Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Ganti Kaca Mata Lamamu Dengan Koleksi Fendi Roma Yang Ringkas Bergaya

$
0
0

Fendi memperkenalkan ROMA, koleksi kaca mata ranggi untuk musim Bunga/Panas 2017 yang merangkumi rekaan bingkai yang berkonsepkan ringkas dan santai.

Foto -Arkib Wanista

Bukan itu sahaja, ia turut dibina menggunakan struktur bingkai lensa yang berlandaskan bentuk-bentuk geometri untuk menonjolkan keunikan yang tidak keterlaluan dan bersifat universal. Ia adalah elemen yang sengaja diterapkan bagi mengimbau stuktur binaan Roman yang sangat terkenal dengan gaya artisan tersendiri.

Foto -Arkib Wanista

Sesuai untuk semua pembawaan gaya dari yang klasik hingga ke moden, kaca mata dari koleksi Fendi ROMA ini menerapkan ciri ergonomik yang pastinya amat sesuai untuk bentuk muka orang Asia.

Foto -Arkib Wanista

Terdapat dalam bingkai pilihan berwarna hitam, biru, merah dan Havana yang digabungkan dengan ronalembut ala pastel seperti merah jambu, hijau, putihdan violet.

Foto -Arkib Wanista

Setiap satu rekaan melambangkan kemahsyuran bumi Rome yang diselit dengan sifat elegen jenama fesyen Fendi, ia adalah koleksi premium berkualiti yang memanfaatkan kefungsian optimum.

The post Ganti Kaca Mata Lamamu Dengan Koleksi Fendi Roma Yang Ringkas Bergaya appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Trending Articles