Aktres jelita yang pernah dinobat sebagai Ratu Dunia suatu ketika dahulu, Priyanka Chopra yang kini ligat membina empayar di Hollywood telah menerima pelbagai kritikan daripada netizen apabila tampil seksi sewaktu bertemu Perdana Menteri India.
Menerusi satu foto yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) miliknya, Priyanka berkata, dia sempat meluangkan masa untuk bertemu dengan Narendra Modi ketika berada di Berlin.
Biarpun begitu ternyata ramai peminat kecewa dek kerana pakaian yang digayakan Priyanka adalah sedikit keterlaluan lalu dianggap tidak menghormati pemimpin India tersebut.
“Tidak dinafikan kamu merupakan seorang selebriti yang terkenal namun cuba belajar untuk menghormati orang di depan. Lihat bagaimana cara kamu duduk di hadapan Perdana Menteri Modi.
“Kamu sedang duduk dengan Perdana Menteri negara kami jadi kamu seharusnya menutup kaki dan memakai pakaian yang lebih sopan.
“Kamu merupakan inspirasi kepada anak muda di India kerana pencapaian kerjaya di luar negara dan kamu sepatutnya lebih tahu bagaimana ektika berpakaian ketika bertemu pemimpin,” kata peminatnya menerusi ruangan komen.
Kebanyakan mereka yang mengecam Priyanka mahu aktres tersebut lebih peka selepas ini.
Sehingga kini, entri tersebut telah menerima 786, 267 ribu ‘likes’.
The post Seksi Ketika Berjumpa PM India, Priyanka Dilabel Tak Sensitif Ikut Gaya Barat appeared first on Wanista.com.