Beruntungnya badan selebriti cantik kita yang seorang ni! Lepas sahaja beberapa minggu bergelar ‘pengantin baru’ dia terus terbang ke Amerika pula. Namun kali ini bukan untuk berbulan madu, tapi demi menjayakan kempen koleksi busana Aidilfitri 2017 rekaannya buat jenama Owl by ND.

Tak mahu kalah dengan jenama pereka tempatan yang lain, Nora Daniah berani menerapkan suatu kelainan di mana dia memilih beberapa lokasi yang kaya dengan pemandangan indah yang sering dilihat dalam filem-filem cowboy seperti Las Vegas, Arizona dan California bagi menghiasi latar baju raya ciptaan musim ini.
Hasilnya, memang lumayan!
Konsep penggambaran adalah diinspirasi dari gaya gadis gatsby yang boleh dilihat menerusi tata rias rambut dan solekannya manakala koleksi Aidilfitri 2017 pula mewah dengan centakan floral menonjol serta perincian sensual seperti mainan fabrik flowy dan ropol pada garisan leher, bahagian lengan, kain serta kelim baju.
Penyanyi Harris Baba turut serta dalam sesi penggambaran kali ini menggayakan rekaan baju Melayu Owl.
Kesemua rekaan Owl memang kelihatan cantik dan anggun ditambah pula dengan pemandangan cantik persekitarannya.
Memang seronok agaknya sambil bekerja dapat juga melancong? Ini baru betul sambil menyelam minum air.
The post Bukan Main! Nora Danish Buat Photoshoot Koleksi Baju Raya Sampai Las Vegas appeared first on Wanista.com.