Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Jom Serbu Kedai Barangan “Kawaii” Di Blackkiwi.Club Pavilion Elite

$
0
0

Sudah menjadi lumrah bagi kebanyakan orang terutamanya perempuan dan kanak-kanak untuk gemar akan barangan comel dan cantik.

Menjanjikan pengalaman menyeronokkan, Blackkiwi.Club yang merupakan jenama barangan alat tulis serta aksesori menarik lagi unik ini baru sahaja melancarkan pembukaan cawangan terkininya di Pavilion Elite.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Bukan sahaja ditemani warna-warni menarik hati, semua item yang dijual adalah berdasarkan konsep unik, aneh, lucu dan yang paling penting sangat berfungsi!

Atikah Suhaimi tidak ketinggalan memeriahkan pembukaan cawangan Blackkiwi.Club di Pavilion Elite tempoh hari. Foto -Arkib Wanista
Pelakon Atikah Suhaime tidak ketinggalan memeriahkan majlis pembukaan cawangan Blackkiwi.Club di Pavilion Elite tempoh hari. Foto -Arkib Wanista

Dari aksesori kegemaran wanita seperti beg tangan sehinggalah kepada barangan perhiasan dan alat tulis, koleksi ini bisa dijadikan bingkisan buat kenalan yang pastinya mengukir senyuman buat si penerima selain dijadikan koleksi peribadi.

Foto -Arkib Wanista
Comel! Pilihan beg dengan pelbagai motif hiasan memikat hati. Foto -Arkib Wanista

Harga yang ditawarkan adalah bergantung kepada rekaan, ia boleh dibeli dari harga RM10 hingga RM200 setiap satu.

Untuk pengetahuan semua, Blackkiwi.Club menguntai kerjasama rapat dengan Uni-Pac yang merupakan peneraju khusus dalam penghasilan dan pengeluaran alat tulis, malah mempunyai banyak kenalan perniagaan dari seluruh dunia.

Cantiknya! Kalkulator juga diperbuat daripada material getah. Foto -Arkib Wanista
Cantiknya! Kalkulator juga diperbuat daripada material getah. Foto -Arkib Wanista
Pensil earna yang ditemani bekas beraneka corak. Foto -Arkib Wanista
Pensil earna yang ditemani bekas beraneka corak. Foto -Arkib Wanista

Semua produk yang dikeluarkan adalah selamat, diperbuat daripada material poliester, silikon, plastik sekaligus memiliki rekaan yang bertepatan dengan ciri piawaian keselamatan antarabangsa. Tiada masalah untuk kegunaan kanak-kanak! 

Lucas Lau menggayakan beg dari koleksi Blackkiwi.Club. Foto -Arkib Wanista
Lucas Lau menggayakan beg dari koleksi Blackkiwi.Club. Foto -Arkib Wanista

Pengguna boleh mula dapatkan barangan Blackkiwi di cawangan Pavilion Elite, Nu Sentral serta di Isetan, Parkson dan Kinokuniya.

Untuk keterangan lanjut, sila layari [blackkiwi.club]


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336