Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

[Video] Pakai Tudung ‘Simple’ Ikut Cara Si Cantik Manis Laudya Cynthia Bella

$
0
0

Kala menonton Syurga Yang Tak Dirindukan, penulis asyik tercengang melihat gaya tudung pelakon molek dari seberang, Laudya Cynthia Bella.

…Hmm… Nampak macam senang, tapi entah kenapa bila penulis cuba lilit di kepala sendiri, hasil gaya tidaklah secantik seperti mana Bella menggayakannya.

AWW COMEL! 

Bismillaaahhhhhh.. welcoming march!! . . . make up by @vivithalib 💄💋 #laudyacynthiabella #princessmakuta #initehngangenin

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on

Puas mencari akhirnya penulis terjumpa video tutorial ini. Video istimewa yang dimuat naik oleh jenama tudung HIJUP ni akan memberi bayangan jelas bagaimana Bella melilit tudungnya.

Apa yang pasti, Bella ni memang gemar memakai bawal. 

Tonton Video Tutotrial Gaya Hijab Oleh Laudya Cynthia Bella

Tips!

1. Jangan ‘kelepet’ tudung di bahagian sisi muka, baik yang sebelah kiri atau sebelah kanan. Bella membiarkan ia tanpa melipat bahagian tudung di sisi muka, menyerlahkan gaya dandanan tudung ala Turki.

2. Pakai anak tudung untuk elak ia bergerak ke sana dan ke mari jika memakai tudung dari fabrik licin seperti Satin.

*** Penting untuk nampakan sedikit anak tudung di bahagian dahi yang menutupi anak rambut, seperti digayakan Bella.

3. Pemilihan baju pula harus mempunyai leher yang tinggi seperti ‘turtle neck’ atau berkolar agar bahagian leher atau kulit dada tidak kelihatan kerana rata-rata gaya tudung ini adalah jenis singkat membaluti leher.

4. Jika tetap mahu memakai blaus atau kemeja berleher rendah, pakai anak tudung mempunyai labuh kain yang boleh menutupi bahagian dada -kemudiannya diselit ke dalam baju.

5. Jangan kuatir jika tudung satin anda terlalu lembut sehingga sukar dibentuk secara kemas.

Manfaatkan semburan kanji pakaian ini, yang boleh dibeli di gedung pasaraya besar.

***Sembur pada bahagian pelipat tudung sebelum menggosok, ia akan bantu mengeraskan bahagian tersebut agar mudah dibentuk kemudian.

KLIK: Wajib Baca! 5 Sebab Tudung Bawal Masih Lagi Jadi Pilihan Wanita Malaysia

Selamat bergaya ala Laudya Cynthia Bella! ❤️

The post [Video] Pakai Tudung ‘Simple’ Ikut Cara Si Cantik Manis Laudya Cynthia Bella appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336