
Adidas telah melancarkan kategori baru dalam siri jenama pakaian sukannya iaitu Athletics pada 10 September 2016 dengan Z.N.E Hoodie. Gaya terbaru ini diambil untuk membantu atlet fokus sebelum bertanding dengan menekankan tiga elemen iaitu reduced noise distraction, minimal visionary interference dan protection from discomfort. Gabungan potongan yang menarik menggunakan fabrik berkualiti tinggi sesuai dipakai untuk menghadiri pertandingan atau aktiviti santai.

Hoodie over-sized ini dijahit dengan fabrik premium heavyweight cotton/polyester/elastane, selesa dan tidak menganggu jika dipakai bersama over-ear headphones. Bercirikan “Made 2 Move” terletak pada bahu supaya atlet lebih senang bergerak serta memberi rasa modern look dan berani. Selain itu, ia juga mempunyai poket zip untuk menyimpan barang peribadi semasa on-the-go.

Harga Adidas Z.N.E. Hoodie bermula pada RM350 dan akan berada di semua Adidas Sports Performance Stores dan online di shop.adidas.com.my. Untuk maklumat lanjut, boleh lawati adidas.com/athletics_zne.