Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

H&M Bersama Katie Scott Hasilkan Fesyen Kanak-Kanak Yang Dihiasi Ilustrasi Artistik

$
0
0

Katie Scott adalah pelukis yang berpangkalan di London.  Wanita ini sering menjadikan flora dan fauna sebagai inspirasi bagi menghasilkan ilustrasi yang unik lagi estatik.

Baru-baru ini, Katie tampil untuk bekerjasama dengan H&M menghasilkan koleksi kanak-kanak dengan menerapkan elemen ilustrasi kegemarannya seperti lakaran hidupan liar yang menjadi perincian utama pada helaian pakaian kanak-kanak terkini H&M.

Koleksi edisi terhad ini dihiasi ilustrasi menarik hasil lakaran asli Katie yang dihasilkan menerusi gabungan pelbagai warna, teknik cetakan menarik serta perhiasan sulaman yang germalapan.

Koleksi H&M x Katie Scott ditawarkan untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki, mula dijual di cawangan H&M seluruh Malaysia bermula esok, 23 Mac 2017.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.hm.com/my/department/KIDS.

The post H&M Bersama Katie Scott Hasilkan Fesyen Kanak-Kanak Yang Dihiasi Ilustrasi Artistik appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Trending Articles