Musim panas adalah musim yang paling dinantikan oleh semua penggemar fesyen, dimana ia tidak mempunyai batasan untuk mengayakan apa sahaja. Bersesuaian dengan itu, jenama pakaian Chaps menyediakan koleksi pakaiadengan rekaan chic, tekstur fabrik yang ringan dan mempunyai aura bohemian bersama rekaan moden.
Serlahkan gaya menawan ala ‘American’ bersama pilihan pakaian yang selesa, glamor kasual dan klasik denim. Warna-warna dari koleksi ini juga meliputi pilihan warna lembut dan sesuai untuk kelihatan santai sepanjang musim panas.





Koleksi Musim Panas Chaps juga menawarkan rangkaian pakaian lelaki. Ia boleh digayakan sepanjang hari sesuai ke pejabat atau menikmati malam yang menyeronokkan di bandar. Pilihan kemeja polo dan oxford mudah dipadankan dengan pelbagai celana panjang dan pendek, Koleksi fabrik printed juga untuk menyerlahkan sisi lelaki yang kasual menarik dan tampan di musim panas ini.




Dapatkan koleksi di Pavilion Elite, 1Utama Shopping Centre dan MyTown Shopping Centre.
The post Bebaskan Jiwa Fesyen Anda Dengan Koleksi Chaps Musim Panas appeared first on Wanista.com.