Berbaur perkauman, G-Dragon baru-baru ini diserang hendap oleh netizen kerana berasa tidak puas hati terhadap kemunculan bintang kpop itu dalam iklan untuk kempen terkini jenama rumah fesyen terulung dari Perancis iaitu Chanel.


Memandangkan sebelum ini Chanel hanya mengambil bintang dari dalam kalangan mereka yang berdarah barat sebagai muka untuk kempen-kempen fesyennya, ramai jadi tidak keruan apabila tempat itu tiba-tiba seolah dirampas oleh individu yang tidak bersifat classy seperti G-Dragon.

Tonton Video Iklan Kempen Chanel Gabriella x G-Dragon
Difahamkan, pengambaran video iklan yang menampilkan kolaborasi Chanel dengan G-Dragon untuk rekaan beg Gabriella itu berlokasi di Macau, China berkonsepkan gaya hidup G-Dragon sebagai selebriti pujaan ramai.


Meskipun begitu, kredibiliti dan latar belakang G-Dragon tetap juga dipertikaikan bahkan ada yang beranggapan bintang kpop itu tidak memiliki sifat dan gaya yang bersesuaian dengan identiti Chanel.

Kekecewaan demi kekecewaan yang diluahkan haters yang rata-ratanya ‘orang putih’, namun masih ada mereka yang bersetuju dengan kemunculan G-Dragon.
Apa yang jelas, kempen untuk mempromosikan rekaan beg terkini Chanel ini adalah untuk semua tanpa mengira bangsa, warna kulit mahupun status bahkan Chanel juga sebelum ini pernah bekerjasama dengan Willow Smith (selebriti berkulit hitam) dan Liu Wen (peragawati berbangsa Cina) dan masing-masing tidak mempunyai darah Perancis.


Oh well, janganlah racist sangat kan?
Apa pendapat anda?
The post Gara-Gara Bukan Orang Perancis, G-Dragon Terima Cacian Kerana Jadi Wajah Kempen Chanel appeared first on Wanista.com.