Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Imej Pertama Hasil Tangan Profesional Jean-Paul Goude Untuk Kenzo x H&M Didedah

$
0
0
Iman (Supermodel, Aktivis & Pengasas Kosmetik Iman). Foto -Arkib Wanista

Dengan bangganya KENZO x H&M akhirnya bersedia untuk mendedahkan imej kempen yang dihasilkan oleh Jean-Paul Goude iaitu seorang jurugambar ternama yang  punyai banyak pengalaman dalam menghasilkan karya-karya fotografi teragung serta pernah bekerjasama dengan pelbagai nama besar dalam industri seni.

Foto -Arkib Wanista
Suboi (Rapper). Foto -Arkib Wanista

Kempen Kenzo x H&M ini adalah istimewa kerana ia bagaikan mesra meraikan personaliti dari bermacam bidang termasuklah fesyen, muzik, seni dan aktivis seperti Chance, Iman dan Suboi yang dapat dilihat dalam imej kempen Kenzo x H&M keluaran pertama ini.

Foto -Arkib Wanista
Chance (Rapper). Foto -Arkib Wanista

Sebagai kunci kejayaan, Jean-Paul Gaude telah tampil memberi sentuhan asli berlandaskan gaya yang biasa digunakannya kala berkarya iaitu dengan menggunakan banyak bentuk geometri dan cetakan untuk mengekspresi karakter dan keriangan yang wujud dalam koleksi helaian Kenzo x H&M itu sendiri.

Kempen penuh untuk Kenzo x H&M akan dilancarkan pada 17 Oktober di mana rakaman video lengkap tersebut akan dibintangi Rosario Dawson, Ryuichi Sakamoto, Chloe Sevigny dan Xiuhtezcatl Martinez. 

Kesemua koleksi Kenzo x H&M hanya boleh didapati di H&M Lot 10 dan H&M Avenue K bermula 3 November nanti. Sila layari www.hm.com/my untuk keterangan lanjut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Latest Images

Trending Articles