Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all 336 articles
Browse latest View live

Bila Karl Lagerfeld Bertemu PUMA, Inilah Jadinya…

$
0
0

Jarang sekali kita lihat jenama haute couture digabungkan dengan jenama pakaian sukan. Namun, PUMA berani tampil kelainan apabila menyunting Karl Lagerfeld yang merupakan pengarahkreatif bagi Chanel untuk menghasilkan koleksi kolaborasi istimewa buat sang pencinta fesyen dalam kalangan lelaki dan juga wanita.

Foto -Arkib Wanista

Tahun ini merupakan tahun yang ke-50 sejak sepatu sneakers PUMA “Suede 50” dilancarkan dan bagi menyambut kejayaan ulung itu, PUMA nekad menghasilkan edisi PUMA Suede 50 yang lebih astetik sambil ditemani sentuhan ikon fesyen, Karl Lagerfeld.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Tidak cukup dengan itu, helaian pakaian seperti jumpsuit, jaket, baju-T berlogo, hoodie dan banyak lagi turut diketengahkan dalam koleksi KARL LAGERFELD x PUMA.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Untuk aksesori pula, beg sandang, beg silang serta topi jenis baseball cap turut disertakan bagi memberi lebih banyak pilihan buat para pengguna yang gemar bergaya sakan.

Foto -Arkib Wanista

Kesemua koleksi ini akan mula dipasarkan secara global bermula 19 Oktober nanti pada harga serendah RM170 hingga RM670 setiap satu, koleksi KARL LAGERFELD x PUMA boleh didapatkan di gedung eksklusif PUMA cawangan KLCC, Sunway Pyramid dan Crossover (***bagi koleksi sepatu sahaja).

The post Bila Karl Lagerfeld Bertemu PUMA, Inilah Jadinya… appeared first on Wanista.com.


Luahkan Isi Hati Dengan Koleksi Kapsul MONKI Yang Lucu Ni

$
0
0

Pedihnya menangung sakit hati lebih-lebih lagi apabila harus memendam sendiri. Ternyata, menyimpan perasaan negatif dalam diri bisa lama-kelamaan menjadi racun yang kemudian mempengaruhi kesihatan mental diri.

Usah lagi memendam perasaan kerana baru-baru ini MONKI selaku jenama fesyen eksentri untuk wanita ini ada menawarkan cara bagaimana kamu bisa menekspresikan diri menerusi penggayaan fesyen yang unik.

Melancarkan koleksi kapsul untuk musim luruh, MONKI saban tahun sentiasa komited untuk menanam kesedaran masyarakat berkenaan isu-isu semasa yang berlaku baik dalam kalangan wanita mahupun anak remaja masa kini.

Tonton Pengenalan Kempen “All the Feels” Yang Menyaksikan Model Menggayakan Koleksi Kapsul Monki Musim Luruh 2018

Memilih “All the Feels” sebagai tema kempen musim ini, MONKI mengajak anak gadis sejagat untuk meluahkan isi hati dan pandangan peribadi tentang efek media sosial.

Sheubungan dengan itu, MONKI turut menghasilkan beberapa helaian fesyen berbentuk baju panas hoodie, topi jenis bucket hat serta selendang mafla yang bisa digayakan gadis sensual untuk menonjolkan diri dan perasaan mereka dengan cara yang paling kreatif tanpa perlu bersuara.

Topi jenis bucket hat yang dibuat menggunakan fabrik korduroi.

Bukan itu sahaja, apa yang menjadikan koleksi kapsul kali ini lebih menarik adalah apabila setiap satu helaian dilengkapi perincian pita velcro di mana, pemakai bisa menukar ganti label yang tertulis “Good Day”, “Bad Day”, “Extrovert”, “Introvert”, “Warrior” dan “Worrier” bagi menggambarkan perasaan mereka secara tulus.

Untuk keterangan lanjut, sila klik [monki.com]. Boleh dapatkan koleksi kapsul “All the Feels” di semua cawnagan MONKI seluruh Malaysia. 

The post Luahkan Isi Hati Dengan Koleksi Kapsul MONKI Yang Lucu Ni appeared first on Wanista.com.

Trend Terhangat 2018! Lihat Fesyen Suit Mana Jadi Pilihan Ramai Selebriti Wanita

$
0
0

Kata orang, “Tiada lelaki yang boleh memakai pakaian wanita namun wanita boleh memakai pakaian lelaki”.

Apabila berbicara soal fesyen umumnya, rata-rata wanita sebenarnya lebih gemar menggayakan seleksi helaian bergermalapan yang memiliki potongan feminin. Namun, tahukah kamu seorang wanita sebenarnya bisa kelihatan lebih seksi dan sensual andai dia memakai helaian pakaian lelaki seperti padanan suit?

Melihatkan tahun 2018 yang hampir melabuhkan tirai, jom kita imbas kembali 8 selebriti wanita paling gah pernah menggayakan persalinan suit sepanjang tahun ini!

#1 Jane Fonda 

Biarpun usianya sudah menjangkau 80 tahun, Jane masih anggun dengan padanan suit merah terang, digayakan pula dengan pakaian bahagian dalam rona fuchsia memikat! Nampak lebih kemas dan moden bila dililit bahagian pinggang dengan tali pinggang senada.

Foto -VALERIE MACON/AFP/Getty Images

#2 Cate Blanchett

Sarat dengan glitter dan sulaman manik, Cate masih kelihatan ayu dan berserdehana dalam pemilihan aksesori dengan hanya menggayakan sebelah anting-anting sahaja untuk menyeimbangkan penggayaan fesyen suit ini… Bijak!

Foto -Angela WEISSANGELA WEISS/AFP/Getty Images

#3 Kendall Jenner

The most sexy girl in town!

Foto -Dimitrios Kambouris/Getty Images

#4 Laura Harrier

Blazer rona lain, seluar rona lain… Tiada masalah bagi Laura untuk tampil unik biar dengan padanan suit tidak senada. Maintain cantik!

Foto -Jared Siskin/Getty Images

#5 Madeline Brewer

Suit dengan padanan kemeja berpotongan crop-top? Why not!

Foto -Rachel Murray/Getty Images untuk Hulu

#6 Judith Light

Masih mengekalkan momentum yang berjiwa wanita. Untuk meleraikan kebosanan fabrik polos, Judith memilih persalianan suit yang dihiasi cetakan bunga penuh -kelihatannya seperti dibuat menggunakan material tenunan sutera (brocade) rona hijau nilam.

Foto -Phillip Faraone/Getty Images

#7 Ciara

Kunci kelainan persalinan suit dipakai Ciara ini adalah tertumpu kepada fabrikasinya yang berasaskan denim. Cantik sangat!

Foto -Dimitrios Kambouris/Getty Images untuk Tom Ford

#8 Naomie Harris

Meski kulitnya agak gelap, Noamie berani tampil menonjol dengan persalinan suit berona kuning terang!

Foto -David M. Benett/Dave Benett/Getty Images untuk Marriott International

PILIHAN WANISTA!

Emma Stone

Sesungguhnya, tiada sesiapa dapat menandingi Emma Stone kala menggayakan persalinan Suit. Kalau kamu perasan, Emma Stone adalah antara bintang popular wanita yang rajin benar menggayakan pakaian lelaki -berasaskan seluar dan kot ini. Tak percaya boleh Google.

Foto -Pascal Le Segretain/Getty Images

Mungkin kalau kamu sukakan kelainan, bolehlah tiru gaya-gaya artis ini menggayakan padanan suit! Nampak classy sangat! ❤

RUJUKAN 1, 2, 3

The post Trend Terhangat 2018! Lihat Fesyen Suit Mana Jadi Pilihan Ramai Selebriti Wanita appeared first on Wanista.com.

Butik Konsep Baru ELLE Di Mid Valley Meriah Dengan Hiasan Dalaman Eksklusif

$
0
0

ELLE Malaysia akhirnya melancarkan butik baharu di Mid Valley Megamall!

Sejak diambil alih oleh TDST Sdn Bhd, label ELLE Ladies Apparel and Active sekitar May lalu, Syarikat itu sehingga kini telah mengubah suai lebih 4 buah butik ELLE dalam tempoh 6 bulan termasuklah cawangannya yang di Mid Valley.

Foto -Arkib WanistaUntuk pengetahuan semua, ELLE menjelaskan yang mereka begitu komited untuk memenuhi permintaan wanista Malaysia hari ini, sekaligus masih mengekalkan elemen minimalis pada setiap helaian rekaannya untuk menonjolkan jiwa kewanitaan Perancis ala Parisian.

Sumber: midvalley.com.my

Tidak cukup dengan itu, sehubngan dengan pelancaran dan pembukaan butik ELLE baharu di Mid Valley, koleksi edisi terhad yang direka khas oleh Tamara, Editor Fesyen Majalah ELLE Perancis dipanggil Tapis Rouge turut diperkenalkan. Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/ELLEBoutiqueMY].

Foto -Arkib Wanista

Alamat Butik ELLE Mid Valley Megamall: Aras 2, F-044 – 045B, Mid Valley Megamall.

The post Butik Konsep Baru ELLE Di Mid Valley Meriah Dengan Hiasan Dalaman Eksklusif appeared first on Wanista.com.

Cerita Di Sebalik Gaun Kahwin Priyanka Chopra Jadikannya Pengantin Paling Bertuah!

$
0
0

Nampaknya, kehangatan resepsi perkahwinan selebriti Priyanka Chopra dengan Nick Jonas menjadi topik perbualan netizen sejak dua tiga hari ini.

BACA: Bagaikan Diraja, Priyanka Chopra Dan Nick Jonas Bakal Kahwin Di Istana

Selepas melangsungkan resepsi berkonsepkan Hindu buat keluarga sebelah Priyanka, semalam, majlis sambutan buat kedua mempelai itu diteruskan pula dengan resepsi Kristian untuk turut menghormati agama yang dianuti suaminya.

Sumber: Youtube/PeopleTV

Dengar kata, perkahwinan Priyanka Chopra dan Nick Jonas itu boleh dikira sebagai “Wedding of the Year” kerana disambut empat hari berturut-turut dalam suasana dan dekorasi serba mewah!

Tonton Momen Indah Priyanka Chopra Bersama Nick Jonas

Salah satu perkara yang menarik perhatian Wanista adalah persalinan gaun putih yang digayakan Priyanka sewaktu resepsi perkahwinan Kristian.

Serba Ringkas Tapi Cantik

Apa yang kamu tidak tahu, gaun perkahwinan yang mendapat sentuhan Ralph Lauren ini khabarnya memerlukan tempoh waktu selama 1,826 jam untuk disiapkan dengan sempurna.

Sumber: Youtube/PeopleTV
Sumber: Youtube/PeopleTV

Untuk lebih keterujaan di hari bahagiannya, Priyanka bijak memadankan gaun putih minimalis yang diperbuat daripada material renda bersulam butiran mutiara asli itu dengan helaian layah senada berukuran 75 kaki panjang! Untuk pengetahuan semua lagi, ia memerlukan lima orang pembantu untuk merapikan dan membawa layah tersebut tau…

Sumber: thenational.ae

Jelas Priyanka, proses pemilihan rekaan gaun perkahwinan idamannya bukanlah mudah namun apabila Ralph Lauren menawarkan khidmat untuk membuatkan gaun kahwin untuknya, dia tidak bisa menolak kerana menurut Ralph sendiri, ini (gaun kahwin milik Priyanka) adalah gaun perkahwinan keempat rekaan mereka dalam tempoh 50 tahun.

“For the Western wedding, we had been talking to a bunch of incredible designers, but ultimately when Ralph Lauren approached us, I learned that Ralph has only designed three wedding dresses in 50 years — one for his daughter, his daughter-in-law, and his niece,” Priyanka states, adding, “I was blown away.”

Selama ini, Ralph Lauren cuma pernah menghasilkan tiga busana gaun perkahwinan iaitu untuk anak perempuannya, untuk menantu perempuannya dan satu lagi adalah untuk anak buah perempuannya. Ini sekaligus menjadikan Priyanka Chopra sebagai wanita bukan keluarga pertama yang merasa untuk menyarung gaun perkahwinan istimewa rekaan Ralph Lauren.

Lakaran gaun perkahwinan Priyanka Chopra oleh Ralph Lauren. Foto -Ralph Lauren

Terdahulu, nama Priyanka Chopra pernah menjadi bahan netizen apabila beliau hadir ke acara Met Gala sekitar Mei 2017 sambil menggayakan trench coat unik -juga merupakan karya ilham Ralph Lauren. 

Met Gala 2017: Pertama kali Priyanka Chopra dilihat bersama Nick Jonas. Sumber: Pinterest

Saat menghadiri Met Gala 2017 itu jugalah adalah kali pertama Priyanka Chopra, 36, dilihat bergandingan dengan Nick Jonas, 26.

Kalau dah jodoh… ❤

RUJUKAN 1,

The post Cerita Di Sebalik Gaun Kahwin Priyanka Chopra Jadikannya Pengantin Paling Bertuah! appeared first on Wanista.com.

Gedung Pakaian LOL Tawar Pelanggan Cetak Baju-T Sendiri Di Stesen Cozmic Lab

$
0
0

Pada harga serendah RM49, pelanggan yang gemar berjimat kini boleh memiliki sehelai Baju-T bercetak cantik, sesuai untuk semua golongan dari kanak-kanak hingga dewasa, untuk lelaki dan juga wanita.

Khas buat mereka yang gemarkan gaya ringkas bersahaja, butik yang dibangunkan dengan nama LOL oleh anak jati Malaysia itu kini semakin membangun bahkan tampil memperkenalkan teknologi mesin pencetak hebat dipanggil Cozmic Lab -berupaya menawarkan servis pencetakan baju-T yang ambil masa tidak sampai 10 minit untuk siap!

Foto -Arkib Wanista

Pelanggan cuma perlu memilih saiz serta rekaan corak yang dikehendaki, dengan hanya menekan butang hijau pada mesin pencetakkan khas, Baju-T yang ditempah pelanggan tadi akan siap dalam masa singkat membuatkan

Foto -Arkib Wanista

LOL adalah satu-satunya gedung pakaian yang menyediakan stesen percetakan segera terunggul di Malaysia.

Buat masa ini, lebih 200 corak berdasarkan tema-tema kolaborasi tertentu ditawarkan LOL termasuklah Doraemon, Peanuts and NASA, Sega’s Sonic dan banyak lagi.

Foto -Arkib Wanista

Menurut Joey Ching Yan Kit yang merupakan Ketua Pengawai Eksekutif LOL yang bernaung di bawah Super Gem Resources Sdn. Bhd, dakwat yang digunakan untuk mencetak helaian Baju-T adalah sejenis dakwat berasaskan air, justeru ianya sangat selamat untuk digunakan, malahan mesin percetakan yang dimanfaatkan untuk kegunaan Cozmic Lab juga adalah diiktiraf dari siri OEKO-TEX 100.

Foto -Arkib Wanista

Buat masa ini, stesen percetakan pakaian Cozmic Lab cuma ditawarkan di gedung pakaian LOL cawangan IOI City Mall, Putrajaya dan bakal dilancarkan di lebih empat buah lagi cawangan LOL sekitar Malaysia termasuklah di Sunway Pyramid, Sunway Velocity, Berjaya Times Square dan di Paradigm Mall Johor Bahru.

Untuk saiz kanak-kanak adalah dari usia 3 hingga 12 tahun manakala saiz Baju-T dewasa adalah dari saiz S hingga XL. Sila klik [lolmalaysia.com] untuk keterangan lanjut.

The post Gedung Pakaian LOL Tawar Pelanggan Cetak Baju-T Sendiri Di Stesen Cozmic Lab appeared first on Wanista.com.

Warnai Gaya Kamu Dengan Koleksi PUMA X Bradley Theodore

$
0
0

Akan mula dipasarkan sekitar Januari ini, kelasnya bila dapat berpakaian serba mewah dengan warna-warni edisi terhad dari koleksi PUMA x Bradley Theodore ni!

Menghimpunkan 23 helaian dan item fesyen unik, setiap satunya dihiasi cetakan berseni hasil karya pelukis jalanan kreatif Bradley Theodore.

Foto -Arkib Wanista

Apa yang lebih mengujakan, efek cetakan pada setiap item fesyen kolaborasi PUMA x Bradley Theodore ini dihasilkan secara realistik umpama dicat menggunakan teknik semburan bermotif tengkorak, bentuk hati dan pelbagai lagi simbol eksentrik untuk melengkapi jiwa si pemakai yang pastinya berseni.

Unik berwarna-warni dengan koleksi PUMA x Bradley Theodore dari hujung rambut hingga hujung kaki. Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Selain itu, boleh kata rata-rata helaian fesyen PUMA x Bradley Theodore ini adalah universal kerana boleh digayakan baik lelaki mahupun wanita. Apa yang penting, si pemakai itu tahu memadankannya dnegan aksesori bersesuaian serta perlu ada keyakinan diri yang tinggi bila bergaya sakan melebihi satu warna di badan.

Foto -Arkib Wanista

Bagi yang tetap dengan pilihan klasik, terdapat beberapa pilihan kasut yang mungkin menepati cita rasa kamu termasuklah PUMA Basket Mid Bradley Theodore, PUMA Clyde x Bradley Theodore dan PUMA Thunder x Bradley Theodore. Ada diantaranya diperbuat daripada material kulit asli bahkan turut disertakan cetakan warana-warni mewah berdasarkan 

PUMA Thunder x Bradley Theodore.
PUMA Basket Mid Bradley Theodore.
PUMA Clyde x Bradley Theodore

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/PUMAMalaysia].

Tonton Video Pengenalan Koleksi PUMA x Bradley Theodore

The post Warnai Gaya Kamu Dengan Koleksi PUMA X Bradley Theodore appeared first on Wanista.com.

Tas Fendi Baguette Diberi Nafas Baru! Ketahui Mengapa Ia Dianggap Paling Ikonik

$
0
0

Beg tangan adalah aksesori yang merupakan kemestian bagi mana-mana wanita, baik yang bergaya feminin mahupun ranggi bersahaja.

Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan wanita hari ini, saiz beg tangan sangat diutamakan bahkan ramai memilih untuk mengenakan tag yang bersaiz genit kerana lebih nampak versatile dan mudah diheret kemana-mana sebagai tempat untuk menyimpan barangan peribadi seperti telefon pintar mahupun dompet.

Foto -Arkib Wanista

Seperti Fendi Baguette, beg tangan klasik ini nampaknya kembali menjadi pujaan ramai meleihatkan jenama feysen berprestij itu tampil dengan kempen baharu memperkenalkan filem pendek #BaguetteFriendsForever selari dengan pengeluaran tas tangan Baguette yang sudah diberi nafas baharu menerusi koleksi Fendi musim Bunga/Panas 2019.

Tonton Filem Pendek #BaguetteFriendsForever oleh Fendi 

Fakta Tentang Fendi Baguette Yang Ramai Tak Tahu

#1 Dicipta Oleh Wanita Yang Tidak Feminin

Meskipun rekaan Fendi Baguette dikira sangat feminin dan ada antaranya yang dihiasi butiran permata, perincian bulu-bulu, manik serta cetakan dramatik, hakikatnya ia adalah rekaan pereka fesyen yang pada asalnya bertugas untuk menguruskan koleksi pakaian lelaki.

Bersifat maskulin dan ternyata sangat bertentangan dengan rekaan Fendi Baguette yang dihasilnya, Silvia Fendi merupakan cucu kepada Pengasas jenama Fendi iaitu Adele dan Eduardo Fendi.

Silvia Venturini Fendi nama diberi, beliau adalah cucu kepada Adele dan Eduardo Fendi yang merupakan pengasas asal jenama fesyen Fendi. Apa yang menarik, Silvia tidak pernah mendedahkan usia sebenar dirinya namun memiliki tiga orang anak dan kesemua anaknya kini sudah berusia lewat 20an dan awal 30an.

#2 Ilham Dari Roti Perancis

Menurut sumber, Silvia mendapat ilham rekaan Fendi Baguette menerusi roti jenis perancis dipanggil “Baguette” yang lazimnya akan dibawa dengan cara mengepitnya di bawah ketiak.

Sumber: Pinterest

#3 Popular Sejak 1997

Tahukah kamu, sejak Fendi Baguette diperkenal pada 1997, beg tersebut terjual lebih 100,000 unit pada tahun pertamanya dan kerana itu ia dianggap “It-Bag”.

Sumber: Pinterest

#4 Episod Sex and the City Bantu Promosi

Dalam salah satu episod drama popular Sex and The City, Sarah Jessica Parker yang membawa watak utama sebagai Carrie Brads membawa beg Fendi Baguette jenis sequin rona ungu sambil berjalan di kaki lima kota New York.

Walau bagaimanapun, suatu ketika ada seorang perompak telah meminta dia memberikan beg tangan tersebut “Gimme your bag”dan Carrie menjawab “Uh? It’s a Baguette”. Sejak itu, Fendi Baguette semakin menjadi buruan wanita fashionista ketika itu.

Boleh tonton ketiga-tiga filem pendek #BaguetteFriendsForever di Youtube rasmi Fendi dan semua akaun media sosial Fendi termasuk Facebook [DI SINI].

Jom gayakan beg tangan yang disangkut ke bahu mulai hari ini. Pasti trending! ❤

RUJUKAN 

The post Tas Fendi Baguette Diberi Nafas Baru! Ketahui Mengapa Ia Dianggap Paling Ikonik appeared first on Wanista.com.


Unik Tak Terkata Cetakan Helaian Bernard Chandran Untuk Musim Bunga!

$
0
0

Sudah popular sejak penulis masih bersekolah rendah sekitar awal tahun 2000, siapa tak mengenali pereka fesyen yang mahsyur bukan sahaja kerana rekaan pakaian eksentriknya tetapi rupa paras Dato’ Bernard Chandran juga sedikit sebanyak membuatkan ramai wanita kelu melihatnya. Mana tidaknya, beliau kan ada kacukan Cina-India.

Untuk musim bunga tahun ini nampaknya Dato’ Bernard Chandran ligat menggabungkan kepelbagaian corak cetakan ke dalam karyanya, istimewa buat wanita yang ranggi dan tidak takut menangkap perhatian khalayak.

Foto -Wanista

Dari segi potongan rekaan pula, beliau tampil klasik dengan mengetengahkan cita rasa elegen era 70an/80an seperti potongan lengan gelembung, helaian dress midi, skirt beropol, helain kemeja dan banyak lagi!

Foto -Wanista

Si pemakai pasti kelihatan lebih sensual dan feminin, campuran corak cetakan unik seperti buah-buahan, hidupan ikan serta bunga kerawang yang padat dan terdiri dari rona-rona terang dan monokrom juga pasti buat penampilan nampak galak.

Foto -Wanista

Untuk pengetahuan semua, fabrik yang banyak dimanfaatkan oleh Dato’ Bernard Chandran dalam koleksi sofitikatednya untuk musim bunga/panas kali ini adalah berasaskan sutera lembut. Untuk keterangan lanjut, sila klik [bernardchandran.com].

The post Unik Tak Terkata Cetakan Helaian Bernard Chandran Untuk Musim Bunga! appeared first on Wanista.com.

Sepuluh Kali Ganda BTS Sudah Matang Pilih Fesyen Karpet Merah

$
0
0

Sebagai sebuah kumpulan Korean Pop yang memiliki jutaan peminat dari seluruh dunia, BTS yang ditubuhkan pada 2013 ini nampaknya sudah semakin matang dalam pemilihan helaian fesyen mereka.

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian penulis, BTS adalah salah satu kumpulan Kpop lelaki yang memiliki ahli paling clean kerana rata-rata mereka mempunyai cita rasa penampilan yang ringkas -tidak sarat dengan aksesori seperti yang sering dibawakan Big Bang. Untuk itu juga secara tidak langsung mereka sebenarnya membawakan imej “Mummy’s Boy”. Patutlah ramai anak-anak gadis yang tergila-gilakan mereka ini kan?

Sumber: We Heart It

Menurut sebuah laporan juga, ahli-ahli BTS ini langsung tidak pernah memiliki sebarang tatu yang dicacah kekal ke badan. Ini menjadikan mereka antara kumpulan Kpop lelaki yang unik and yup! #CalonMenantuMakAwak. Kalau ada tatu sekalipun, itu hanya tatu sementara yang dilukis dan dilekat ke bahagian badan mereka.

Sumber: Amino Apps

Kalau ada elemen penampilan yang diubah ketara, ianya mesti warna/stail rambut atau item fesyen yang digayakan mereka. Penulis akui, penasihat gaya BTS sejak kebelakangan ini merupakan orang paling arif dalam menentukan apa yang terbaik buat setiap seorang dari mereka. Maklum sahajalah, mereka ini masih muda… baru berusia 21 hingga 26 tahun.

BACA: Jurugaya BLACKPINK Dedah Mengapa Jennie Selalu Dapat Baju Paling Cantik

Kecoh pula baru-baru ini bila ramai yang mengagumi set tuksedo yang disarung mereka sewaktu berjalan di karpet merah anugerah berprestij, Grammys! Galak sampai mendapat liputan majalah fesyen ternama Vogue Magazine tau! Untuk itu jom lihat evolusi fesyen karpet merah terbaik dan terburuk mereka dari dulu hingga kini.

“A BIG NO NO!”

#1 2013

Baru nak kenal dunia hiburan masa ni. Apa-apa pun, masih ranggi cuma mungkin kerana kombinasi warnanya yang agak “off”. Stokin bola? Buat mereka kelihatan seperti baru keluar dari padang. Ada yang kata, fesyen ini sesuai untuk mereka bersiar di muzium kesenian melihatkan ada kerawang-kerawang emas di situ. Hehe

Sumber: Pinterest

#2 Gaon Chart K-pop Awards, 2013

Kombinasi warna monokrom tu memang dah okay cuma kenapa ye ada aura yang kata fesyen mereka ini nampak kosong. Tak nampak elemen eksklusiviti di situ. Oh, tapi ada yang kata mereka ikut trend hip hop? Okay fine…

Sumber: Pinterest

#3 Golden Disk Awards, 2014

Satu je nak cakap, “Sorry to say that these resemble my mom’s kitchen curtain”. Jangan kecam ya, ni pendapat sahaja. By the way, RM menyesal ke tu? 😂

Sumber: Pinterest

#4 Asia Song Festival, 2015

Alahai, ni sambar baju last minute ke macam mana? Yang ada sorang tersesat pakai leather jacket tu dah kenapa pula… HAHA! Kesian Suga tau… 

Sumber: Asia Song Festival

#5 Gaon Chart K-Pop Awards, 2016

Nampak kemas sungguh masing-masing tapi entah kenapa penulis teringat blazer pengawas zaman sekolah dahulu. Tengok RM pun dah tau yang dia rasa terpaksa pakai suit ni HAHA!

Sumber: Pinterest

“PALING CANTIK”

#6 AMAs, 2017

Masa ni mereka sudah mencanak popular, memang seharusnya gaya mereka bertukar secara drastik! Bagi penulis, gaya kasual begini untuk dipakai atas karpet berprestij memang cool habis! Kombinasi warna dan item fesyennya sangat boom!

Sumber: Pinterest

#7 MAMA, 2018

Yang ini baru layak digelar kumpulan Kpop termahsyur! Maklumlah, orang minat Kpop bukan sebab lagu, aksi tari dan kecomelan idol semata… tetapi juga fesyen yang dibawakan setiap ahli sesebuah kumpulan tu.

Sumber: Pinterest

#8 Grammy Awards, 2019

Nampaknya ini suatu pencapaian terbaik buat BTS. Dengar kata pereka tuksedo ini iaitu JayBaek Couture jarang buat baju untuk acara-acara luar negara, tetapi beruntung sangatlah BTS mendapat sentuhan pereka fesyen popular Korea Selatan tu. 

Sumber: vogue/gettyimages

Buat julung kalinya JayBaek mencipta persalinan mewah buat selebriti tempatannya untuk diangkat hingga ke USA tau! So sleek!

Setuju tak persalinan karpet merah Grammys 2019 mereka paling meletup?! ❤

RUJUKAN 1, 2

The post Sepuluh Kali Ganda BTS Sudah Matang Pilih Fesyen Karpet Merah appeared first on Wanista.com.

Rambang Mata Tengok Koleksi Sensasi Musim Bunga H&M Studio

$
0
0

Kempennya mengambil tempat di Sedona, Arizona, yang berlatarkan kehidupan Safari, H&M Studio tampil dengan rekaan penuh ranggi bersempena sambutan musim bunga/panas 2019.

Mengetangahkan cetakan binatang seperti corak kulit Kuda Belang (Zebra), jiwa si pemakai pasti girang dengan helaian gah termasuklah skirt labuh, dress, kot, blaue beropol, baju panas bercorak penuh, jaket dan banyak lagi! Setiap satunya turut disisip dengan aura 70-an yang memberi aura retro buat yang mencari kelainan.

Tonton Video Pengenalan Koleksi Musim Bunga/Panas H&M Studio 2019

Palet rona yang diketengahkan pula begitu artisik apabila H&M Studio bijak menggabungkan rona-ronq tanah seperti perang dan monokrom manakala, ada juga helaian yang diperkenalkan menerusi koleksi ini disertai celoreng warna-warni berlandaskan limpahan merah jambu, ungu, biru dll agar kelihatan bertepatan dengan tema musim bunga yang ceria.

Blazer corak Zebra: RM469.95
Baju panad hoodie bercorak penuh: RM229.95
Dress labuh bercorak penuh: RM649.95

Tidak kurang, pelengkap gaya seperti selipar, bikini, skarf, anting-anting bentuk gading gajah serta but kitten heels juga turut ditawarkan.

Anting-anting berbentuk gading gajah: RM109.95

But “kitten heels”: RM549.95

Untuk keterangan lanjut, sila klik [hm.com/HMStudio]. Setiap satu helaian dan aksesori dari koleksi H&M Studio S/S 2019 boleh dibeli hanya di cawangan H&M Lot10 bermula Khamis ini.

The post Rambang Mata Tengok Koleksi Sensasi Musim Bunga H&M Studio appeared first on Wanista.com.

Himpunan Pertunjukan Fesyen Paling Tak Masuk Akal Menurut Wanista

$
0
0

Jika Chanel sering menjadi jenama fesyen agung yang tidak pernah jemu menghidangkan para tetamu yang hadir ke pertunjukan fesyennya dengan set runway yang unik lagi fantastic, sebenarnya banyak lagi jenama fesyen lain yang tak kurang hebatnya dalam menghiburkan penonton dengan seleksi pertunjukan fesyen tak masuk akal termasuklah sebuah pertunjukan fesyen di Arab Saudi ini yang menggantikan tempat peragawati dengan drones.

Nampak lebih sopan lah kononnya kerana tidak menjadikan wanita sebagai ‘objek’ untuk menarik perhatian?

Namun begitu, hal itu kemudian menjadi viral dalam kalangan pengguna Internet dan ramai beranggapan pertunjukan fesyen itu adalah yang paling tidak masuk akal!

Khas buat semua, ini Wanista himpunkan lagi beberapa pertunjukan fesyen paling diingati sepanjang zaman.

#1 Gucci (Fall/Winter 2018)

Unik, pelik dan ternyata mengundang mimpi ngeri. Pertunjukan fesyen Gucci yang satu ini menjadikan suasana dalam hospital sebagai konsep utama sebelum menghias model-modelnya dengan seleksi aksesori dan prop pelik termasuklah klon kepala, sarung wajah, solekan mata dajal dan banyak lagi. Boleh lihat video di bawah.

Ada yang kata kebanyakan rekaan musim Luruh/Sejuk 2018 Gucci yang dipamerkan di Milan Fashion Week ini pelik-pelik belaka kerana ia cuba menyampaikan maksud terserat. Hmm???

#2 Chanel (Fall/Winter 2019)

Terbeliak jugalah tengok pertunjukan fesyen Chanel yang ini. Memang dah selalu sangat jenama Chanel menganjurkan pertunjukan fesyen yang gah bahkan sebelum ini, pernah sakan membawakan konsep tema pertunjukan fesyen dalam pasaraya, lapangan terbang dan banyak lagi!

Tahun lalu, set pertunjukan fesyen Chanel dipenuhi salju sebenar dan para penonton semuanya umpama berada di sebuah kawasan pergunungan yang merupakan tempat peranginan mewah. Nasib baik tak ada model yang berski sewaktu berlangsungnya persembahan koleksi rekaan musim Luruh/Sejuk Chanel untuk tahun 2019/2020 tahun lalu tu kan? Hehe

#3 Louis Vuitton (Spring/Summer 2013)

Lain daripada yang lain apabila Louis Vuitton menempatkan beberapa buah eskalator dalam set pertunjukan fesyennya untuk musim Bunga/Panas 2013! Ternyata menggamit memori, pertunjukan fesyen itu dikatakan antara salah satu fashion show paling ikonik dan sering diingati sehingga kini. Tonton video untuk lihat kemegahannya.

#4 Tommy Hilfiger (Spring/Summer 2016)

Siap dilengkapi pasir pantai sebenar, kolam serta latar yang diumpamakan seperti kawasan pantai Hawaii! Tommy Hilfiger mencipta sejarah apabila jenamanya tampil dengan konsep pertunjukan fesyen yang asyik untuk menyambut kehadiran musim Bunga/Panas tahun 2016!

Tonton video di bawah untuk lihat warna-warni tepi pantai yang sangat realistik.

#5 Rick Owen (Spring/Summer 2016)

Sekali pandang memang nampak kelakar, tapi bila difikir-fikir balik, pereka fesyen Rick Owen ini memang kreatif melampau bila terdetik untuk menghasilkan karya berbentuk “beg sandang manusia” sebegini.

Atas tujuan apa beliau cuba tampilkan konsep sebegitu rupa? Tiada siapa yang tahu melainkan, selepas pertunjukan fesyen aneh itu, namanya mulai dikenali dan menjadi sebutan dalam kalangan peminat dan pengikut fesyen di seluruh dunia. Sila tonton video di bawah untuk lihat keunikannya.

#6 Moschino (Spring/Summer Fashion Show 2016)

Menarik dan sangat berwarna-warni, Moschino tampil ganjil dengan mengetengahkan kerja-kerja pembinaan jalan raya sebagai konsep pertunjukan fesyen musim Bunga/Panas 2016!

Landasan pertunjukan fesyen semuanya dipenuhi tanda-tanda amaranjalan raya manakala, model-model pula meriah dengan seleksi rekaan yang diinspirasikan daripada seragam keselamatan, warna neon kon jalan serta corak cetakan plat tanda amaran. Memang mengancam!

#7 Hussein Chalayan (Spring/Summer 2016)

Dengan kerjasama bersama Swarovski untuk menghasilkan koleksi musim Bunga/Panas 2016, Hussein Chalayan ada mengetengahkan satu konsep unik menerusi persembahan fesyennya apabila meletakan dua subjek berupa model yang dipakaikan helaian pakaian serba putih yang mungkin diperbuat daripada kertas.

Dalam pada acara pertunjukan fesyen berlansung, air dipancurkan daripada atas landasan kemudian membasahi seterusnya bertindak menanggalkan cebisan pakaian kertas tadi sebelum menampakkan helaian rekaan sebenar yang sedikit-sebanyak membuatkan penonton terpana. So cool!

#8 Ashish (Spring/Summer 2015)

Pernah melihat model bermain papan luncur di landasan fesyen? Nah, ini pereka fesyen Anish mulakan pembaharuan yang buat ramai penonton ternganga!

Dalam masa yang sama, ada pula beberapa model LGBT disertakan sekali sebagai peragawati yang memperagakan sebahagian koleksi musim Bunga/Panas 2015 rekaannya di London Fashion Week. 

Menurut korang, yang mana satu paling menarik? ❤

The post Himpunan Pertunjukan Fesyen Paling Tak Masuk Akal Menurut Wanista appeared first on Wanista.com.

H&M Keluar Koleksi Kolaborasi Dengan Siri Original Netflix “Stranger Things”

$
0
0

H&M berbesar hati untuk mengumumkan kolaborasinya bersama Netflix, tampil dengan koleksi berilhamkan terbitan Stranger Things yang bakal menyiarkan siri musim ketiga tidak lama lagi.

Foto -Arkib Wanista

Untuk pengetahuan semua, koleksi kapsul Stranger Things bersama dengan H&M ini akan merangkumi helaian baju dan seluar untuk lelaki dan wanita, rangkaian  pakaian mandi, aksesori, dan lain-lain seperti lanyard wisel, selipar serta tuala mandi.

Dari kiri: Baju-T Crop: RM39.95, Seluar Dalam Bikini: RM39.95, Kemeja Floral: RM74.95 & Seluar Mandi Pendek: RM54.95. Foto -Arkib Wanista
Dari kiri: Tuala Mandi: (tiada harga), Sandal: RM54.95, Kaca Mata: RM39.95 & Lanyard: RM129.95. Foto -Arkib Wanista
Topi: RM39.95, Tank Top: RM44.95 & Celana Pendek Floral: (tiada harga). Foto -Arkib Wanista
Dari kiri: Baju Mandi: RM54.95, Topi Visor: RM39.95, Baju-T: RM39.95, Baju-T Berlogo: RM39.95 & Beg Fanny Pack: (tiada harga). Foto -Arkib Wanista

Secara ekslusifnya juga, kesemua koleksi ini hanya akan dipasarkan di H&M cawangan Lot10 dan menerusi platform atas talian di [hm.com] bermula 12 Jun ini. Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/hmmalaysia].

The post H&M Keluar Koleksi Kolaborasi Dengan Siri Original Netflix “Stranger Things” appeared first on Wanista.com.

Temui Aktres Oh Yeon Seo Di Suria KLCC Pada 19 Jun Ini!

$
0
0

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita Oh Yeon Seo yang berlakon di dalam beberapa drama terkenal seperti A Korean Odyssey, My Sassy Girl, Mister dan juga Please Come Back.

Foto: Asian Correspondent

Untuk pengetahuan semua, aktres daripada Korea Selatan ini akan berada di Malaysia pada 16 Jun ini, bagi sesi upacara ribbon cutting bersempena pembukaan rasmi butik Kate Spade New York yang terbaru di Suria KLCC.

Acara yang bakal mengambil tempat pada minggu depan ini akan di meriahkan lagi dengan kehadiran artis-artis tanah air seperti Scha Alyahya, De Fam, Daiyan Trisha dan ramai lagi.

Foto: Scha Alyahya
Foto: De Fam
Foto: Daiyan Trisha

Bukan itu saja, rekaan butik Kate Spade New York bagi cawangan di Suria KLCC ini juga akan memukau pandangan mata! Butik jenama terkenal di bawah pengarah kreatif iaitu Nicola Glass ini akan memberikan kelainan dan sentuhan aura baru serta lain daripada butik yang lain.

Jadi save tarikh ni di dalam kalendar anda dan jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan pelakon korea yang jelita ini bersama-sama artis tempatan yang lain dan sekaligus menjejakkan kaki ke butik Kate Spade New York yang terbaru, di Suria KLCC.

The post Temui Aktres Oh Yeon Seo Di Suria KLCC Pada 19 Jun Ini! appeared first on Wanista.com.

Koleksi Pakaian Dalam Monki Punya Sentuhan Kontemporari Yang Tersendiri

$
0
0

Sempena menyambut kedatangan musim luruh, Monki tampil dengan keluaran produk koleksi pakaian dalam yang baru. Koleksi pakaian dalam terbaru ini memberi fokos kepada rekaan yang unik dan kontemporari sesuai untuk wanita moden yang gemarkan rekaan dengan warna-warna lembut dan corak-corak haiwan yang unik dari Monki!

Monki lengkapkan koleksi pakaian dalamnya dengan penggunaan lace yang berwarna dusty rose dan ochre brown, warna-warna kontemporari yang di adun sesuai dengan kelembutan kain cotton putih beserta corak haiwan-haiwan yang unik.

Foto Arkib – Wanista

Konsep yang di ketengahkan oleh Monki sempena kedatangan musim luruh ini adalah dengan menangkap setiap detik yang berlaku apabila tiada siapa di sekeliling, baik dari segi ketika melakukan tugas membasuh pakaian sehinggalah bermalas-malasan di sofa di pagi ahad! Monki percaya terhadap kuasa kejujuran dan keberanian dengan menerusi mempamerkan tubuh badan tanpa perlu gusar dengan bentuk badan mereka.

Foto Arkib – Wanista
Foto Arkib – Wanista

Monki merupakan salah satu jenama yang punya jalan cerita yang tersendiri bagi setiap koleksi yang di hasilkannya. Monki yang punya impian dengan menyebarkan kebaikan di dunia dan menggalakkan wanita muda untuk berjaya!

Foto Arkib – Wanista

Monki yang di bangunkan di Sweden pada tahun 2006 kini memiliki 120 concept outlet store yang mampu menawarkan pengalaman ke dalam 16 pasaran dunia termasuklah bagi pasaran franchise.

Bagi koleksi terbaru musim luruh ini boleh di dapati menerusi pembelian di dalam talian bermula bulan Julai ini. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang koleksi terbaru mahupun promosi serta jualan wholesale, anda boleh layari laman sesawang Monki [SINI].

The post Koleksi Pakaian Dalam Monki Punya Sentuhan Kontemporari Yang Tersendiri appeared first on Wanista.com.


H&M Jual Koleksi Sweetener World Tour Khas Untuk Peminat Ariana Grande!

$
0
0

H&M kini melancarkan penjualan Koleksi Sweetener World Tour khas untuk peminat Ariana Grande! Koleksi ini merangkumi t-shirts, hoodies, cropped tops, bags dan bodysuits.

Menariknya, ke semua koleksi ini memiliki tulisan lirik lagu dan juga gambar cover album Ariana Grande yang paling baru.

Foto – H&M
Foto – H&M
Foto – H&M

Bagi peminat sebenar Ariana Grande, anda perlu dapatkan ke semua koleksi ini dengan pelbagai jenis quote yang menarik, lirik lagu dan gambar album lagu Ariana Grande ia menjadikannya anda sebagai peminat sejati Ariana Grande! 

Koleksi ini akan berada secara rasmi di ke semua outlet H&M Bermula 1 Ogos 2019 ini. Atau anda boleh layari laman sesawang H&M [SINI] untuk mengetahui lebih lanjut.

The post H&M Jual Koleksi Sweetener World Tour Khas Untuk Peminat Ariana Grande! appeared first on Wanista.com.

Monki Tampilkan Koleksi Musim Luruh Dengan Trend Klasik!

$
0
0

Sempena kehadiran musim luruh pada tahun ini, Monki mengeluarkan pelbagi koleksi klasik dengan stail denim serta pemakaian denim yang terbaru. Koleksi daripada Monki ini menampilkan produk-produk baru khas bagi musim luruh ini.

Monki menampilkan sepasang jeans klasik yang memberikan rasa dan gaya kepada si pemakai kelihatan seperti ikonik. Malah Monki ingin membawa anda untuk meneroka trend pemakaian denim yang terbaru dengan autumn denim drop daripada jenama fesyen Swedish. Menariknya!

Foto – Monki

Produk yang di keluarkan oleh Monki ini menampilkan jahitan yang beralun untuk baju denim. Sentuhan unik ini memberikan sumber inspirasi daripada jaket denim dengan quilted lining. Selain itu, warna seluar jeans pula hadir dengan warna block dan warna mustard pada keseluruhan denim tersebut.

Foto – Monki Jay Overalls
Foto – Monki Mozik Block Jeans

Ke semua produk yang di hasilkan memiliki keunikan dan aura musim luruh yang tersendiri. Ia bukan sahaja berstail malah trend klasik “Look in no time” ini memberikan pengalaman kepada si pemakai untuk meneroka musim luruh dengan sentuhan masa klasik.

Foto – Monki Sarah Jacket
Foto – Monki Maja Skirt

Koleksi denim Monki ini akan mula tiba di stor pada pertengahan bulan Ogos ini. Koleksi pakaian yang menampilkan warna palet mengikut musim pastinya akan menarik pecinta fesyen untuk memiliki produk Monki ini. Antara warna-warna yang terdapat untuk koleksi Monki kali ini adalah Dark beige dan Mustard shades yang memberikan warna hijau asli dan juga ton warna biru vintage sebagai fokus utama koleksi Monki kali ini.

Foto – Monki Zeta Knit Cardigan
Foto – Monki Mia Polo Sweat

Jadi nantikan koleksi Monki pada pertengahan bulan Ogos ini dan dapatkan koleksi Monki dengan segera! Monki sering menghasilkan pakaian mengikut musim dengan cerita yang menarik sebagai inspirasi penghasilan pakaian dan produk-produk lain yang dihasilkannya.

The post Monki Tampilkan Koleksi Musim Luruh Dengan Trend Klasik! appeared first on Wanista.com.

Merepek Selipar Flip-Flops Jenama Hermes Dijual Hingga Mencecah RM1,700!

$
0
0

Bayangkan selipar biasa yang ada di pasaran tempatan pasti akan terkejut apabila mengetahui jenama rekaan mewah dari Perancis iaitu Hermès telah menjual sepasang selipar biasa flip-flops dengan harga £335 atau RM1,706 dalam wang ringgit Malaysia.

Gara-gara harga yang melampau itu, selipar di bawah label Hermès ini telah mendapat kritikan daripada pembeli dalam talian.

Pereka yang terkenal dengan produk keluaran kulit ini telah meletakan harga yang tidak masuk akal bagi sepasang selipar getah biasa di laman webnya [SINI].

Foto – Wanista

Menurut laman sesawang Hermès tersebut, harga selipar yang mahal ini diperbuat daripada “foam sole” dengan lining daripada kulit anak lembu dan juga “technical straps”.

Selipar mahal ini dikenali sebagai Summer Sandal dan memiliki tiga jenis warna yang berbeza iaitu Bordeaux, Marine dan juga Rouge Noir.

Melihat harga yang begitu ‘tinggi’ ini membuat pembeli dalam talian terkejut dan tergamam melihatnya!

Ada yang ingin selipar sebegini?

The post Merepek Selipar Flip-Flops Jenama Hermes Dijual Hingga Mencecah RM1,700! appeared first on Wanista.com.

Butik Busana Terbesar iORA Hasil Koleksi Musim Luruh 2019

$
0
0

Butik konsep iORA, merupakan butik konsep yang menawarkan busana wanita yang elegan, kontemporari dan berkualiti. Butik iORA kini telah dibuka secara rasmi di Mid Valley Megamall, dengan keluasan menjangkau lebih daripada 9,000 kaki persegi yang berada di aras Satu, F-JA2(B). Pelbagai koleksi yang menarik di pamerkan di butik konsep iORA di Mid Valley ini.

Foto – iORA Butik Konsep

Butik pertama iORA dibuka pada tahun 1998 dengan menawarkan gaya asas yang tak lapuk di telan zaman dan menawarkan busana mengikut musim demi musim. iORA berkembang kepada 25 butik termasuk butik mandiri dan butik konsainan di seluruh Singapura dan Malaysia dengan memberi fokus kepada sub-jenama yang menepati keperluan serta citarasa wanita.

Foto – iORA Butik Konsep

Bagi kategori butik konsep, ini merupakan butik konsep ketiga iORA di Malaysia dan yang terbesar sekali dengan menempatkan tiga sub-jenama dalam satu bumbung iaitu iORA, LALU dan SORA.

  • iORA – iORA menghasilkan pakaian asas yang berkualiti dengan stail yang tersendiri dan di kemaskini bagi memenuhi gaya hidup wanita moden.
  • LALU – LALU mensasarkan pelanggan pelanggan yang lebih muda dan dinamik dengan stail yang lebih ceria dan trendy serta mampu milik.
  • SORA – SORA menawarkan padanan lengkap wanita seperti kasut, beg dan aksesori yang moden dan minimalis. Selain itu, rekaannya yang penuh versatil merangkumi padanan kemas ke pejabat dan kasual.

Koleksi Musim Luruh 2019 iORA & LALU

Foto – iORA Butik Konsep

Sempenan pembukaan butik konsep terbaru ini, iORA menampilkan rekaan busana Koleksi Musim Luruh 2019 iORA & LALU. Koleksi ini mengetengahkan busana untuk musim luruh tahun ini.

Koleksi musim luruh yang dikeluarkan menampilkan padanan kontra skim warna terdiri daripada rona tanah manakala warna merah dan merah jambu diserlahkan pada helaian bermusim untuk suntikan warna pop di sebalik warna asas senada.

Foto – iORA

Koleksi iORA menampilkan neutral klasik dengan gabungan merah dan fuschia yang memberikan penampilan penuh berkuasa serta berkeyakinan tinggi.

Gabungan longgar drapey daripada helaian rajut dan kait mencetuskan impak yang elegan dan klasik. Manakala sut dan skirt berlisu menciptakan hasil yang lebih sofistikated. Pelbagai busana musim luruh yang ditampilkan oleh iORA mengekalkan kesegaran gaya untuk musim-musim yang akan datang.

Foto – iORA

Koleksi LALU menampilkan padanan keselesaan kasual dengan rona terang merah bersama hijau gelap yang memberikan kombinasi menarik bagi musim ini. Rona-rona yang ditampilkan untuk koleksi musim luruh ini merangkumi rona cair sehinggalah ke rona warna yang paling terang yang unik.

Bukan itu saja, busana bagi koleksi LALU ini juga menampilkan mood kasual dan ringan dengan penggunaan fabric chenille dan denim. Bukan itu sahaja koleksi busana LALU ini juga mempamerkan pesona warna-warna unik yang ceria dan sekaligus menjadi daya penarik untuk para remaja.

Foto – iORA Butik Konsep

Dengan serlahan unik koleksi Musim Luruh/Salju 2019 ini, pelbagai jenis blaus, pakaian luar, baju panas, skirt, gaun, celana serta pakaian rajut bakal menyerikan koleksi musim kali ini. Dengan rangkaian fesyen terkini yang merangkumi semua aspek keperluan wanita, ianya memberikan penampilan yang penuh berkeyakinan.

Untuk mengetahui tentang butik konsep ini layari laman web rasmi iORA [SINI] atau ikuti laman Facebook [SINI] dan akaun Instagram [SINI].

The post Butik Busana Terbesar iORA Hasil Koleksi Musim Luruh 2019 appeared first on Wanista.com.

7 Gaya Fesyen Classy & Elegan Yaya Zahir Bikin Netizen Cemburu!

$
0
0

Yaya Zahir atau nama sebenarnya Zuhairah binti Zahir, merupakan sebuah nama yang tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan, penyiaran, lakonan serta pemodelan. Wanita yang tinggi lampai cukup dikenali dengan minatnya yang mendalam dalam dunia fesyen.

Meskipun jadual hariannya penuh dengan pelbagai tugasan dan aktiviti pengacaraan, modelling, dan lakonan tetapi ia tidak menghalang Yaya Zahir untuk berfesyen dan bergaya!

Minatnya yang mendalam dalam dunia fesyen dapat dilihat menerusi gaya penampilan Yaya Zahir di akaun Instagram miliknya sendiri. Penampilan Yaya Zahir serius mengundang peminat fesyen cemburu dan dalam masa yang sama ingin mengikuti gaya fesyen influencer terkenal ini!

Malah setiap fesyen yang digayakan oleh Yaya punya aura yang unik dan tersendiri! Wow, hebat bukan? Tak percaya meh lihat penampilan Yaya Zahir ni, setiap fesyen yang dikenakan memberikan nafas segar dan trendy!

#1 Tampil bergaya dengan konsep wild & elegan dengan sut putih berbelang hitam ala harimau daripada Pomelo Fashion!

View this post on Instagram

This suit though 💋🖤 @pomelofashion #pomelofall19 #trypomelo

A post shared by Yaya (@yayazahir) on

#2 Dress daripada LongChamp ini hasil rekaan kreatif dan unik daripada Perancis, membuatkan Yaya kelihatan menawan sangat!

#3 Nampak funky betullah baju jenama ASLY milik Yaya ni. Memang tredy habis dan berstail gitu!

#4 Baju sut putih hasil tangan S Bahar dan kasut sneaker jenama Vans menjadi pilihan untuk sesi fotografi pra perkahwinan Yaya! Bukan beshe beshe pemilihan fesyen Yaya ni, memang unik dan classy!

#5 Bergaya sakan dengan beg tangan biru laut Chanel yang dipadankan dengan outfit jumpsuit pendek berwarna hijau dan blaus putih berkolar daripada Chanel juga ini, berikan vibe ala zaman Victoria gitu!

#6 Wah fesyen Yaya tampak mewah dan classy! Dengan outfit daripada Mercedes Benz Fashion! Serius tergoda melihat fesyen stail macam ni.

#7 Berkot labuh berwarna coklat yang dipadankan dengan baju turtle neck warna krim dan pants warna nude terang menampilkan gaya fesyen yang cool. Di tambah pula dengan kasut sneaker jenama Vans menjadi pilihan setia dan wajib Yaya, bagi melengkapkan gaya fesyennya!

Macam mana, jeles tak melihat gaya fesyen Yaya? Wanista cemburu betul tengok, memang berkelas dan elegan! Boleh tiru serba sedikit gaya fesyen Yaya, biar nampak berstail gitu. Hehe.

The post 7 Gaya Fesyen Classy & Elegan Yaya Zahir Bikin Netizen Cemburu! appeared first on Wanista.com.

Viewing all 336 articles
Browse latest View live