
Tahun Baru Cina 2017 mennadakan kehadiran tahun Ayam yang bakal disambut dengan begitu estetika dan semangat baru yang pastikan membawa seribu satu makna buat semua yang menyambut perayaan itu.
Jenama pengedar barang kemas bermutu tanah air, Poh Kong tampil mewah dengan memperkenalkan koleksi barang kemas terbaharu yang digelar Auspicious 2017 merangkumi rekaan perhiasan leher, cincin dan gelang cantik.

Setiap satu darinya adalah dicipta dan direka berdasarkan nilai tradisi tahun baru cina yang memfokuskan ukiran motif ayam jantan bersempena tahun ayam serta perincian batu permata berharga seperti jed.

Dari segi pemahaman kaum Cina, “Ayam Jantan adalah simbol yang paling mulia dan menyerlah di antara 12 simbol zodiak lain. Ayam Jantan amat terkenal dengan sifatnya yang tangkas dan dalam masa yang sama mencerminkan ‘harapan’. Koleksi Auspicious 2017 ini menggabungkan elemen Ayam Jantan berserta elemen Feng Shui untuk menyambut kedatangan tahun baru yang mulia menjelang 2017 ini, ” jelas Pengurus Pemasaran Poh Kong, Elizabeth Choon.

Selain untuk dijadikan koleksi barang kemas peribadi, mereka yang menyambut Tahun Baru Cina juga boleh jadikan perhiasan berharga sebegini sebagai bingkisan atau pemberian istimewa buat yang tercinta.
Pelbagai rekaan yang boleh dipilih menerusi rangkaian gelang tangan berantai yang boleh diberi sentuhan peribadi dengan pemilihan buah rantai dengan motif tertentu, cincin dengan ukiran eksentrik serta gelang tangan yang disertai tulisan timbul yang membawa maksud ucapan dan doa terbaik.

Untuk keterangan lanjut berkenaan koleksi Poh Kong Auspicious 2017, sila layari www.pohkong.com.my