
Idea seorang wanita bernama Chan Clayrene, dia adalah seorang artis Visual yang berpangkalan di Singapura.
Apa yang dilakukannya adalah sangat menakjubkan di mana dengan hanya menggunakan seleksi pewarna kuku pelbagai rona dan tekstur, diinya berjaya membuat rekaan gaun kembang menerusi imiginasinya tentang fesyen “Haute Couture” bermaksud pakaian eksklusif jahitan tangan yang hanya akan dibuat mengikut tempahan.
Clayrene menjelaskan bahawa pewarna kuku adalah salah satu kosmetik kegemarannya kerana efeknya yang bersinar serta bisa merubah rupa kuku yang kusam menjadi cantik serta-merta! Selepas beberapa ketika bereksperimentasi membuat seni di atas kuku, dia terfikir untuk melepaskan segala imaginasinya di atas kertas… dengan menggunakan pewarna kuku.
Cabarannya adalah, pewarna kuku tidak seperti warna atau pewarna lain yang diggunakan untuk melukis. Konsistensinya berbeza dan jika tersilap langkah, lukisan anda akan rosak! “Saya ingin membuahkan inspirasi kepada orang lain melalui aspek rekaan seni yang saya lakukan,” jelas Clayrene lagi.
#1

#2

#3

#4

#5

#6

#7

#8

#9

#10

Amacam, terpegun tak? Penulis terpikat dengan rekaan nombor 3 dan 10! Anda pula?