
Seperti pakaian sehari-hari, pilihan baju tidur juga menggambarkan sifat dan personaliti seseorang. Jom lihat dan kaji personaliti diri menerusi stail baju tidur kegemaran korang.
#1 Pakaian Satin
Jika anda gemar memakai pakaian tidur yang diperbuat daripada material atau fabrik mewah seperti satin, anda adalah wanita yang berciri sofistakikated dan dalam masa yang sama seorang yang seksi.
Jiwa feminin yang ada dalam diri juga tidak dapat dipisahkan!
#2 Gaun Tidur
Seperti puteri-puteri barat dahulu kala, anda seorang yang klasik dan tradisional secara dalaman. Cerita dan filem mengenai kehidupan dalam istana adalah kegemaran anda! Apa yang anda harapakan? Mestilah untuk hidup mewah sebagai seorag puteri raja….
#3 Baju-T
Jika anda selesa mengenakan baju-T lusuh ketika tidur, anda mungkin merupakan seorang wanita yang suka mengenang memori lama. Seorang yang sangat menghargai masa dan sebab itulah juga, mereka gemar memakai baju-t. Ringkas, selesa dan mungkin, baju yang dipakai itu adalah milik orang yang dikasihinya… Anda seorang yang ‘sempoi’ juga!
#4 Baju Kelawar
Bersifat tradisional, anda boleh dikira sebagai perempuan Melayu terakhir. Biarpun secara luaran anda membawa identiti sebagai seorang gadis yang moden, tetapi ada tidak pernah lupa akan asal-usul diri. Corak pada baju kelawar pilihan anda pula menggambarkan betapa ceria dan pemaafnya diri anda dan yup! Anda adalah manusia yang paling pemaaf. Biar apa yang orang campak pada anda, anda tidak pernah simpan dalam hati.
#5 Set Pajama
Berjiwa feminin dan dalam masa yang sama adalah seorang yang sangat tertib. Kepala anda umpama kamus dan setiap hari adalah berharga untuk anda. Kesempurnaan anda kadang-kala membuatkan orang sekeliling rimas namun pada akhirnya, mereka mengerti orang seperti anda adalah insan yang paling [enting kerana tanpa anda, hidup mereka mungkin kelam-kabut tanpa pengurusan yang ideal. Oleh sebab itu, anda mungkin sering dipilih untuk memegang jawatan tertinggi dalam organisasi yang disertai. Way to go girl!
#6 Oversized Shirt
Waktu tidur adalah yang paling utama buat anda. Anda cepat rimas dengna sesuatu benda dan tidak cekap mengawal emosi. Oleh itu, pakaian yang longgar sebegini amat mustahak agar anda bisa mendapatkan tidur yang lena dan cukup sepanjang malam! Oh, hujung minggu juga anda gemar menghabiskan banyak masa di katil. Bukan pemalas tetapi cuma untuk berehat sakan sementara waktu masih anda. Anda juga sangat peka tentang keperluan diri sendiri. Dalam apa-apa keadaan, anda suka utamakan kepentingan diri dahulu sebelum orang lain. Self love!
#7 Set Babydoll
Seksi, feminin dan yang paling penting anda seorang “Wonder Women”! Baju tidur yang jarang ini menggambarkan sifat anda yang kadang-kala suka menunjuk-nujuk dan anda memang calon yang paling sesuai untuk menjadi ‘penggoda’ opss! Tak semua orang boleh mengerti pemikiran anda dan hanya anda sorang mampu mengendalikan diri sendiri dengan cara yang paling tepat. Sifat anda memang sukar diramal! Jika ada lelaki yang menyanjung dan boleh sabar dengan karenah anda, sila kahwini dia!
#8 Pakaian Dalam
Suka tidur hanya memakai bra dan seluar dalam? Atau mungkin hanya memakai seluar dalam? Anda memang merupakan wanita yang moden! Taktakutkan cabaran dan selesa menjadi diri sendiri.
Bonus!
Tidur Bogel
Tahniah, keyakinan diri anda memang terbaik dan tidak dapat dinafikan. Seorang yang konfiden dalam setiap hal yang dilakukannya dan bagi anda, waktu tiidur adalah waktu yang paling menyeronokkan!
The post 8 Stail Baju Tidur “Favorite” Korang Ni Gambarkan Sifat & Identiti Diri appeared first on Miss Murai.