Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Iniki Runner adidas Originals Versi Baharu, Sneakers Paling Unggul Musim Ini

$
0
0

Impikan sneakers yang disleit dengan perincian nostalgik rekaan adidas Originals? Memperkenalkan Iniki Runner yang disisip dengan nafas baharu menerusi beberapa elemen yang bersesuaian dengan jiwa lelaki dan wanita moden namun masih dahagakan gaya retro.

Iniki Pack: Coral 

Berasaskan rekaan kasut larian tahun 70an, Iniki Runner menampilkan gabungan fabrik pelapik jenis mudah regang dan fabrik jenis baldu yang disertai perincian tiga jalur ikonik yang diperbuat daripada material kulit.

Iniki Runner: Grey

Setiap satunya istimewa kerana turut disertai tapak getah versatile bahkan pelapik tengah dalam kasut pula diterap dengan midsole jenis BOOST untuk ketangkasan dan keselesaan pergerakan berganda.

Iniki Pack: Blue

Ditawarkan dalam pilihan warna solid grey dan turbo untuk lelaki manakala haze coral dan blue untuk wanita.

Iniki Runner: Turbo

Iniki Pack/Runner akan mula dipasarkan di beberapa butik adidas Originals terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang termasuklah KLCC, Pavilion Kuala Lumpur, Sunway Pyramid dan SOLEWHAT MidValley Megamall yang dijual pada harga RM599 sepasang. Ia juga boleh dibeli secara atas talian pada 20 April ini di [shop.adidas.com.my]

The post Iniki Runner adidas Originals Versi Baharu, Sneakers Paling Unggul Musim Ini appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336