
GEMFIVE yang merupakan salah satu syarikat e-dagang terkemuka tanah air baru-baru ini menguntai kerjasama bersama dengan pakar kecantikan atas talian dari Jepun, COSME-DE.COM yang sebenarnya merupakan pengendali utama kepada rangkaian ternama seperti The Body Shop dan SaSa.
Berikutan kerjasama itu akhirnya pengguna kini berpeluang mendapatkan label barangan kecantikan dan kosmetik mewah seperti Clarins, Bobbi Brown, Shu Uemura, Shiseido, Aesop dna banyak lagi menerusi platform atas talian GEMFIVE secara pantas dan mudah.
Bukan itu sahaja, bagi memberi lebih keterujaan pada semua, GEMFIVE turut melancarkan satu laman digelar The Beauty Buzz [KLIK] yang mengetengahkan pendapat serta kompilasi nasihat bernas dari pakar-pakar serta ikon kecantikan semasa mengikut kategori termasuklah Dr. Ko Skincare Specialist and Amorepacific Malaysia Sdn. Bhd. (penjagaan kulit), Laura Mercier (kosmetik), L’Oreal Paris (penjagaan rambut) dan Coty (wangian).
Pakar-pakar yang terlibat akan menjawab tiga soalan dari orang ramai setiap minggu dan tiga soalan paling menarik akan layak menerima saguhati berupa set barang kecantikan sumbangan GEMFIVE.
Ini adalah sebahagian inisiatif terbaik yang dilakukan GEMFIVE demi menyatukan semua melibatkan peniaga, jenama, serta pelanggan untuk berganding memberi faedah terhadap satu sama lain. Dengan cara ini juga, pelanggan bisa dibekalkan dengan ilmu seterusnya membantu mereka untuk membuat keputusan apakah produk yang terbaik untuk diri berpandukan perbincangan nasihat dari pakar di laman The Beauty Buzz.
Jangan ketinggalan untuk menyertai komuniti The Beauty Buzz dan dapatkan diskaun sehingga RM50 apabila membeli barang kecantiakn sekurang-kurangnya RM150 di GEMFIVE menggunakan kod promo LOVEBEAUTY12 sehingga 28 Februari ini. Buat mereka yang melakukan pembelian sekurang-kurang RM220 pula akan berpeluang membawa pulang set hadiah dari L’Occitane dan pouch bernilai RM209 secara percuma!
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.gemfive.com/my/beauty atau lawat Facebook rasmi GEMFIVE di www.facebook.com/gemfivemy untuk keterangan lanjut.
The post GEMFIVE Lancar Laman The Beauty Buzz Untuk Bantu Pengguna Cari Produk Kecantikan Terbaik appeared first on Wanista.com.