Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Dari Gaya Jalanan London Fashion Week, Bila Jeans + Dress Jadi Trend Fesyen Semasa

$
0
0

Saat tibanya musim Minggu Fesyen, pasti rata-rata jemputan yang terdiri dalam kalangan orang-orang fesyen, model, selebriti, blogger fesyen dan influencer popular media sosial akan berlumba untuk memperagakan helaian fesyen mengikut kreativiti serta trend yang diminati.

Trend dari London Fashion Week baru-baru ini nampaknya lebih sofistikated!

Sumber: Pinterest

Padanan seluar dengan dress labuh? Hmm… macam pelik bukan?

Sumber: Pinterest

 

Tetapi, ternyata trend ini sebenarnya sedang hangat apabila ramai tetamu yang menghadiri acara pertunjukan fesyen gilang-gemilang itu tampil menggayakan helaian fesyen unik yang diggabungkan bersama.

Mungkin, jika anda ingin mencabar jiwa fashionista diri, bolehlah cuba bergaya sakan menggunakan inspirasi dress yang dipadankan dengan seluar ini… Mana tahu nampak serasi?

Tips!

Sumber: Pinterest

1. Pilih dress yang berbelah agar mudah untuk si pemakai mengatur langkah dengan lancar tanpa sebarang halangan. Dalam masa yang sama, ia juga kelihatan lebih kemas dan ‘masuk akal’.

2. Jika tidak mempunyai dress yang berbelah, padankan seluar dengan dress yang jarang kerana fabrik jaranng seperti chiffon kebiasaannya akan dijahit berdasarkan rekaan yang lebih longgar. Mudahlah untuk anda bergerak!

Sumber: Pinterest

3. Labuh dress hendaklah kurang daripada bahagian betis. Jika terlalu labuh, ia sebenarnya akan kelihatan sedikit ‘selekeh’.

Sumber: Pinterest

4. Jika anda seorang yang tinggi, anda bisa menggayakan apa sahaja jenis seluar bersama dengan dress namun, jika anda seorang yang genit dan rendah, sila gayakan seluar yang sedikit ketat bersama pilihan dress yang berpotongan pendek supaya anda nampak sedikit lampai.

Sumber: Pinterest

Sumber: Pinterest

Sumber: Pinterest

Tonton Video Cara Menggayakan Seluar Dengan Dress

Selamat mencuba!

The post Dari Gaya Jalanan London Fashion Week, Bila Jeans + Dress Jadi Trend Fesyen Semasa appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336