Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Pop Up Store : Kolaborasi Pertama Fesyen Rizman Ruzaini bersama Nivea Men

$
0
0
Model memperagakan koleksi Rizman Ruzaini X Nivea Men. Foto - arkib wanista.com

NIVEA MEN telah melancarkan gedung sementara hitam dan putih pertamanya di Malaysia sempena kempen“Don’t Stain Your Favourite Outfit” (Jangan Tinggalkan Kesan Pada Pakaian Kegemaran Anda) dengan kolaborasi terbarunya dengan butik fesyen mewah, RIZMANRUZAINI. Dua replika produk Black and White Deodorant Spray dan Roll On besar telah didirikan untuk menarik perhatian orang ramai di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.

Pop Up Store Nivea Men. Foto - arkib wanista.com
Pop Up Store Nivea Men. Foto – arkib wanista.com

Pelancaran rangkaian deodoran antikesan NIVEA danNIVEA MEN yang membantu menyelesaikan isu kesan tidak diingini pada pakaian telah mengilhamkan RIZMANRUZAINI untuk mereka 12 fesyen pakaian harian yang berlainan bersama dengan NIVEA MEN. Ini juga adalah kali pertama RIZMANRUZAINI mereka koleksi pakaian eksklusif untuk lelaki dengan kerjasama jenama lain. Selain itu, satu pertunjukan fesyen jalanan telah dianjurkan untuk memperlihatkan koleksi edisi terhad mereka bersama dengan NIVEA dan NIVEA MEN Deodorant Invisible for Black & White semasa pelancaran.

Antara 12 koleksi Black & White Rizman Ruzaini. Foto - arkib wanista.com
Antara 12 koleksi Black & White Rizman Ruzaini. Foto – arkib wanista.com

Serentak dengan kempen ini, NIVEA MEN juga menganjurkan peraduan seluruh negara dari 1hb September hingga 30hb September 2016. Peserta berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM40,000 termasuk koleksi RIZMANRUZAINI dengan petikan kata-kata peribadi mereka tertera padanya. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman Facebook Malaysia NIVEA MEN di www.facebook.com/myniveamen.

Nivea Men Deodorant Invisible for Black & White. Foto - arkib wanista.com
Nivea Men Deodorant Invisible for Black & White. Foto – arkib wanista.com

NIVEA MEN boleh didapati dalam bentuk semburan dan bebuli, NIVEA/NIVEA MEN Deodorant Invisible for Black & White berbau segar dan lembut menawan, membuat anda terasa segar dan kering sebaik sahaja digunakan. Rangkaian deodoran antikesan NIVEA/NIVEA MENmasing-masing berharga RM5.50 (bebuli 25ml), RM10.50 (bebuli 50ml) dan RM16.90 (semburan 150ml). Produk boleh didapati di semua kedai farmasi, pasar raya dan pasar raya hiper di seluruh negara.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Trending Articles