Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

10 Jenama Fesyen Terkemuka Terpaksa Gulung Tikar Kerana Covid-19

$
0
0

Banyak syarikat jenama fesyen terkemuka dunia kini mengalami krisis kewangan dan hutang yang teruk sehingga terpaksa menutup banyak stor cawangan di seluruh dunia, akibat penularan Covid-19 sejak awal tahun ini.

Impak kewangan yang melanda syarikat-syarikat gergasi ini membuatkan mereka terpaksa gulung tikar dan menutup stor-stor yang ada di seluruh dunia.

Berikut antara rangkaian syarikat fesyen berjenama yang terpaksa menutup stor mereka.

#1 H&M

H&M merancang untuk menutup lapan stor di Itali secara kekal dan 170 stor lain di Eropah kerana masalah jualan yang menurun teruk akibat penularan Covid-19.

Foto – Footwear News

#2 Victoria’s Secret

Selain itu, Victoria’s Secret juga akan menutup lebih 250 stor di US dan Kanada pada bulan yang akan datang. Menurut Ketua Pegawai Kewangan Stuart Burgdoerfer, mungkin akan lebih banyak butik Victoria’s Secret terpaksa ditutup dalam tempoh dua tahun lagi.

Foto – Forbes

#3 Guess

Jenama kegemaran ramai Guess, juga akan menutup lebih 100 cawangannya di Amerika Utara dan di China dalam tempoh 18 bulan lagi. Penutupan ini dibuat berdasarkan kemerosotan penjualan akibat penularan Covid-19, dilaporkan 50 peratus jualan jatuh berbanding tahun lepas.

Foto – 24/7 Wall ST

#4 Zara 

Zara rangkaian jenama fesyen terbesar dunia juga menerima tempias yang sama di mana lebih 1,200 stor akan ditutup secara fizikal dalam tempoh tiga tahun akan datang dan syarikat tersebut akan memberi fokus pada operasi secara dalam talian yang mana menelan belanja US$3 bilion atau RM12.7 billion.

Foto – Financial Times

#5 Sies Marjan

Jenama mewah dari New York ini juga akan menutup stor kerana mengalami masalah kewangan yang teruk akibat Covid-19. Pemilik syarikat jenama berkenaan Sander Lak mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang banyak menghabiskan masa dan tenaga bersama Sies Marjan. 

Foto – Arkib Wanista

#6 Esprit

Esprit telah menutup ke semua stor di Asia kecuali satu stor yang terselamat di China. Syarikat jenama popular ini membuat keputusan untuk menutup semua cawangan di Asia dan memberi fokus pada sumber bagi menangani krisis kewangan yang terjejas akibat Covid-19.

Foto – South China Morning Post

#7 Cath Kidston

Jenama fesyen dari British ini juga membuat keputusan untuk menutup lebih 60 stor di seluruh UK akibat penularan Covid-19, manakala stor di Malaysia masih selamat dan beroperasi seperti biasa.

CEO Melinda Paraied mengumumkan jenama fesyen tersebut terpaksa menutup banyak cawangan kerana hasil jualan yang terjejas dan di masa akan datang jenama Cath Kidston akan memberi fokus pada jualan dalam talian sahaja.

Foto – Liverpool Echo

#8 Aldo

Jenama footwear Aldo telah memfailkan perlindungan muflis dari kreditor di Kanada bagi menstabilkan krisis kewangan syarikat. Jenama popular yang memiliki hampir 3,000 stor di seluruh negara ini memaklumkan akan mengambil langkah drastik bagi menangani hasil penjualan yang terjejas akibat penularan pandemik ini.

Foto – Retail Insider

#9 Gap

Dimaklumkan Gap akan menutup lima hingga lapan stor di Hong Kong, keputusan ini dilakukan bagi memberi fokus sumber syarikat dan ianya tiada kena mengena dengan hal lain. Difahamkan syarikat fesyen berkenaan kehilangan hampir US$1 bilion atau RM4.2 billion pada bulan Jun.

Foto – The Real Deal

#10 Muji

Syarikat Muji di US juga memfailkan perlindungan muflis bagi menstabilkan krisis kewangan yang terjejas teruk akibat pandemik dan syarikat tersebut akan memberi fokus pada perniagaan dalam talian (e-commerce) dan pasaran di US.

Foto – Arkib Wanista

Banyak syarikat-syarikat fesyen gergasi membuat keputusan untuk menamatkan operasi kerana hasil jualan terjejas teruk dan hutang berkumpul. Ada juga yang beralih arah pada perniagaan dalam talian demi meneruskan perniagaan yang menjadi sumber rezeki pendapatan.

Harap-harap pandemik ini akan segera dapat ditangani.

Rujukan: 1, 2

The post 10 Jenama Fesyen Terkemuka Terpaksa Gulung Tikar Kerana Covid-19 appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336