Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Nak Bergaya Ala Hollywood ? Tiru ‘Street Fashion’ Dakota Johnson

$
0
0
Foto - Google Image

Simple and chic itulah gaya fesyen yang sering dibawa oleh bintang filem sensasi Fifty Shades of Grey, Dakota Johnson. Anak muda Hollywood yang berusia 26 tahun ini selalu menjadi perhatian paparazzi setiap kali berada di Bandar New York dan Los Angeles. Bagi yang sukar untuk mencari padanan pakaian setiap kali untuk hangout bersama rakan atau majlis ringkas. Wanista kongsikan beberapa gaya street fashion dari Dakota sebagai inspirasi anda.

  • Mambang Hitam. Ooppss ! Hitam warna paling selamat dan senang untuk digayakan tapi awas, jangan sampai anda kelihatan seperti orang yang tidak suka bersosial. Titipkan sedikit eleman fun dengan kaca mata hitam dan padanan ankle but. Tambah aksesori seperti rantai leher atau cincin sebagai pelengkap gaya anda.
Dakota Johnson serba hitam . Foto - Pinterest.com
Dakota Johnson serba hitam . Foto – Pinterest.com
  • Sweet chic. T-shirt putih corak vintaj rock’n’roll dipadankan dengan denim high-waist berwarna biru lembutDikenakan pula bersama sandal dan cermin mata hitam oversized  membuat si pemakai nampak santai  dan bersahaja. Dandanan rambut ala puteri dan anting-anting di telinga memberi efek sweet girl pada pelakon Filem How To Be Single ini.
Dakota tidak pernah mengelak dir paparazzi. Foto - Pinterest.com
Dakota tidak kisah jika dirinya diekori paparazzi. Foto – Pinterest.com
  • T-shirt berbelang hitam putih menjadi trend sekitar 80-an tapi kini ia kembali ke dunia fesyen sekarang. Lihat sahaja gaya Dakota yang mengenakan T-shirt berbelang hitam putih bersama jaket denim oversized. Seiring dengan fesyen semasa Dakota menyarung sepatu jenis Loafers bewarna coklat gelap. Beliau tidak takut kelihatan biasa walaupun seorang bintang Hollywood.
Ringkas. Foto - Pinterest.com
Ringkas. Foto – Pinterest.com
  • Anda ada temu janji menonton wayang late night ? Baju panas turtle neck coklat dan denim hitam lusuh pasti membuat anda merasa selesa. Clucth bag hitam emas yang dibawa oleh Dakota seakan-akan memberi efek glamour. Aktres yang berasal dari Austin, Texas ini jarang bersolek tebal, jadi beliau bijak menggunakan rambut sebagai alternatif menaik seri wajah. Tiru sahaja stail rambut messy bun Dakota, ianya mudah dan anda boleh lakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa!
Bersahaja. Foto - Pinterest.com
Bersahaja. Foto – Pinterest.com
  • Bosan dengan konsep kasut tumit tinggi dan dress. Ikut sahaja stail Dakota yang selamba mengenakan dress corak bunga bersama sneaker Converse. Penampilan ala boyish ini tidak keterlaluan malah sesuai untuk digayakan pada setiap hari.
Stylo. Foto - Pinterest.com
Stylo. Foto – Pinterest.com

Mudah bukan ? Tidak perlu berbelanja besar untuk kelihatan persis aktress Hollywood. Anda cuma perlu yakin, kreatif dan sediakan almari pakaian yang senang untuk dijadikan stail mix & match.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Trending Articles