Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

OMG! Kecantikan Koleksi Fesyen BATB Ini Akan Buat Peminatnya ‘Tercungap’

$
0
0

Secara amnya, agak sukar untuk mencari barangan edisi terhad yang mencapai tahap kepuasan kita kan? Tak kisahlah merchandise dari konsert band kegemaran, mahupun filem kesukaan, memang rata-ratanya menawarkan seleksi barangan klise yang hanya mampu disimpan sebagai koleksi -sekadar untuk perhiasan semata.

EXO Paper Doll. Sumber: Pinterest

Namun lain pula yang cuba diketengahkan label fesyen hip dari Australia, MINKPINK.

Baru-baru ini, MINKPINK yang berkolaborasi dengan Disney tampil mengeluarkan koleksi pakaian berlatarkan konsep yang disunting dari filem Disney kegemaran ramai iaitu Beauty and the Beast lakonan, Emma Watson sebagai Belle.

Sumber: Popsugar
Sumber: Popsugar
Sumber: Popsugar

Ramai gadis obesisi seantero dunia yang gemar dengan filem dan watak Puteri Disney itu tidak dapat menahan diri sekaligus mahu memiliki helaian dari koleksi terbaharu MINKPINK berkenaan. Ia bukan sahaja menarik bahkan seolah ditiup dengan elemen penuh ajaib!

Sumber: Popsugar
Sumber: Popsugar
Sumber: Popsugar
Sumber: Popsugar

Dari rekaan dress pendek yang dihiasi illustrasi tingkap kaca berona seperti yang dipaparkan dalam satu babak filem berkenaan hingga baju panas dan skirt denim yang turut diselit dengan perincian sulaman bunga berbentuk ros merah yang dimiliki Beast dalam balang kaca kepunyaannya.

Sumber: Popsugar
Sumber: Pinterest
Sumber: Popsugar
Sumber: Popsugar

Ciptaan yang cukup mengiurkan, koleksi berkenaan telah dipasarkan sejak beberapa bulan lalu dan jika berminat rakyat Malaysia mungkin boleh membeli seleksi koleksi Beauty and the Beast dari label MINKPINK di [SINI].

Tonton Video Promo MINKPINK x Disney

SUMBER 1 & 2

The post OMG! Kecantikan Koleksi Fesyen BATB Ini Akan Buat Peminatnya ‘Tercungap’ appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336