Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Fitbit Lancar ‘Special Edition Gold Series’ Untuk Pemantau Kesihatan Alta & Blaze

$
0
0
Foto -fitbit.com

Jenama alat pemantau kesihatan dan kecergasan berteknologi Fitbit yang sering mengutamakan elemen kesihatan dalam kehidupan seharian itu baru-baru ini memperkenalkan perisian baharu yang menampilkan Fitbit Blaze, merangkumi lanjutan notifikasi telefon pintar (Extended Smart Notofications), peringatan untuk melakukan senaman (Reminder to Move) serta paparan jam terkini (New Clock Faces)yang lebih bijak selari dengan tujuan jenama ini untuk mewujudkan motivasi serta pengalaman kecergasan yang lebih efisyen.

Koleksi Fitbit Blaze. Foto -fitbit.com
Koleksi Fitbit Blaze. Foto -fitbit.com

Tidak ketinggalan, Fitbit turut mendedahkan beberapa rekaan tali jam tangan bergaya termasuklah rangkaian dari siri edisi terhad Gold yang disisip dengan perincian tekstur mewah khas untuk keluaran Fitbit Alta dan Fitbit Blaze sambil ditemani aksesori dari jenama fesyen terkemuka seperti PUBLIC SCHOOL dan Tory Burch.

Foto -urbanwearables.technology
Fitbit Alta yang boleh ditambah dengan aksesori boleh laras dari Tory Burch untuk digayakan seperti gelang tangan bergaya. Foto -urbanwearables.technology

Sejak pelancarannya awal tahun ini, Alta dan Blaze berjaya memikat hati pengguna di mana Blaze menjadi alat pemantau kesihatan dan kecergasan nombor satu, paling banyak digunakan oleh individu setempat Amerika sementara Alta adalah pilihan kedua selepas Blaze selain Fitbit Charge HR. 

Fotbot Alta x Public School. Foto -circuitsandcableknit.com
Fitbit Alta x Public School. Foto -circuitsandcableknit.com

Rekaan tali jam premium baharu oleh Fitbit diharap dapat memberi kebebasan lebih positif kepada para penggunanya untuk menjadikan alat bersistem itu lebih versatile, seterusnya bisa dimanfaatkan pada bila-bila masa dan di mana jua dalam keadaan yang paling bergaya.

Istimewa buat mereka yang mementingkan trend fesyen terkini, koleksi Alta Special Edition Gold Series adalah diperbuat dari material logam yang diselaputi lapisan emas 22-karat bagi menonjolkan pengayaan elegen. Ia ditawarkan pada harga RM690 seunit manakala RM550 untuk aksesori tambahan Alta Luxe Metal Bangle dalam rona emas metalik.

Foto -wareable.com
Alta Special Edition Gold Series. Foto -wareable.com

Video Pengenalan Fitbit Alta

Buat anda yang gemarkan gaya yang lebih sporty, boleh cuba koleksi dari siri Blaze Special Edition Gold Series ini di mana paparan perisiannya dikelilingi besi yang dilipisi emas 22-karat, ditawarkan pada harga RM1,100 seunit. Tali jam serta aksesori tambahan lain boleh dilaras dan ditukar ganti seperti tali yang diperbuat dari material kulit asli berserta bingkai besi metalik berharga RM450 manakala tali nilon rona hijau buah zaitun serta perang ditawarkan pada harga RM175 tanpa bingkai.

Pilihan bingkai untuk Fitbit Blaze. Foto -fitbit.com
Aneka pilihan bingkai untuk Fitbit Blaze. Foto -fitbit.com

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.fitbit.com/my


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336