Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Ini Sebabnya Kena Berfesyen Juga Walaupun WFH, No. 1 Paling Betul Sekali

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Semenjak bekerja dari rumah berkuatkuasa ramai yang kurang beri perhatian terhadap penampilan diri, dan bukan itu saja ada yang tidak mandi pagi langsung dan terus melakukan kerja yang diberikan oleh majikan.

Tahu tak walaupun kita bekerja dari rumah penampilan diri tetap harus di jaga juga dan siapa kata work from home tak boleh berfesyen, boleh dan banyak jenis fesyen boleh kamu gaya dengan rasa selesa di rumah kamu sendiri.

Nak tahu kenapa buat kerja di rumah juga perlu berfesyen, jom tengok jawapannya di bawah!

#1 Buat Diri Bersemangat Menyiapkan Tugas

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Foto – Pinterest

Selain segarkan diri di pagi hari, berdandan, dan memakai busana terbaik sebelum memulakan kerja yang diberikan oleh majikan, dapat menaikkan semangat diri kamu untuk menyiapkan segala tugas yang diberikan kepada kamu dengan berkesan.

#2 Diselubungi Mood Positif

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Foto – Pinterest

Bukan itu saja, dengan menyarung busana kerja di rumah perubahan mood dapat dirasai secara mendadak umpama kamu memasuki ke tempat kerja. Mood positif yang mula aktif, tatkala kamu menggayakan fesyen kerja pasti membuatkan kamu lebih rajin menyiapkan tugas seharian suntuk di rumah.

#3 Rasa Lebih Bertenaga Dari Biasa

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Foto – Pinterest

Jangan pandangan rendah pada kuasa fesyen kerana ia mampu membuatkan diri kamu jadi bertenaga dari biasa, dan mempengaruhi sikap kamu untuk melakukan tugas dengan lebih cekap di rumah.

#4 Aura profesional Tetap Ada

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Foto – Pinterest

Berfesyen di rumah juga dapat mengekalkan aura profesional kamu terutamanya jika mesyuarat dalam talian dilakukan, majikan serta rakan sekerja kamu dapat melihat profesionalisma kamu menerusi pakaian yang kamu pakai ketika bekerja di rumah.

#5 Motivasi Diri Tetap Meningkat

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Foto – Pinterest

Dengan menjaga penampilan menerusi fesyen kerja, secara tidak langsung kamu juga dapat menaikkan motivasi diri. Dan motivasi ini penting untuk kamu berikan yang terbaik, walaupun melakukan kerja dari rumah.

Sebab itu penampilan diri tetap perlu di jaga kena kuasa fesyen ini boleh mempengaruhi psikologi mentaliti kamu sendiri, dan kesannya hampir semua kerja kamu dapat disiapkan dengan berkesan seperti kamu di tempat kerja.

Lepas ini jangan culas berfesyen walaupun buat kerja dari rumah, okay?

Selamat beramal!

The post Ini Sebabnya Kena Berfesyen Juga Walaupun WFH, No. 1 Paling Betul Sekali appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336