Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Ketahui Jenis Dan Fungsi Beg Tangan Yang Setiap Hari Anda Bawa

$
0
0

Beg tangan atau handbag merupakan aksesori wajib setiap kali seorang wanita ingin keluar dari rumah. Tak kiralah dimana anda pergi pasti beg tangan menjadi peneman setia. Kunci rumah, kereta, pelbagai barang peribadi, dompet malah resit lama pun ada didalam beg tangan. Tak percaya? Cuba anda check sekarang.. 

BACA: 14 BENDA WAJIB KENA ADA DALAM BEG TANGAN WANITA 

Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenama dan jenis beg tangan bersama rekaan yang menarik. Kecil, besar, panjang, pendek, petak atau bulat semuanya boleh dipilih mengikut citarasa anda. Ia juga bergantung kepada kesesuaian majlis yang dihadiri dan ia juga mampu menyerlahkan gaya personaliti diri anda. Dari beg tangan pun, orang dah boleh baca siapa diri anda yang sebenar. 

BACA: YEKE? JOM KETAHUI PERSONALITI DIRI MELALUI JENIS BEG TANGAN ANDA

Bagi anda yang ingin menukar beg tangan yang baharu itu, ikuti tips dan pilihan beg tangan yang Wanista syorkan! 

#1 Tote Bag

Foto – Best Model Bag 2016

Rekaan: Beg tangan jenis Tote / Tote handbag kebiasaannya berbentuk segi empat dan bersaiz lebar. Terdapat pelbagai pilihan fabrik seperti kulit, kanvas dan nilon pada sebuah beg tangan Tote. 

Kegunaan: Saiz besar dan lebar Tote sesuai digunakan untuk anda ke pejabat atau ke kolej. Buku malah laptop boleh dibawa menggunakan beg tangan Tote. 

#2 Crossbody 

Foto – Rank & Style

Rekaan: Beg silang atau crossbody dipanggil kerana ia biasanya tali beg tersebut lebih panjang dan dipakai secara bersilang. Crossbody tidak semestinya hanya bersaiz kecil ada juga yang bersaiz besar seperti beg Tote. 

Kegunaan: Sesuai kegunaan harian seperti ke majlis kasual atau bersantai bersama keluarga dan teman-teman. Ia senang dibawa dan tangan anda bebas daripada perlu memegang tali beg tangan. 

#3 Hobo Bag 

Foto – pcrcweb.org

Rekaan: Bertali pendek dan hanya mempunyai satu zip ini dikenali sebagai beg Hobo. Saiz beg Hobo agak sama seperti beg Tote cuma ia bertali lebih pendek. 

Kegunaan: Anda boleh gunakan beg Hobo sebagai aksesori harian ke pejabat, majlis kasual malah ketika membeli belah. Rekaan beg Hobo lebih eksklusif dan banyak barang anda boleh bawa didalamnya! 

#4 Clutch 

Foto – AliExpress.com

Rekaan: Bersaiz kecil dan biasanya berbentuk memanjang. Beg Clutch menggunakan butang katup berbanding zip. Perincian beg lebih kepada bertahtahkan batu permata atau sulaman. Namun ada juga beg Clutch yang bersaiz sederhana sesuai untuk anda yang mempunyai barangan untuk dibawa atau telefon pintar bersaiz besar.

Kegunaan: Beg clutch sesuai untuk anda kelihatan anggun dan sofistikated di majlis formal. Cuma yang perlu anda ingatkan anda tak boleh barang banyak barang sahaja lah..

#5 Bucket Bag

Foto – Louis Vuitton

Rekaan: Beg ini diilhamkan dari bentuk uncang. Beg jenis Bucket ini mempunyai satu tali panjang untuk digalas pada bahu dan tidak mempunyai sebarang zip. Ia diganti dengan tali pengikat yang boleh diselaraskan. Saiz Bucket Beg sedikit panjang berbanding beg-beg lain.  

Kegunaan: Sesuai si gadis remaja untuk ke kolej atau bersantai bersama teman-teman. Disebabkan saiz beg Bucket yang memanjang dan luas sampai kasut dan bekas makanan pun boleh muat didalamnya. 

Rujukan 1 & 2

The post Ketahui Jenis Dan Fungsi Beg Tangan Yang Setiap Hari Anda Bawa appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336