Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Uniqlo U Tawar Fesyen Bermutu Rekaan Pengarah Artistik Si Christophe Lemaire

$
0
0
Foto -Arkib Wanista

Koleksi The Uniqlo U adalah koleksi pertama rekaan Christophe Lemaire yang berkolaborasi bersama pasukan di Pusat Kajian & Pembangunan Uniqlo Paris di mana dirinya juga merangkap Pengarah Artistik di situ.

Sebelum ini, Christophe pernah menimba pengalaman sebagai Pengarah Artistik untuk beberapa buah rumah fesyen ternama di dunia seperti Lacoste dan Hermes. Kini beliau memegang peranan penting di Pusat Kajian & Pembangunan Uniqlo Paris selepas mengeluarkan beberapa siri rekaan untuk koleksi musim Luruh/Sejuk 2015 dan musim Bunga/Panas 2016 khas untuk Uniqlo dan rangkaian LEMAIRE.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Untuk koleksi musim ini, Christophe dan pasukannya menjadi lebih tekun, memfokuskan kepada pemilihan fabrikasi, rekaan yang berlandaskan sifat inovasi serta elemen-elemen perincian bermutu demi menghasilkan  produk helaian berkualiti setanding dengan jiwa individu masa kini yang membutuhkan keselesaan di dalam pemakaian harian.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Koleksi istimewa untuk musim Luruh/Sejuk 2016 Uniqlo U ini menampilkan lebih 52 helaian untuk wanita disertai 35 item untuk lelaki yang akan mula dipasarkan sepenuhnya pada November ini. Ini adalah termasuk rangkaian helaian berkait, baju luar, aneka dress serta jaket. 

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Di Malaysia, koleksi Unqilo U ini ditawarkan pada harga bermula RM59.90 hingga RM599.90.

 Untuk keterangan lanjut, sila layari www.uniqlo.com/UniqloU/my


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336