Alangkah sensasinya koleksi rekaan terbaharu adidas Originals bersama pereka fesyen kegemaran ramai yang terkenal dengan gaya unik lagi eksentrik, siapa lagi kalau bukan Alexander Wang.

Foto -Arkib Wanista
Menggabungkan elemen fesyen yang disunting dari gaya jalanan termahsyur, adidas Originals by Alexander Wang ini adalah koleksi unisex yang boleh digayakan kedua-dua jantina secara menyeluruh. Dari helaian pakaian seperti jaket hinggalah kepada kasut, ia melambangkan simbol abadi adidas Originals yang sentiasa komited untuk cuba menampilkan konsistensi dalam memenuhi impian semua.

Foto -Arkib Wanista
Selain penerapan logo ikonik adidas Originals yang mencerminkan keperibadian mutu jenama tersohor ini,perincian tiga jalur juga masih diguna pakai bagi memperlihatkan sifat keaslian yang menjadi sisi pandangan utama.

Foto -Arkib Wansita
Amat sesuai untuk digayakan secara selesa untuk gaya sehari-hari, koleksi adidas Originals by Alexander Wang bakal menyerlahkan aura keperibadian individu yang gemarkan suatu kelainan.

Foto -Arkib Wanista
Koleksi ini akan mula dilancarkan secara global mulai 1 hingga 15 April akan datang. Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.adidas.com/my/alexander_wang]
The post Adidas Originals Lancar Rekaan Kolaborasi Dengan Pereka Fesyen Alexander Wang appeared first on Wanista.com.