
Terik mentari terang sering dikaitkan dengan sifat ceria serta semangat yang penuh azam. Untuk tahun ini bersempena musim Bunga/Panas yang bakal tiba menjelma tidak lama lagi, jenama fesyen terulung Tory Burch menampilkan koleksi yang serba ranggi diinspirasi dari alam nautika.

Motif seperti sauh, tali kapal dan hidupan marin banyak dilihat memenuhi rekaan sebagai perincian gah sekaligus berjaya menonjolkan sifat maskulin buat wanita yang hip dan gemar mencuba sesuatu yang baru.


Dari helaian skarf, blazer, kemeja, celana dan kasut, semuanya memanfaatkan warna segar nun seperti biru, merah dan putih. Tidak ketinggalan, aksesori halus seperti anting-anting yang berbentuk tulang ikan juga sedikit sebanyak bisa menonjolkan aura menyeronokkan buat si pemakai.


Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.toryburch.com] atau kunjungi butik Tory Burch Malaysia di alamat:
Lot G02A / G02B, Ground Floor, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
168 Jalan Bukit Bintang, Lot 2.69.01, Level 2, Kuala Lumpur, Malaysia