Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Tips Fesyen 101! Ikuti Panduan Bergaya Seperti Yuna Zarai

$
0
0
555

Dua hari lepas, Yuna membuka peluang kepada peminatnya untuk mengintai isi majalah fesyen Instyle edisi Amerika Syarikat yang memuatkan imej-imej beliau menyarung helaian ciptaan pereka termahsyur melalui rakaman video yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, yunamusic.

Tidak hanya berjaya meletakkan diri di hati masyarakat tanah air, Yuna juga mendapat perhatian daripada ribuan peminatnya dari seluruh dunia yang terpikat dengan konsep pemakaian serta gaya fesyen yang dibawanya selari dengan alunan rentak menarik yang cuba diketengahkannya dalam arena muzik antarabangsa.

Foto -Vogue.com
Foto -Vogue.com

Yuna boleh dikatakan sangat unik kerana membawa jiwanya yang tersendiri kala berfesyen. Cita rasanya lain daripada lain dan mungkin itu adalah sebab kenapa orang cepat mengenalinya.

Jika anda kepingin untuk bergaya sakan ikut cara Yuna, jom Wanista ajarkan bagaimana.

#1 Turban

Yuna adalah antara individu terawal yang mencipta evolusi trend hijabista di Malaysia. Gaya turban ini memang cocok dengan dirinya.

White turtlenecks for days.

A photo posted by Yuna (@yunamusic) on

Tidak kira selendang jenis apa yang anda gunakan, sila pastikan ikatan atau lilitannya kukuh dan ditambah dengan pin yang disemat ke setiap penghujung selendang agar ia sentiasa tampak kemas dan tidak mudah terbuka. Cuba cari video tutorial di YouTube untuk belajar teknik-teknik memakai turban dengan rapi.

 

#2 Aksesori Rantai Setiap Masa, Di Mana Jua

Rantai berperincian besar, mempunyai rekaan menonjol sering dilihat menghisai bahagian dada Yuna yang polos. Oh, adakalanya Yuna juga melilit selendang pada leher sebagai penyeri gaya yang sangat chic & trendy!

Make up for #nyfw #coachspring2016 fashion show today by @vicanderson Wearing @Coach #coachfall2015

A photo posted by Yuna (@yunamusic) on

 

#3 Teknik “Layering”

Assalamualaikum. A message to my younger fans from home (whether you're home or abroad). Please travel. Get out of your comfort zone. Go see the world. Then come home BRILLIANT. Belajar sampai tahap MAKSIMUM & belajar luar negara or bila dah kerja, save duit, pegi travel. When I see someone who's 21 years old(I'm 28) telling me to 'balik la Malaysia' so I don't forget my roots I feel very sad and worried. Because (1) he is 21 (2) he commented on a hiking photo (3) what kind of people does he surround himself with who doesn't encourage him to LEARN but encourages him to offend (telling me to be ashamed of myself)?? My goodness, is this the future of Malaysia? A buncha haters who type really fast on smartphones? NOT in my presence. I share a photo of myself (bukan pakai bikini eh.. Fully clothed eh!) climbing a hill with a beautiful view yang ALLAH SWT cipta (God created) and you tell me to come home because I'm forgetting my roots? You have to be out of your damn mind. Alhamdulillah I get to travel & meet people and I think about how lucky I am to be a Malaysian muslim & spread positive vibes to those who need it regardless of their race & religion! I'm blessed to be able to learn so much about life, God's green earth & Islam more than I did back home (I credit all my knowledge on Islam to my wonderful parents who encouraged me to THINK and then PRACTICE) I learn how to appreciate differences that GOD Himself created and that enabled me to have friends from ALL walks of life. So this is going to be the last time I'm writing this kind of post. If you're reading this and you think I'm 'lost' I feel very sorry for you & your arrogance & ignorance. If you want to stay narrow minded, Yuna Zarai is not for you. Saya tak suka orang yang tak reti reti nak appreciate orang negara sendiri and tak abis abis rasa mcm dia hamba paling hebat dan perfect dalam dunia. Sudah lah tu nak condemn orang atas nama agama. We need positive vibes now, more than ever. Kita semua SAMA tak ada hamba class A, class B, class C.. All on our journey to becoming a great person. Ucap je lah benda yang baik baik saja sesama sendiri. Cmon guys, we are better than this. #generationsmart 🇲🇾

A photo posted by Yuna (@yunamusic) on

Mungkin ada orang akan rimas apabila perlu memakai berlapis-lapis pakaian di badan. Namun, tidak bagi Yuna. Lebih banyak helaian pakaian yang anda pakai, lebih cantiklah anda! Tahu?

 

#4 Kasut Tumit Rendah

Seperti yang kita semua tahu, asalnya Yuna ini adalah seorang gadis yang berjiwa kental. Susah sekali untuk melihat Yuna memakai stiletto mahupun wedges

Untuk gaya kasual, Yuna mungkin merasakan dirinya lebih mudah bergerak apabila mengatur langkah dengan kasut tumit rendah seperti boots mahupun sneakers.

 

#5 Turtle Neck

Kita sudah sedia maklum bahawa Yuna ini berturban, jadi haruslah dia memakai pakaian dalam yang bisa menutupi leher seperti baju “turtle neck” ini agar bertepatan dengan gaya fesyen muslimah yang sopan.

 

#6 Anting-Anting Gelung

Jika anda mengikuti perkembangan Yuna melalui akaun Instagram miliknya, anda pasti sedar bahawa Yuna gemar menggayakan anting-anting gelung (hoops earrings) sebagai aksesori harian, terutama sekali yang berwarna perak ini.

 

#7 Kardigan Labuh

2 years ago today I was performing at the Istana Budaya stage together with my friends @pa_anoid @adilondrums @shafiqvai @chikqadam @efryarwis and ofcourse, i had the opportunity to fly in my guitar hero @michaeleinziger to perform with us. We performed for 3 nights back to back and itå was truly an amazing experience for me and my friends, if you went to the concert thank you so much, it meant the world to me. I really miss this a lot! A lot of great memories (I can't believe its already been 2 years) but you can purchase the Yuna Live in Istana Budaya DVD at your nearest music store.. you'll get footage of me preparing and performing my music with the National Symphony Orchestra, and get to know the people who made this happen. Thank you all for your support, for being a part of this musical journey of mine and lets make more wonderful musical memories together. #yunaistanabudaya

A photo posted by Yuna (@yunamusic) on

Seperti hijabista yang lain, Yuna juga mempunyai minat yang mendalam terhadap helaian kardigan labuh.

Selain jaket, kardigan labuh yang berasaskan material ringan seperti chiffon sering digayakan Yuna… mungkin kerana ianya tampak “simple yet exclusive”!

 

#8 Sulaman Manik

Learn to accept a person for their soul. Here's me in my favourite outfit. The outfit that resembles my character and identity the best. I came a long way from my teenage days of wearing mini skirts, shorts, sleeveless having pink hair, short pixie cut, to finally, an image that Alhamdulillah, I am 100% happy with. When you want to leave a comment about someones dressing. Think. What journey this person had gone on. Yes, tak semua sama tapi the one that I was on, I bersyukur i turn out to be the person that I am today because if not, I would still be lost and confused and out there still figuring out who I really am. So if you want to judge or compare or say you like the old me, or you like me in a certain style and this style is horrible to you, you have no idea what youre saying. Because you do not know me. You do not know where I have been. This is who I am today, inshaAllah tomorrow I will be better, I never stop trying to be better. I am just a normal person like you. I dress up. I pray just like you. I live a life obeying (sometimes breaking) the rules just like you and I am not perfect just like you. And i dont pretend to be perfect. But I am respectful. And please be respectful and mindful when you leave comments without hurting my feelings. (Ps: Are we really still talking about shawl or turban? Come on people. We all have better things to do! I wear both! Deal with it!) Photo by : @zeldashatif

A photo posted by Yuna (@yunamusic) on

Kala menghadirkan diri ke acara-acara glamor, Yuna lebih berkeyakinan untuk menggayakan helaian yang bersulam manik sarat!

It's okay love, love will come your way, If it's real, then it will.

A photo posted by Yuna (@yunamusic) on

 

#9 Jumpsuit

Untuk si tinggi lampai, anda memang cantik jika memakai helaian jumpsuit! Cubalah!

Jika anda rendah sekali pun, anda boleh turut mencuba kerana secara tidak langsung, potongan pada jumpsuit ini akan menampakkan ilusi tubuh lebih langsing serta kaki yang panjang meruncing.

 

#10 Fokus Pada Bibir!

Yuna adalah antara selebriti yang jarang tampil dengan solekan tebal. Dirinya lebih selesa untuk berserdahana. Yuna hanya akan memfokuskan solekan pada bibirnya menggunakan gincu rona terang.

Merah, Merah Jambu dan Plum adalah warna gincu yang sering menghiasi air muka klasiknya!

 

#11 Say Yes To Denim!

Winners have patience for the best things in life.

A photo posted by Yuna (@yunamusic) on

Denim adalah fabrik @ helaian fesyen yang tidak pernah dianggap ketinggalan zaman. Bahkan, meskipun gayanya tampak ringkas, sesiapa sahaja yang memakainya akan kelihatan stailo serta-merta apabila kena pada gaya! Ya, seperti Yuna lah!

 

#12 Cintakan Corak & Warna Terang

Jika anda mahu menjadi seperti Yuna, anda perlu bijak memanfaatkan kesinambungan corak serta warna-warna menonjol ke dalam pemakaian seharian! Jangan jemu untuk mencuba sesuatu yang eksentrik okay?

 

#13 Kaktus Kecintaan Hati Yuna?

Yuna memang suka Kaktus! Cukup hispster tak? Kalau anda minat benar dengan Yuna, anda bolehlah menanam Kaktus sebagai tumbuhan renek di dalam rumah. Tak susah mana pun untuk menjaga Kaktus jika hendak dibandingkan dengan tumbuhan berbunga yang lain.

Taking a sip of this beautiful @tinyforestsj!!🍃🌾🌹🍀🍷

A photo posted by Yuna (@yunamusic) on

 

#14 Fotografi Silhouette

A photo posted by Yuna (@yunamusic) on

Jika anda sukakan fotogrofi, anda pasti kenal dengan teknik rakaman “silhouette”. Seperti Yuna, abadikan kenangan anda kala pergi berlibur dalam foto-foto silhouette sebegini. Pasti menarik!

Pastikan latar foto lebih terang berbanding objek untuk hasil imej yang gelap seperti ini.

Selamat menjadi seperti Yuna semuanya!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Latest Images

Trending Articles