
Jika anda peminat tegar fesyen, anda pasti sering lihat kasut, beg dan aksesori yang dihiasi perincian sepasang mata dengan alis melentik seperti,
Ini…
Ini…
…dan ini.
Ternyata bakat beliau dalam fesyen menyerlah sekali.
Lihat sahajalah foto-foto Instagram miliknya, anda pasti teruja dan terus mahu mengetahui siapakah sebenarnya wanita yang bernama Chiara Ferragni ini.
Boleh dikatakan, hampir setiap minggu dirinya berulang-alik dari New York ke Kota Paris, menghabiskan wang untuk bermalam di hotel-hotel lima bintang malah mampu memakri pakaian dan aksesori berjenama setiap hari dan setiap kali melangkah keluar untuk menonjolkan diri pada mata dunia.
Beliau asalnya adalah seorang blogger yang mempunyai minat mendalam tentang fesyen dan fotografi yang diwarisi daripada si ibu. Dikatakan, sejak dari muda remaja lagi, beliau telah popular dalam kalangan komuniti online waktu itu.
Chiara juga banyak berkongsi foto di laman sosial bersama teman-temannya.
Pada tahun 2009, kala laman peribadi seperti blog dan wordpress baru mula memenangi hati para pengguna atas talian, Chiara bijak mengorak langkah untuk mewujudkan satu laman yang digelar TheBlondSalad.com seterusnya memudahkan dirinya untuk berkongsi minat dan ceritera tentang kehidupannya.
Kini, Chiara Ferragni banyak berkolaborasi dengan beberapa jenama fesyen termahsyur serta berjaya menjadi muka hadapan untuk beberapa majalah fesyen dan kecantikan antarabangsa.
Sejak tahun 2012, Chiara telah memegang jawatan sebagai Pengarah Kreatif dan dalam masa yang sama merupakan pereka untuk jenama kasut buatan Itali yang tidak asing lagi dengan menggunakan namanya sendiri iaitu CHIARA FERRAGNI.
Beliau kini adalah salah seorang personaliti terpengaruh di dunia selain mempunyai pengikut hampir 9 Juta di Instagram -amat terkenal dalam kalangan ‘orang-orang fesyen’.
Fakta Menarik Tentang Chiara Ferragni Yang Anda Perlu Tahu!
#1 Chiara kini berumur 30 tahun, dilahirkan pada 7 Mei, 1987.
#2 Dilahirkan di Cremona, Italy.
#3 Cara untuk menyebut namanya Chiara Ferragni adalah berbunyi Kee-arah Fare-ah-nee. Hello, dia kan orang Itali :)
#4 Dia mempunyai teman lelaki yang sangat romantis!
Fedez atau nama sebenarnya Federico Leonardo Lucia merupakan seorang pemuzik dan rapper terkenal Itali.
#5 Mempunyai bakat yang mantap untuk menjadi seorang peragawati.
Chiara pernah menulis di dalam blognya suatu ketika dahulu bahawa dirinya pernah disunting oleh agensi pencarian model (Beatrice Models) di Milan untuk menjadi seorang peragawati buat beberapa tahun. Namun, lamaran itu ditolak kerana Chiara mempunyai matlamat hidupnya tersendiri yang mahu dicapai.
#6 Gigih menulis blog sejak tahun 2009 hingga kini.
Dia menamakan blog peribadinya itu sebagai The Blond Salad kerana menganggap ‘diari’ kesayangannya itu sebagai ‘makanan’ untuk kehidupannya termasuklah minat dirinya untuk melancong, melebarkan sayap minatnya dalam bidang fotografi serta berkongsi cerita mengenai gaya fesyen kegemarannya.
#7 Chiara pada mulanya membangunkan syarikat yang dimilikinya kini bersama bekas teman lelakinya, Riccardo Pozzoli.
#8 Meskipun telah lama berpisah, dirinya masih lagi bekerjasama dengan bekas teman lelakinya itu. No heart feelings!
#9 Memiliki rumah agam di Silver Lake, Los Angeles dan almari beg tangan serta koleksi kasut kegemarannya adalah mengagumkan!
#10 Chiara mula melancarkan koleksi kasut rekaannya pada tahun 2010
#11 Pada tahun 2011, namanya diangkat oleh New York Magazine sebagai “Bintang Gaya Jalanan Paling Terkenal Untuk Tahun 2011”.
#12 Pada tahun 2015, pendapatan tahunan Chiara mencecah $2.5 Juta
#13 Pada tahun 2015 juga, keseluruhan koleksi kasut jenama Chiara Ferragni sahaja yang terjual adalah bernilai hampir $10 Juta
#14 Membuktikan yang dirinya adalah seorang “Beauty With The Brain” kerana menyambung pengajian di Harvard Business School
#15 Pernah mengambil jurusan undang-undang di Bacconi University suatu ketika dahulu. Hmm… bukan calang-calang si rupawan ni!
#16 Chiara pernah mengaku yang dirinya rabun namun hanya akan memakai kaca mata jika berhadapan dengan komputer sahaja.
#17 Minat mendalam Chiara untuk melancong dapat dilihat menerusi tatu berbentuk peta dunia yang dicacah pada pergelangan tangan kanannya…
#18 Mempunyai dua adik perempuan lain bernama Francesca dan Valentina
Idola sangat kan? ❤️
The post Kenali Siapa Wanita Itali Paling Cantik Ini appeared first on Wanista.com.