Quantcast
Channel: fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 336

Gayakan Mata Anda Dari Koleksi Kaca Mata Terbaru Fossil

$
0
0
Foto - arkib Wanista.com

Aksesori seperti kaca mata bukanlah suatu perkara yang wajib dipegang pada si rabun sahaja. Tidak kira lelaki mahupun wanita, ianya kini menjadi satu benda yang patut diselit sebelum keluar dari rumah.

Fossil, jenama fesyen dari Amerika yang mengekal citarasa asli vintaj dan rekaan klasik memperkenalkan koleksi kaca mata terbaharu dari mereka. Koleksi ini mempamerkan gaya fesyen tak lapuk dek zaman.

Pelbagai pilihan rekaan bingkai menarik sesuai untuk penampilan harian. Selain itu, bingkai juga tidak kosong seperti selalu, ia dipandankan dengan corak dan warna mengikut personaliti si pemakai. Dari bercermin gelap sehinggalah berkaca lutsinar anda boleh mengenakan koleksi Fossil. 

Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

 

Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Serlahkan penampilan tahun baru ini dengan koleksi kaca mata dari Fossil. Dapatkannya eksklusif di butik Fossil atau kedai kaca mata terpilih seluruh negara. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 336