpa risau kelihatan seperti galah panjang. Bersama denim, seluar slack atau apa sahaja busana, kasut pump beri pandangan pada umum yang anda sememangnya seseorang yang setia pada fashion rules.
Neelofa. Foto – arkib Wanista.com
#5 Animal Print Flat – Anda inginkan berpenampilan warna polos atau kosong, nah kemaskan langkah dengan kasut bercetak bintang seperti Gigi Hadid. Tonjolkan sifat berani dan garang anda dari hujung kaki mu, biasa tampak manis apa kata kali ini biar ada sedikit elemen ‘kasar’.
Gigi Hadid. Foto – arkib Wanista.com
#6 Ankle Boots Heels – Mungkin di Malaysia anda berasa tidak sesuai untuk memakai boot kerana cuaca negara ini yang panas. Tapi hey! Cuba gayakannya saat anda pergi mengembara ke luar negara. Lihat si puteri Kate Middleton menyarung ankle boots dengan dress paras lutut. Ingin tampak sopan atau kekal panas sarungkan bersama stokin panjang.
Kate Middleton. Foto – arkib Wanista.com
#7 Statement Heels / Flat – Walaupun anda pakai pakaian yang biasa seperti kemeja atau t-shirt, tambah sedikit aura ‘mewah’ dengan menyarung kasut tinggi atau flat dengan berperincikan berlian atau aksesori gemerlapan. Pelik? Cuba anda lihat gaya Olivia Palermo yang kasual tapi bertitipkan sedikit ‘wow’ dengan kasut yang disarungkannya.
Olivia Palermo. Foto – arkib Wanista.com
Dari 7 ini yang mana anda sudah lama punyai? Kongsikan dengan Wanista!
Jenama sukan Global PUMA terus menerus menyebarkan semangat baru kepada masayarakat terutamanya para pengikutnya menerusi kempen ‘DO YOU’ untuk musim Bunga/Panas 2017 ini.
Masih diteruskan dengan keyakinan yang ditonjolkan peragawati serba boleh Cara Delevigne sebagai duta jenama PUMA khas untuk wanita. kempen ini bertujuan untuk menggalakkan para wnita di seluruh dunia untuk percaya akan kemampuan diri sendiri, sentiasa yakin diri malah berani berdepan dengan apa sahaja situasi tetapi masih kekal bergaya biarpun saat melakukan aktiviti lasak.
Foto -Arkib Wanista
Dengan slogan berbunyi “Only way to be you is to #DoYou”, kempen ini berjaya menampilkan cara seorang individu yang bersifat tersendiri dan bersahaja dalam mempamerkan diri kepada umum di samping menggayakan helaian unik dari koleksi terkini PUMA yang sebenarnya amat kena dengan cita rasa peribadinya.
Cara menekankan agar semua wanita harus mencipta impian mereka sendiri, “Memang bagus untuk mencari inspirasi dari orang lain tetapi adalah lebih mustahak untuk kita sebenarnya melakukan perkara yang benar-benar buatkan kita rasa gembira.
“Walau apa pun, jangan ikut orang lain,” jelas Cara.
PUMA Suede Heart Reset. Foto -Arkib Wanista
Tidak ketinggalan, selaian helaian pakaian yang lebih stailo, musim ini juga bakal diceriakan dengan koleksi kasut sneaker ikonik PUMA HEART yang kini hadir dalam rekaan kain baldu digelar PUMA Suede Heart Reset. Ia merupakan koleksi sepatu istimewa PUMA yang dijayakan bersama dengan Cara Delevigne. Untuk keterangan lanjut, sila layari global.puma.com.
Warna baharu untuk kolkesi PUMA Suede Heart Reset. Foto -Arkib Wanista
PUMA Suede Heart Reset ini boleh dibeli dari semua butik dan pengedar sah PUMA seluruh Malaysia pada harga RM399 sepasang. Warna yang ditawarkan adalah lebih ceria, pasti bisa membangkitkan aura sensasi si gadis aktif.
Haruman minyak wangi terdapat banyak pilihan dari elemen bunga-bungaan, tumbuhan dan kombinasi bauan yang direka khas.
Bagi mereka yang obses dengan mengumpul koleksi minyak wangi, pasti tidak terlepas untuk mendapatkan haruman terbaru. Namun ada juga yang sedikit berbeza mengumpul botol minyak wangi yang unik rekaannya dan botol itu juga menjadi identiti untuk si pemilik.
Foto – Giphy
Bau harum dan botol pun cantik memang satu bonus untuk pengumpul minyak wangi. Tapi bagi 15 botol yang penulis sediakan ini sudah menjadi koleksi anda ke belum?
Fragile by Jean Paul Gaultier. Foto – arkib Wanista.com
#2 Killer Queen by Katy Perry
Killer Queen by Katy Perry. Foto – arkib Wanista.com
#3 Too Too Pretty by Betsey Johnson
Too Too Pretty by Betsey Johnson. Foto – arkib Wanista.com
#4 Pink Friday by Nicki Minaj
Pink Friday by Nicki Minaj. Foto – arkib Wanista.com
#5 Ame Toscane Fantaisie Baroque by Isabel Derroisne
Panjang atau pendek biarlah si pemilik rambut yang membuat keputusan. Disebalik budaya kita yang memberi penilaian wanita yang cantik dan ayu pada dia yang memilik rambut panjang mengurai. Itu dah lapuk lah, sekarang perempuan juga ingin mencari keselesaan dan mencuba sesuatu yang baharu.
Namun masih ada juga yang melabelkan wanita yang berambut pendek sosok seperti lelaki,’tomboy’ dan berperangai kasar. Iya benar penampilan merupakan watak pertama yang ditonjolkan pada orang yang baru kita jumpa tapi watak utama kita setelah mereka mengenali kita yang sebenarnya. Don’t judge a book by its cover~
Stacy antara selebriti wanita Malaysia berambut pendek. Foto – Google Images
Secara peribadi, penulis sejak zaman kanak-kanak sehinggalah remaja menjadikan rambut pendek sebagai gaya pilihan. Paling panjang pernah penulis simpan pun hanya mencecah bawah leher. Berambut pendek memang selesa, mudah digayakan dan tidak perlu mengeluarkan banyak kos.
Tahukah anda apa yang maksud tersirat sebenar wanita yang membawa imej ini? Dan adakah anda juga seperti mereka?
TIDAK SUKA PERKARA REMEH
Rambut pendek kini gaya pilihan Fasha Sandha. Foto – Instagram Fasha Sandha
Anda bukan mahu lari dari masalah atau malas, anda langsung tidak punyai masa untuk meletakkan diri anda dalam memikirkan tentang perkara kecil atau remeh. Banyak lagi perkara yang lebih penting dan bertentang dengan itu yang perlu anda kejarkan. Jadi buang masa di salon bukan hobi anda!
INGIN MOVE ON
Katy Perry. Foto – eonline.com
Lepaskan yang lama pergi. Dari gaya rambut sahaja ia boleh menceritakan kisah hidup anda. Perasan atau tidak banyak muzik video memasukkan bab memotong rambut jika wanita itu ingin menempuh hidup baru. Contoh muzik video Katy Perry dalam Part of Me. Ternyata kini dia mengambil langkah yang sama dalam realiti selepas memutuskan hubungan dengan bekas kekasih, Orlando Bloom. Anda tidak mahu membawa sesuatu yang lama dan lapuk bersama, jadi keputusan memotongnya tanda anda bersedia menunggu cerita yang baharu.
TANGKAS DALAM MENYELESAIKAN TUGAS
Zendaya. Foto – Getty Images
Siapa sahaja yang berambut pendek kebiasaanya memang cepat bersiap. Anda inginkan sesuatu yang tangkas, apa sahaja yang dibuat perlu cepat, tepat dan benar. Benarlah perkara remeh yang melambatkan perjalanan hidup anda anda letakkan ketepi. Setiap keputusan yang dibuat tidak pernah untuk dilengah-lengah, kerana anda bijak mengatur masa untuk bergerak maju.
SENTIASA POSITIF
Ga In. Foto – hellokpop.com
Lantaklah orang nak kata apa! Cakap cakap orang bukanlah memberi matlamat dalam hidup anda. Ini baru setakat rambut pendek, mereka belum lagi tahu kejayaan yang anda saingi dengan kaum lelaki. Apa yang membuat anda berambut pendek? Fikiran positif. Apa yang sentiasa membuka jalan peluang untuk anda? Juga kerana fikiran positif!
TAHU CANTIK BUKAN HANYA TERLETAK PADA RAMBUT SAHAJA
Jaclyn Victor. Foto – Google Images
Biasa mereka mengulum ayat ‘Cantik itu Subjektif’ tapi kenapa bila tidak kepada rambut pendek? Anda bijak, anda tidak meletakkan kecantikan itu hanya pada suatu sudut iaitu fizikal. Memiliki karakter yang kuat dan berfikiran luas merupakan imej yang anda mahukan untuk menempa nama diantara status wanita cantik.
Sempena Hari Wanita Sedunia 2017 ini, tidak kira lah samada anda wanita berambut pendek, panjang atau berhijab. Bersama-samalah kita mencorakkan dunia ini dengan kuasa wanita yang penuh dengan kasih tapi kuat!