Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

7 ‘Rules’ Fesyen Kamu Kena Ikut Kalau Tak Nak Nampak Selekeh

$
0
0

Rasanya ramai yang rasa pakaian yang diri sendiri pakai adalah fesyen yang terbaik, paling cantik serta bergaya, tapi kadang-kala kamu tak sedar bahawa fesyen yang kamu gayakan boleh nampak selekeh tanpa kamu sedari.

Ini antara beberapa peraturan fesyen yang boleh kamu ikuti, untuk tampil lebih bergaya, versatil dan juga tidak nampak selekeh.

Tali Pinggang

Penggunaan tali pinggang dapat memberi impak visual yang berkesan terhadap fesyen kamu, ianya merupakan aksesori yang paling ringkas untuk mengubah imej kamu.

Tidak kira jenis fesyen yang kamu sama ada memakai gaun labuh atau pendek, berseluar atau memakai skirt bersama kemeja-t atau blouse, memakai kot atau jaket, atau memakai baju yang oversized, tali pinggang boleh menyerikan imej serta fesyen yang kamu gayakan.

Up To Date Trendy Aksesori

Foto – Arkib Wanista

Kamu juga perlu mengambil tahu aksesori mana yang sedang trendy dari masa ke semasa, agar kamu tidak ketinggalan trend fesyen terkini.

Foto – Arkib Wanista

Selain itu dengan pemakaian aksesori yang trendy seperti reben, getah rambut scrunchie, klip rambut atau pun cekak rambut oversized dapat menyerlahkan penampilan fesyen kamu.

Kombinasi Warna

Foto – Arkib Wanista

Jangan takut untuk bermain dengan warna ketika berfesyen, kombinasi warna dapat meningkatkan penampilan kamu dan sekaligus menunjukan citarasa kamu terhadap fesyen.

Foto – Arkib Wanista

Kombinasi warna pakaian seperti monokrom, kelabu dan hitam, warna nude dan coklat cair, putih dan merah jambu, atau mana-mana kombinasi yang sesuai dengan warna kulit kamu dapat membuatkan fesyen yang dipakai jadi lebih menarik dari biasa.

Kombinasi Stail Vintage

Foto – Arkib Wanista

Dalam berfesyen, kombinasi stail vintage telah menjadi suatu elemen yang penting apabila menggayakan sesuatu fesyen.

Foto – Arkib Wanista

Tidak kiralah sama ada kamu mengikuti fesyen yang trendy terkini atau lama, gaya vintage tetap menjadi satu kemestian dalam berfesyen.

Antara kombinasi stail vintage yang biasa wanita gayakan adalah, seperti beg tangan vintage, kasut boots, barang perhiasan dan juga jaket vintage.

Propotions Yang Betul

Foto – Arkib Wanista

Apa yang dimaksudkan dengan propotions di sini adalah, pemilihan fesyen yang kamu gayakan haruslah mengikut kesesuaian bentuk tubuh agar pakaian yang digayakan terletak dan tidak kelihatan pelik.

Foto – Google

Senang cerita tidak kira apa jua jenis fesyen yang kamu ingin gayakan, pastikan ianya sesuai dengan bentuk tubuh, selesa dan mengikut padanan gaya yang sesuai atau sepadan.

Gandingan Pakaian Unik

Foto – Arkib Wanista

Sekarang ini banyak busana-busana yang unik memenuhi gedung fesyen dunia, antara fesyen unik dan menarik adalah seperti blouse dengan lengan ekstra kembang, bertali, atau dipenuhi dengan reben dan sebagainya kian menjadi perhatian ramai.

Foto – Arkib Wanista

Dengan menggabungkan busana unik seperti ini dalam fesyen kamu, ia akan membuatkan kamu tampil lebih unik dan versatil.

Padanan Kasut

Foto – Arkib Wanista

Kasut merupakan perkara asas dalam berfesyen, pemilihan kasut sangat penting untuk kamu padankan dengan pakaian yang kamu bakal gayakan nanti.

Oleh itu, cari kasut yang boleh kamu suaipadankan dengan fesyen seperti blouse dan skirt, seluar bersama blouse atau kemeja-t, gaun labuh atau pendek dan juga one pieces sut.

Ini adalah beberapa peratusan asas dalam berfesyen yang kamu perlu ambil tahu jika tak nak kelihatan selekeh, bagi yang ingin belajar lebih lanjut mengenai fesyen inilah perkara asas yang perlu kamu beri perhatian.

Selamat beramal♥

The post 7 ‘Rules’ Fesyen Kamu Kena Ikut Kalau Tak Nak Nampak Selekeh appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336