
Turban? Tidak ramai yang berani mengayakannya, kecuali para selebriti yang mencipta identiti sendiri dengan turban seperti penyanyi antarabangsa Yuna dan aktres Hollywood Lupita Nyong’O. Turban juga dipakai oleh kaum lelaki kebanyakannya bagi penganut agama Sikh memanggil turban sebagai Dasakh dan jika diamati turban juga sama seperti serban dipakai lelaki Muslim.
Pemakaian Turban hanya menutup pada bahagian atas kepala (rambut). Terdapat pelbagai jenis ikatan dan bentuk turban bersesuaian dengan konsep. Kini, turban dipakai, digayakan serta menjadi salah satu aksesori pilihan karpet merah, pertunjukkan fesyen dan aktiviti harian.

Buat anda yang masih bingung dalam melilit bentuk turban dan kurang yakin bila dan dimana untuk gayakan. Anda boleh berjinak-jinak gayakan turban semasa:-
- Di gim atau bersukan
- Acara kasual atau majlis malam
- Aktiviti riadah bersama teman-teman
Wanista sediakan seleksi tutorial ringkas dari si cantik Zainab Saparova yang berasal dari Russia. Beliau rajin berkongsi kaedah melilit turban dan hasil solekan dari air tangan beliau. Turban yang beliau gayakan sesuai untuk pemakaian harian, kemas dan menyerlah sisi anggun si pemakai. Menariknya lagi, Zainab langsung tidak menyemat sebarang pin. Tak percaya? Mari lihat tutorial dibawah:-
Basic Turban

Basic Tail Turban

5 TUTORIAL TUDUNG BAWAL SATIN DISINI!
Double Strip Turban

Double Tail Turban

JUGA 7 TUTORIAL HIJAB UNTUK BEGINNERS KLIK SINI
Basic Knot Turban

Wanista kongsi 5 top lilitan turban dari Zainab tanpa menggunakan jarum atau kerongsang. Mudah bukan? Lihat lah video ini, Zainab kelihatan santai mengenakan turban di gim. Jadi? Nak takut apa lagi, wrap ur scarf now!