Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Trend Fesyen Sampai Sekarang Orang Masih Ikut, Start Dari Selebriti Ini

$
0
0

Sampai ke hari ini orang masih mengikut gaya mekap smokey eye, baju off-the-shoulder, leopard print, thongs dan banyak lagi.

Tanpa kita ketahui fesyen tersebut sebenarnya dimulai oleh selebriti, dan merekalah yang menjadikannya sebagai trend dan popular hingga ke hari ini. Mungkin kalau mereka tak start, kita tak tahu pun kewujudan fesyen tersebut.

Trend fesyen apa yang famous sangat, teruskan pembacaan.

Off-The-Shoulder

Fesyen musim panas jadi pilihan setiap wanita adalah blouse atau top dengan potongan ‘off-the-shoulder’.

Foto – Pinterest

Sebenarnya fesyen ini dimulai oleh aktres Brigitte Bardot. Dia yang menjadikan terkenal dan mendapat perhatian dunia fesyen.

Seluar Potongan Low-Rise

Pada tahun 1994, Alexander McQueen mengejutkan orang ramai dengan rekaannya, di mana model muncul dengan memakai jeans bawah pusat.

Foto – Getty

Tapi Madonna yang menjadikan trend ini sensasi di seluruh dunia, sejak dia muncul dalam iklan pada tahun 1994 memakai seluar low-rise.

Leopard

Pada tahun 90-an, apa sahaja yang dipakai oleh supermodel Kate Moss pasti akan menjadi trend. Perkara yang sama berlaku untuk leopard print.

Foto – Pinterest

Kate Moss dipanggil sebagai “Queen of Leopard Print”, dia tahu bagaimana menggabungkan cetakan dengan warna dan tekstur yang kelihatan aneh pada pandangan pertama, namun dia selalu kelihatan cantik.

Tracksuit

Mesti ramai yang tahu siapa popularkan fesyen tracksuit. Ya, none other than Paris Hilton. Bila dia mulakan trend ini ramai mula mengikutnya.

Foto – Pinterest

Kombinasi warna merah jambu from head to toe bukan sahaja memberi imej feminin tapi selesa pada masa yang sama, dan telah menjadi satu trend fesyen tahun 2000 hinggalah ke hari ini.

Thongs

Sebenarnya trend ini dimulakan di pertunjukan fesyen Gucci di mana model berjalan dengan tali thongs mereka melekat pada pakaian.

Foto – Pinterest

Tapi Britney Spears menyumbang kepada populariti trend ini, menjadikan thongs sebagai sebahagian wardrobe pentasnya.

Tumit Tinggi Bersama Stokin

Jika anda mengikuti perkembangan Rihanna, anda pastinya sedar akan salah satu trend fesyen kegemaran Rihanna iaitu memakai tumit tinggi dengan stokin.

Foto – Pinterest

Tak kisah sama ada ia stokin yang polos, berperincian atau yang diperbuat menggunakan fabrik mewah seperti baldu, Rihanna buat ia tampak berkelas biarpun dianggap pelik oleh kebanyakan orang.

Contouring

Foto – Instagram Kim Kardashian

Teknik solekan ini muncul sebelum Kim Kardashian lagi, tapi bintang realiti inilah yang menjadikan trend sampai tersebar. Selfie ini yang diambil pada tahun 2012 selamanya mengubah idea solekan setiap wanita.

Cardigan Yang Tidak Dibutang

Fesyen cardigan kembali semula. Selalu kita pakai cardigan di luar dan dalamnya top atau blouse tetapi trend yang dipopularkan Bella Hadid sebaliknya.

Foto – Pinterest

Pakai cardigan semata dan dibutangkan satu di atas, nampak seksi penuh bergaya. Ramai perempuan jatuh cinta dengan gaya berani dan ini mula mengikutnya.

Antara semua trend fesyen, mana paling kamu ikut dan masih pakai sampai sekarang?

The post Trend Fesyen Sampai Sekarang Orang Masih Ikut, Start Dari Selebriti Ini appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336