Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Terhad! Minyak Wangi ‘Bayang Oleh Khai Bahar’ Hanya Terdapat 5,000 Botol Sahaja

$
0
0

Wangian terbaharu dari edaran RiSES Perfumes ‘Bayang oleh Khai Bahar’ menampilkan bintang baharu Khai Bahar sebagai dutanya. Wangian tersebut merupakan edisi terhad khas didatangi dengan wangian untuk lelaki dan wanita. 

Haruman ‘Bayang’ dihasilkan dari inspirasi remaja masa kini dan dicipta khas untuk mendekati peminat Khai Bahar yang semakin berkembang di Malaysia dan juga Indonesia. Pemilihan bau ‘Bayang’ yang unik dan eksotik ini dari pilihan hati Khai Bahar sendiri untuk menjadi simbol ke arah hidup yang aktif dan harap menginspirasikan kepada para peminat beliau. 

Minyak Wangi edisi terhad ‘Bayang oleh Khai Bahar’ . Foto – arkib Wanista.com

Penghasilan wangian ‘Bayang’ mematuhi keperluan syariah dimana wangian ini tidak mengandungi alkohol dan mendapat sijil pengiktirafan dari Jakim. Ia selamat untuk kulit manusia serta sesuai digunakan dalam menunaikan solat. 

Bermula 15 Mei hingga 20 Mei 2017 ini, pihak RiSES bersama-sama Khai Bahar akan mengadakan jelajah promosi Khai di Jakarta dan sekaligus mempromosikan wangian ‘Bayang’ beserta jenama-jenama lain keluaran RiSES. Minyak wangi ini adalah edisi terhad hanya terdapat 5,000 botol sahaja untuk dijual dan dijadikan koleksi oleh peminat Khai Bahar sendiri. 

Foto – arkib Wanista.com

Wangian ‘Bayang oleh Khai Bahar’ dari jenis Parfum tahan sehingga 24jam dijual dengan harga RM90 dapatkannya di www.myrises.com.my

Tahniah Khai Bahar diatas pencapaian terbaharu! 

The post Terhad! Minyak Wangi ‘Bayang Oleh Khai Bahar’ Hanya Terdapat 5,000 Botol Sahaja appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336