11street tidak asing lagi dalam kolaborasi fesyen bersama pereka tempatan untuk memberi pelbagai variasi pilihan pakaian ready-to-wear khas untuk lebaran akan datang.
Raya 2017 ini menyasikan 11street meletakkan pilihan fesyen untuk lelaki dari dua jenama hebat Remy Ishak dan Amar Amran. Juga tidak ketinggalan, memperkenalkan MariBeli Butik yang bakal menawarkan pelbagai gaya ready-to-wear Raya khas untuk yang berkeluarga.
Wanista sempat menyingkap disebalik tadbir tiga jenama ini bersama 11street dan kejutan yang mereka bakal kongsikan dengan pelanggan 11street:
By Remy Ishak

Jenama pakaian milik aktor terkenal tanah air, Remy Ishak menawarkan pakaian Hari Raya untuk lelaki yang lebih kasual dan pelbagai pakai iaitu Kurta. Kurta sendiri adalah pakaian kegemaran beliau, jadi sempena lebaran khas untuk pelanggan 11street beliau menyediakan dua rekaan kurta yang berbeza iaitu basic kurta dan eksklusif kurta. Basic kurta didatangi dengan 10 pilihan warna, manakala eksklusif kurta 5 warna.
Khas untuk pelanggan 11street mereka akan menerima wangian Rumi dengan setiap pembelian kurta.
Bercakap mengenai kolaborasi bersama 11street, Remy Ishak ingin terus berkolaborasi dan ini juga salah satu cara untuk beliau lebih mempelajari dalam dunia bisnes.
Amar Amran

Ingin kan gaya sedondon bersama keluarga? Duta jenama Amar Amran, Affzun Akrom Abdulkhamidov bercerita mengenai koleksi ‘Sedondon’ untuk 11street. Diinspirasikan dari suasana Hari Raya dimana sebuah keluarga menjadi lebih harmoni dan silaturahim menjadi lebih utuh.
Kolaborasi Amar Amran bersama 11street mendapat reaksi positif sejak tahun 2016 dan tahun ini Amar Amran menyediakan lebih banyak rekaan khas untuk ‘Sedondon’.
MariBeli Butik

MariBeli Butik adalah sebuah legasi butik pakaian khusunya pakaian tradisional yang diasaskan oleh Ami Aisya Abu Bakar. Kini beliau memilih untuk memperkenalkan MariBeli Butik kepada pelanggan 11street sebagai batu loncatan melebarkan sayap MariBeli Butik. Eksklusif di 11street, MariBeli Butik menyediakan 6 warna menarik untuk koleksi raya ‘Kalessi’.
Menurut Ami Aisya, trend fesyen raya 2017 bakal menggunakan material fabrik dari chiffon, tekstur ruffles dan berlapis. Pastinya koleksi ‘Kalessi’ juga mengikuti trend raya 2017.

Berita baik kepada mereka yang ingin beraya bersama 11street! Kempen Gila-Gila Raya 11 street bermula 17 Mei sehingga 23 Julai dengan pelbagai promosi khas hari lebaran. Jadi pastikan anda sentiasa melirik ke 11street.my atau buat tetapan noti pada aplikasi 11street di telefon bimbit anda.
The post Kejutan Raya 11Street Bersama Jenama By Remy Ishak, MariBeli Butik Dan Amar Amran! appeared first on Wanista.com.