Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

10 Busana Paling Mahal Digayakan Kate Middleton Sepanjang Tahun 2016

$
0
0
Sumber: Elle

Seperti mendiang ibu mertuanya iaitu Puteri Diana, Kate Middleton juga adalah ikon fesyen yang sering menjadi titik tumpuan lensa kamera dan para pengamal media kala berada di majlis keramaian mahupun berdepan dengan khalayak umum. Pemilihan fesyennya amat bertepatan dengan cita rasa seorang Puteri.

Sumber: Refinery29
Sumber: Refinery29

Dalam pada memakai reka bentuk pakaian yang sopan, dirinya masih bisa mempamerkan aura seksi yang anggun sekaligus bergaya.

Sebagai isteri kepada pewaris diraja Britain, Kate Middleton boleh dikatakan berjaya membawa karakter sebagai seorang wanita berkelas yang menjadi pujaan ramai gadis dan wanita seantero dunia. Dari hujung rambut sehingga hujung kaki, semuanya menjadi perhatian.

Ayuh imbau kembali, antara 10 pakaian paling mahal yang pernah digayakan Kate Middleton sepanjang tahun 2016. Untuk pengetahuan anda, British Pound adalah 5 hingga 6 kali ganda dari Ringgit Malaysia.

#1 Baju & Skirt Labuh Sedondon Temperley London: £2,990 / RM16,515

Dress dengan perincian fabrik organza serta cetakan kerawang hitam ini adalah sangat elegen. Kate menggayakannya dengan yakin tanpa sebarang aksesori sarat menyerlahkan lagi keanggunan rekaan pakaian tersebut.

Sumber: NBCNews
Sumber: NBCNews

#2 Dress Biru Jenny Packham: £4,050 / RM22,370

Biru tona navy blue atau electric blue ini mungkin merupakan salah satu kegemaran Puteri Kate. Boleh dikatakan Kate banyak dilihat berjalan megah di acara-acara keramaian santai dan rasmi dengan menyarungkan dress atau gaun warna biru seperti dress formal rekaan pereka fesyen tersohor Britain ini.

2
Sumber: Getty

#3 Gaun Biru Jenny Packham: £3,500 / RM19,332

Sekali lagi dilihat menggayakan busana warna biru, gaun labuh yang diperbuat dari fabrikasi bersulam manik sarat ini digayakan saat membuat lawatan di India. Elemen sari dapat dilihat melalui perincian sulaman benang dan manik labuci. Helaian mewah ini juga merupakan ilham si pereka Jenny Packham. 

3
Sumber: Getty

#4 Dress Renda Dolce & Gabbana: £3,250 / RM17,951

Dolce & Gabbana tidak pernah lari dari menghasilkan rekaan yang penuh dengan sifat feminin. Khas buat si puteri, dress midi renda penuh warna putih ini kelihatan lebih menawan apabila dipadankan bersama perhiasan kepala yang digelar “fascinator”. 

4
Sumber: Getty

#5 Kot Krim Catherine Walker: £3,240 / RM17,896

Ringkas namun masih tetap mampu pancarkan aura sang puteri yang sopan melalui pemilihan dress polos potongan A rekaan Catherine Walker. Brooch disemat kemas pada bahagian dada berdekatan bahu sebelah kanan sebagai aksesori menemani gaya minimalis.

6
Sumber: Getty

#6 Dress Kot Biru Catherine Walker: £3,200 / RM17,675

Formal namun kemasan renda menjalar pada penjuru dress kot memadai untuk tonjolkan gaya manis ala mediang ibu mertuanya, Puteri Diana.

7
Sumber: Getty

#7 Kot Hijau Catherine Walker: £3,000 / RM16,570

Salah satu kegemaran penulis, sekali pandang terus jatuh hati dengan warna hijau daun pisangnya. Tali pinggang senada diikat kemas keliling pinggang bagi menyerlahkan bentuk tubuh menawan si puteri. Tampak modest apabila garisan leher dibiar tinggi menutupi dada si pemakai yang berleher jinjang. Cantik!

8
Sumber: Getty

#8 Gaun Rona Krim Jenny Packham: £3,000 / RM16,570

Dress glamor tanpa lengan ini walau bagaimanapun masih kelihatan sopan. Sekali lagi rekaan Jenny Packham dipilih saat menghadiri majlis gala untuk menunjukan sokongan kepada East Anglia’s Children’s Hospices.

9
Sumber: Getty

#9 Dress Renda Sophie Hallette: £3,000 / RM16,570

Kemas, dress ketat berenda paras lutut ini persis gaya dress klasik ilham gaya gadis era 40an.

10
Sumber: Getty

#10 Gaun Pendek Merah & Putih Alexander McQueen Broderie Anglaise (Telah diubahsuai dari Koleksi Resort 2017: £4,130 / RM22,812)

Cetakan tidak semestinya suka untuk digayakan. Seperti Kate sendiri, dia masih kelihatan anggun meskipun memakai gaun yang sarat dengan corak. Sinergi rona merah dan putih amat bertepatan membuatkan gaya gemalai si tuan puteri sangat unik. Rekan bentuk skirt kembang berlisu itu seolah menstabilkan bentuk badan Kate yang agak kurus.

1
Dress Alexander McQueen yang digayakan kate telah diubah suai pada bahagian lengan menjadi lengan panjang berpanel. Sumber: Getty
Sumber: Vogue.com
Dress Alexander McQueen sebenar dari koleksi Resort 2017 mempunyai lengan gelembung dengan kemasan hem ala “scallop”. Sumber: Vogue.com

BONUS

Jaket merah dari ZARA yang dipakai Kate ini pernah menjadi sensasi kerana ia mungkin antara pakaian paling murah miliknya iaitu sekitar £49.99. Psst! Murah pun masih nampak cantik!

Sumber: Daily Mail UK
Sumber: Daily Mail UK

Jadi, apa agaknya busana menarik yang akan digayakan Kate tahun ni? Tungguuuuu~

SUMBER 1 & 2


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336