Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

UNIQLO Perkenal Koleksi Musim Luruh/Sejuk Yang Berciri Evolusi Fesyen Di Paris

$
0
0
Foto -Arkib Wanista

Rumah fesyen terkemuka yang sering tampil dengan rangkaian pakaian musim sejuk serta helaian kasual menarik, UNIQLO baru sahaja melancarkan koleksi musim Luruh/Sejuk 2016 yang digelar INES DE LA FRESSANGE. Kesemua helaian dalam koleksi ini berciri “Parisian” bergaya, mendapat sentuhan dari ikon fesyen Inès de La Fressange yang akan mula dipasarkan pada 9 Sepetember ini di UNIQLO cawangan Fahrenheit88, Kuala Lumpur.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Mengetengahkan sifat elegen klasik untuk menterjemahkan gaya sofistikated, ianya juga diserikan dengan reka bentuk yang ringkas namun masih mampu memaparkan aura unik sambil berpandukan kegemilangan era 70an yang disisip pula dengan campuran cita rasa serta budaya rock waktu itu.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Bertemakan “Paris at the Height of 1960’s Fashion”, setiap helaian yang terdiri dari baju panas berkait, seluar berpotongan flare serta skirt mini yang diperbuat dari material khakis, semuanya melambangkan item fesyen yang pernah menjadi kegilaan warga fashionista yang menyertai evolusi fesyen kota Paris.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Seterusnya, gaya yang penuh nostalgia ini dibangkitkan kembali dalam 3 koleksi menarik yang bertepatan dengan perubahan fesyen di Paris menerusi  La Femme RIVE DROITE, La Femme RIVE GAUCHE dan La Femme 70’s / A 70’s.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Untuk mengikuti perkembangan koleksi musim Luruh/Sejuk 2016 INES DE LA FRESSANGE, sila lawat laman Facebook UNIQLO Malaysia di www.facebook.com/uniqlo.my


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336