Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Pertunjukkan Fesyen COACH Untuk Musim Bunga 2017

$
0
0
Foto -Arkib Wanista

13 September lepas, COACH tampil menyertai minggu fesyen New York untuk musim Bunga/Panas 2017.

Kesemua helaian rekaan COACH untuk musim bunga adalah berlandaskan konsep feminin yang diterap dengan perincian klasik ala maskulin.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Jumbaian rambu-ramba, reben serta fabrikasi jenis jarang berenda banyak digunakan ke atas setiap rekaan di samping sifat keceriaan yang diwujudkan melalui motif bunga-bungaan serta perkakas logam sebagai perhiasan edgy pada jaket kulit, beg tangan dan sepatu jenis “creepers”.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Palet rona malap yang terdiri dari hitam, plum dan putih seolah diberi nafas baru dengan tambahan rona menonjol seperti merah, kuning dan hijau -selari dengan musim bunga yang pastinya meriah!

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Antara reka bentuk helaian yang cuba diketengahkan pula adalah seperti jaket kulit, kot berbulu, dress paras lutut, skirt kulit, blaus berperincian.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Untuk keterangan lanjut, sila layari malaysia.coach.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336