Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Koleksi SS17 FENTY x PUMA by Rihanna Temui Peminat Malaysia Mac Ini

$
0
0

Suka kan pakaian sukan dan penyanyi Rihanna?

Berita gembira buat mereka yang ternanti-nanti tentang kehadiran koleksi pakaian Musim Bunga 2017 dari rangkaian FENTY x PUMA sudah berada di pasaran Malaysia sejak awal Mac lalu.

Koleksi pakaian FENTY x PUMA by Rihanna terdiri daripada signature look seperti kemeja polo, bodysuits, jaket sukan dan banyak lagi. Koleksi ini mengimbas kembali zaman persekolahan dan Rihanna sendiri menambah elemen seksi didalam ‘pakaian sukan’ dan nombor bertuah beliau iaitu ’13’ serta tahun kelahirannya ‘1988’.

Buat pertama kalinya FENTY x PUMA memperkenalkan kasut sukan gabungan inspirasi fesyen.

“Ia seperti Marie Antoinette pergi ke gim”, kata Rihanna. 

Memperkenalkan kasut sukan yang diperincikan dengan reben memberi efek feminim dan mewah sekaligus. 

FENTY x PUMA Bow Slides 

Foto – arkib Wanista.com

FENTY x PUMA Bow Sneakers 

Foto – arkib Wanista.com

FENTY x PUMA Lace Up Heel 

Foto – arkib Wanista.com

Anda kini boleh mendapatkan FENTY x PUMA Bow Slides RM390 hanya di KLCC, Pavilion, Sunway, Gurney Paragon dan Queensbay Mall. Juga FENTY x PUMA Bow Sneakers RM690 di KLCC dan Sunway. 

The post Koleksi SS17 FENTY x PUMA by Rihanna Temui Peminat Malaysia Mac Ini appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336