
Nama pun ‘Pertunjukan Fesyen’ pada masa ini lah ramai pereka-pereka fesyen ingin menayang hasil ilustrasi dari kertas lakaran ke pentas peragaan.
Pada awal tahun ini, terdapat banyak pertunjukan fesyen berlangsung bersempena musim bunga akan datang atau Fesyen Musim Bunga/Panas 2017. Menjadi perhatian ialah fesyen kasut pada tahun ini membawa suatu perubahan yang baru, sama seperti bunga yang kembali mekar setelah gugur dan mati.
Dari 5 pertunjukan fesyen ini ada satu persamaan yang mereka bawa, iaitu memperbaharui kasut yang dahulunya tidak sesuai diperagakan di atas pentas kini diolah dengan idea kreatif yang bakal mencetus fenomena fesyen 2017.
#1 Kasut Crocs
Tak pernah dibuat orang, kasut crocs dibawa naik ke pentas pertunjukan fesyen. Bagi pereka fesyen Christopher Kane berkolaborasi dengan kasut Crocs, dengan mengayakan mewah bertatahkan batu kristal.



#2 Kasut Plastik
Ingat lagi debut koleksi fesyen Yeezy dari Kanye West yang pamer pakaian dari warna-warna kulit? Paling menjadi perhatian bila kasut yang diperbuat dari plastik ini. Kasut atau boot lutsinar menunjukkan bahagian dalam, erti kata lain baik tak payah pakai boot kalau macam ini. Mungkin ada sesetengah orang mengatakan ini antara desin yang buruk, namun ada juga pengkritik fesyen kagum dengan idea kasut plastik dan boot lutsinar ini. Anda rasa?



#3 Kasut Bulu Pelepah
Jika Gucci dan Puma menghasilkan kasut berbulu lembut, berlainan pula dengan jenama mewah Prada menggunakan bulu halus ala pelepah burung dijadikan sebagai aksesori tambahan pada kasut mereka. Kasut bulu ini digayakan pada pertunjukan fesyen Musim Bunga 2017 Prada di Milan tahun lalu.



#4 Selipar
Biasa pakai selipar pergi ke pasar sahaja, tapi kalau anda beli selipar dari tiga jenama mewah ini, Alexander Wang, Lanvin dan Dries Van Noten jangan nak mengada bawa pergi pasar. Sayang oi! Selipar yang ditambah dengan perincian halus manik dan rantai sanggup ke nak pakai kehulur-hilir.



#5 Mega Platform
Bila nampak sahaja kasut platform yang besar-besar ini, mesti wajah Lady Gaga bermain di minda dengan fesyen kasut beliau yang tinggi, tebal dan besar. Seiring dengan itu, Marc Jacobs dengan debut pertama kalinya kasut platform besar sempena inspirasi koleksi fesyen musim bunga 2017.


