
Binwani Fashion Group telah membuka butik terbaharu mereka di Aeon Mall, Shah Alam. Bersama-sama dengan itu mereka juga mengilhamkan butik elegan berasal dari jenama fesyen terkemuka Brazil, Dudalina yang menghasilkan pakaian berkualiti untuk wanita kasual dan begaya sofistikated. Manakala LUSTRO untuk pakaian harian lelaki yang didatangi khas dari Itali.


Dudalina dan Lustro juga mempunyai koleksi Musim Bunga/Panas 2017 dan koleksi fabrik berkualiti dari Binwani. Selain itu Binwani juga menyediakan pelbagai pilihan fabrik mewah dan berkualiti tinggi terdiri dari sutera itali, french lace, selendang sutera dan juga fabrik untuk penyediaan pakaian lelaki seperti kain batik, kapas dan banyak lagi.


Harga untuk koleksi Dudalina RM195 – RM850 dan Lustro pula RM150 – RM500.