Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

4 Koleksi Kasut Timberland Wajib Miliki Musim Sejuk Ini!

$
0
0

Timberland kembali dengan kempen koleksi musim sejuk pada tahun ini dengan koleksi kasut untuk wanita dengan rekaan terperinci seperti sentuhan mutiara dan metalik, penebat PrimaLoft® dan membran kalis air TimberDry yang memberikan sentuhan moden, minimalis dan warna-warna kasut yang berstail mengikut citarasa wanita.

Sempena koleksi untuk musim sejuk ini, Timberland bawakan empat koleksi kasut dan tiga rekaan jaket dengan sentuhan moden dan minimalis untuk para wanita yang gemar melakukan aktiviti luar dan mencabar!

Ruby Ann Leather dan Fabric Hightop Sneaker

Foto – Arkib Wanista

Kasut kulit ini menggunakan kulit premium daripada kedai LWG Silver-Rated tannery. Kasut Ruby Ann Leather dan Fabric Hightop Sneaker ini menggunakan bahan-bahan daripada ReBOTL™.

Di bahagian kolar kasut ia menggunakan kolar yang jenis memeri atau boleh di renggang, di bahagian lining kasut pula ia menggunakan 50% PET lining yang di kitar semula. Manakala di bahagian tapak kasut pula, ia menggunakan foam OrthoLite® untuk memberi keselesaan kepada si pemakainya. Kasut ini di jual pada harga RM599.

Timberland® Icon 6″ Waterproof Boot

Foto – Arkib Wanista

Rekaan kasut Timberland untuk wanita kali ini sangat memukau pandangan mata dengan menggunakan kulit kalis air gred premium, penebat PrimaLoft® sebanyak 200 gram dan menggunakan pad kolar kulit serta lining kulit pada kasut.

Foto – Arkib Wanista

Kasut Timberland® Icon 6″ Waterproof Boot ini memiliki dua jenis variasi warna iaitu Black Nubuck dan Light Taupe Nubuck bersama kolar Iredescent. Kasut yang berkualiti tinggi ini memberikan keselesaan yang maksimum kepada si pemakai, harga kasut ini dijual dengan harga RM839.

Nellie Chukka Double Waterproof Boot

Foto – Arkib Wanista

Satu lagi kasut kalis air dengan menggunakan kulit kalis air dengan gred premium bersama jahitan pembinaan seam-sealed, pad kolar kulit, PET lace 100%, menggunakan getah lug pada luar kasut dan kasut ini juga menggunakan anti-fatigue footbed yang boleh alih. Warna kasut Nillie Chukka Double Waterproof Boot ini hadir dengan warna Black Nubuck bersama kolar Iridescent. Kasut ini dijual dengan harga RM589.

Rangkaian Jaket Untuk Musim Sejuk!

Foto – Arkib Wanista

Pastinya tidak lengkap koleksi musim sejuk jika tiada jaket sejuk, betul tak. Koleksi empat kasut yang di keluarkan oleh Timberland kali ini boleh di padan kan dengan tiga rekaan jaket musim sejuk yang di pasarkan oleh Timberland.

Rekaan jaket yang di reka khas untuk para wanita ini mempamerkan fungsi yang bagus dengan rasa pemakaian yang selesa. 

Oversized Bomber Jacket

Foto – Arkib Wanista

Bagi wanita yang gemar dengan saiz pakaian yang oversized, pastinya jaket berwarna Martini Olive ini mampu menarik minat kamu! Saiz jaket yang besar dan selesa ini akan membuatkan tubuh kamu rasa hangat dan di lindungi dari rasa sejuk! Jaket besar ini dijual pada harga RM739 di outlet Timberland.

Modern Outdoor Waterproof Detachable Fur Utility Down Parka

Foto – Arkib Wanista

Auch, koolnya jaket berbulu dengan fungsi kalis air ini! Jaket yang menggunakan fabrik 100% daripada nylon dengan saiz regular fit ini sangat selesa di pakai pada musim sejuk ini nanti. Jaket dengan warna Gibraltar Sea ini merupakan jaket kalis air dengan bulu yang lembut di bahagian topi kepala menjadikan ia jaket sejuk yang high class dengan kualiti bermutu tinggi. Jaket ini dijual pada harga RM1,399.

Signature 3-in-1 Military Parka

Foto – Arkib Wanista

Jaket tentera Timberland untuk wanita ini memberikan aura kool dan dinamik kepada si pemakai, jaket yang menggunakan 100% kapas ini memberikan keselesaan yang unggul secara maksimum. Dan saiz jaket yang regular fit membuatkan ia melekap pada tubuh dengan rasa yang selesa dan sepadan pada tubuh. 

Jaket ini memiliki fungsi tiga dalam satu, hud kepala boleh tanggal dan fungsi jaket dalaman yang berisi poli menjadikan jaket ini ia jaket pakaian yang serba boleh dengan kualiti yang bermutu tinggi. Jaket ini dijual dengan harga RM2,099.

Foto – Arkib Wanista

Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan koleksi kasut dan jaket wanita di seluruh cawangan Timberland yang berhampiran hari ini. Untuk melihat promosi lain yang dijalankan, layari laman web Timberland dan dapatkan koleksi musim sejuk dengan harga yang berpatutan!

The post 4 Koleksi Kasut Timberland Wajib Miliki Musim Sejuk Ini! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336